Thursday, June 14, 2012

Tonjolkan sifat negative orang lain supaya kita nampak lebih hebat.

Assalamualaikum wbt.

Persaingan untuk menduduki tempat teratas dalam carta (tak kiralah apa-apa carta) membuatkan pesaing menggunakan apa saja cara, cara baik cara jahat, cara halus cara kasar.

Mengetengahkan sifat negative pesaing akan lebih terpahat dalam ingatan seseorang penilai (hakim, ketua, pemilih, pengundi, orang awam).

Kaedah ini banyak digunakan dalam perang saraf politik, terutamanya ketika menghampiri pilihanraya. Media propaganda digunakan secara meluas untuk menanam keburukan pesaing dalam ingatan penilai. Media selalunya dikawal oleh pemerintah, namun kini media alternative (internet) lebih memberi kesan kerana kepantasan maklumat dan pandangan-pandangan lebih bernas dari mereka yang sebelum ini tiada ruang di ‘media pemerintah’ untuk mengemukakan pandangan.

Ahli politik sanggup mengadakan majlis pertemuan dengan blogger, dan berbuat baik dengan blogger dengan harapan blogger akan terbitkan sesuatu yang positif tentang diri mereka dan menerbitkan lebih banyak yang negative menegnai pesaing.

Tidakkah kaedah ini juga digunakan oleh sesetengah orang untuk menonjolkan dirinya dalam sesebuah jabatan atau organisasi ?.

Sudah tentu ada, kerana sifat manusia memang begitu, bila ramai pesaing ditunjukkan sifat negative, maka diri kita sahaja yang nampak lebih baik.

Mencari sifat negative seseorang juga boleh digunakan untuk menunjukkan kita menjalankan tugas atau buat kerja. Ini banyak berlaku dalam jabatan kerajaan atau mana-mana organisasi.

Jadi bagaimana bila seseorang di tunjukkan sifat negatifnya kepada umum. Apakah tindakbalas yang perlu dilakukan ?.

Orang politik akan guna kaedah yang sama, cari point untuk menunjukkan keburukan pesaing. Akhir sekali kita dihidangkan dengan cerita keburukan sahaja, kebaikan yang besar boleh tenggelam hanya dengan sedikit keburukan yang terlaku.

Kerana Nila setitik rosak susu sebelanga.

Sekian.

No comments:

Post a Comment