Saturday, June 30, 2012

Beli cash atau hutang ?

Sifirnya seperti berikut untuk faedah 5 % setahun, selama 7 tahun.


1 -1.0500
2 -1.1025
3 -1.1576
4 -1.2155
5 -1.2763
6 -1.3401
7 - 1.4071
8 - 1.4775
9 - 1.5513

FV = 33132.12 ( 1.4071) = RM 46620.20

Ini kalau duit yang nak beli kereta secara cahs tadi disimpan sendiri dengan penuh disiplin. Dari RM 33132.12 menjadi RM 46620.20. e..eh..banyak.., halal ke ?. Sudah tentu halal kerana simpan dalam tabung haji, bukan ASB atau fixed deposit bukan syariah.

Bandingkan semula dengan harga kereta yang dibeli secara hutang . Iaitu RM 39356

Kalau beli hutang kos belian RM 39356, kalau beli tunai, kosnya 33132.12, bila beli secara hutang , bayar downpayment RM 3320, duit yang boleh disimpan ialah RM29812.12.

Kita kira RM 29812.12 kalau disimpan selama 7 tahun dengan keuntungan 5 % setahun.

FV= 29812.12 (1.4071) = RM 41948.63

Bandingkan dengan beli cash tadi. RM 41948.63 – 39356 = RM 2592.63

Nak beli secara cash atau hutang ?.

Ada bebrapa factor lain lagi yang boleh diambil kira, setiap tahun anda perlu datang menghadap pegawai bank untuk renew road tax dan insurans. Insurans sudah tentu kena ikut nilai yang telah ditetapkan. Berbanding anda boleh cover yang paling minimum jika kereta tadi adalah milik anda sepenuhnya.

Saya rasa anda bijak menguruskan wang anda, nak beli cash atau hutang ?.

Ada ayat saya dalam entry sebelum ini yang tanya kenapa orang berniaga suka buat pinjaman.

sekian.

Friday, June 29, 2012

Beli Cash atau hutang ?

Bang !!, mana nak cari cash sebanyak RM 33132.12. Umur tua dulu baru dapat beli kereta…

Memang betul tua dahulu baru dapat merasa pakai kereta. Saya boleh cadangkan dua pilihan, pertama beli kereta secondhand yang masih baru. Dan yang kedua himpun duit dahulu , bayar downpayment lebih sikit.

Tapi kita perlu kereta le bang !!,

Setakat mana keperluan terhadap kereta, adakah untuk dibuat pergi kerja, atau setakat kerana kawan yang gaji tak seberapa pun boleh beli kereta ?. Atau dah jadi kitaran hidup , bila kerja kena beli kereta ?. Atau sebab ada keluarga, perlukan kereta. Alasan ini lebih saya terima berbanding alasan-alasan lain, kerana alasan ini ada asas keperluan, bukan asas kehendak.

Kos pergi kerja naik bas / teksi / lrt berapa sebulan ?. Kalau melebihi bayar bulanan kereta , memang patut beli kereta, tapi kalau kos naik kenderaan awam lebih rendah, naik saja kenderaan awam.

Berbalik kepada beli cash atau hutang.

RM 33132.12 kalau disimpan berapa lah agaknya dapat pada tempoh 7 tahun. Eg simpan dalam Tabung Haji, simpan dalam ASB, kata fatwa haram, ada fatwa harus. Simpan dalam TH le, dah sah halalnya, dah tu, tak payah nak kira zakat lagi.

Andaian;

1. simpan selama 7 tahun (sama tempon hutang beli kereta)
2. keuntungan 5 % setahun
3. Tiada sebarang kos guaman, cukai dan apa saja kos,

RM 33132.12.

Guna formula FV= PV (FVIF i, n)

FV = nilai masa depan
PV = nilai duit yang ada (sama dengan harga kereta)
i, = kadar keuntungan
n, = tempuh tahun simpan.

FVIF = sifir yang telah disediakan dalam pengiraan keuntungan.


Bersambung…..

Thursday, June 28, 2012

Beli Cash atau hutang ?

Apabila beli kereta secara hutang,

1. geran kereta akan disimpan oleh bank,
2. Insurans kena bayar ikut nilai semasa kereta, selalunya nilai lebih tinggi berbanding kalau kereta dijual semula samada jual sendiri atau jual di used car.
3. Bayaran interest atau keuntungan dengan kadar tententu untuk bilangan tahun tertentu yang anda pilih.
4. Lewat bayar akan di beri peringatan dan dikenakan denda dengan kadar tertentu yang dibahasa dengan lebih lembut sebagai caj pengurusan

Pertama sekali kira

1. harga sebenar kereta OTR
2. berapakah downpayment, selalunya 10 % dari harga kereta,
3. berapa boleh pinjam. Selalunya 90 % dari harga kereta.
4. berapa interest/ kadar keuntungan, kereta brand luar lebih rendah berbanding proton dan produa.

Andaian

1. harga kereta RM 33132.12
2. downpayment RM3320
3. interest / kadar keuntungan 3.0 % (apa-apa hal pun pilih yang Islamic)
4. tempoh bayar balik 7 tahun.


Jadi, anda pinjam sebanyak RM 29800 selama 7 tahun, bayaran balik RM 429 selama 84 bulan.

Jumlah sebenar yang di bayar RM 429 x 84 bulan = RM 36036 , ditambah dengan downpayment yang telah dibayar iaitu RM 3320. Harga sebenar yang dibayar oleh anda ialah RM 39356, lebih sebanyak RM 6223.88 berbanding kalau beli dengan harga tunai.
Interest sebulan sebanyak RM74 , (meskipun anda kata downpayment 3320 tak kena interest.)

Bang !!, mana nak cari cash sebanyak RM 33132.12. Tua dulu baru dapat beli kereta…

Bersambung…

Wednesday, June 27, 2012

Beli cash atau hutang ?

Kita bincang dalam kes beli kereta sahaja.

Cuba buat analisa. Kira betul-betul semua kos yang terlibat samada beli cash atau beli secara hutang. Andaian membeli sebuah kereta popular kebanyakan rakyat Malaysia yang memerlukan kereta iaitu Viva 850 cc., metallic 33132.12, downpayment 10% = RM 3320, hutang bank 90 % RM29800, intrest/ keuntungan 3 % bayaran bulanan kalau 7 tahun sebulan, RM 429, 9 tahun RM350.

Sebulan RM 429 kira punya kira potongan gaji belum 60 %, nampak macam mampu bayar. atau kalau tak mampu RM 429 boleh bayar RM 350 selama 9 tahun.

Mana lebih baik, pinjam jangkamasa panjang atau pendek. Kurang dari 5 tahun dalam bisnes dikira jangka pendek, 5 tahun keatas dikira jangka panjang. Kenapa sekarang ini bank bagi pinjam sampai 9 tahun. ?.

Orang berniaga lebih suka berhutang atau guna duit hutang untuk mejalankan operasi perniagaan, orang tak berniaga, adakah untung bila membuat pinjaman ?.

Bersambung…

Monday, June 25, 2012

Beli Cash atau hutang ?

Assalamualaikum wbt.

Memiliki asset seperti kereta, tanah, rumah menjadi impian kebanyakan orang (kecuali yang tak memikir dunia). Jadi, orang sanggup lakukan apa saja untuk miliki asset itu..

Saya ingin bertanya , mana lebih baik beli secara cash (tunai) atau secara kredit (hutang).

Jawapan antara dua ini sahaja, boleh jadi cash atau kredit.

Membeli rumah atau tanah adalah keperluan, terpaksa beli, meskipun dengan kredit kerana memenuhi keperluan. Ada juga yang beli hartanah untuk tujuan spekulasi semata-mata. Jika anda beli rumah dengan pinjaman dengan hasrat untuk jual setahun dua lagi, batalkan hasrat tersebut, kerana untungnya tak seberapa. Kos guaman, cukai kerajaan, kos interest bank, kos insurans yang telah dikeluarkan akan menyusutkan untung yang tak seberapa.

Beli kereta, mungkin bagi sesetengah orang ia merupakan keperluan, dan tak kurang pula yang menjadikan kereta sebagai kehendak. Jika kereta merupakan keperluan, jadi tak perlu sangat memilih jenama, tetapi sebaliknya jika kereta sebagai kehendak, pembeli akan membeli yang full spec, jenama tertentu, cc tertentu, seterusnya make-up tertentu.

Bersambung…

Thursday, June 14, 2012

Tonjolkan sifat negative orang lain supaya kita nampak lebih hebat.

Assalamualaikum wbt.

Persaingan untuk menduduki tempat teratas dalam carta (tak kiralah apa-apa carta) membuatkan pesaing menggunakan apa saja cara, cara baik cara jahat, cara halus cara kasar.

Mengetengahkan sifat negative pesaing akan lebih terpahat dalam ingatan seseorang penilai (hakim, ketua, pemilih, pengundi, orang awam).

Kaedah ini banyak digunakan dalam perang saraf politik, terutamanya ketika menghampiri pilihanraya. Media propaganda digunakan secara meluas untuk menanam keburukan pesaing dalam ingatan penilai. Media selalunya dikawal oleh pemerintah, namun kini media alternative (internet) lebih memberi kesan kerana kepantasan maklumat dan pandangan-pandangan lebih bernas dari mereka yang sebelum ini tiada ruang di ‘media pemerintah’ untuk mengemukakan pandangan.

Ahli politik sanggup mengadakan majlis pertemuan dengan blogger, dan berbuat baik dengan blogger dengan harapan blogger akan terbitkan sesuatu yang positif tentang diri mereka dan menerbitkan lebih banyak yang negative menegnai pesaing.

Tidakkah kaedah ini juga digunakan oleh sesetengah orang untuk menonjolkan dirinya dalam sesebuah jabatan atau organisasi ?.

Sudah tentu ada, kerana sifat manusia memang begitu, bila ramai pesaing ditunjukkan sifat negative, maka diri kita sahaja yang nampak lebih baik.

Mencari sifat negative seseorang juga boleh digunakan untuk menunjukkan kita menjalankan tugas atau buat kerja. Ini banyak berlaku dalam jabatan kerajaan atau mana-mana organisasi.

Jadi bagaimana bila seseorang di tunjukkan sifat negatifnya kepada umum. Apakah tindakbalas yang perlu dilakukan ?.

Orang politik akan guna kaedah yang sama, cari point untuk menunjukkan keburukan pesaing. Akhir sekali kita dihidangkan dengan cerita keburukan sahaja, kebaikan yang besar boleh tenggelam hanya dengan sedikit keburukan yang terlaku.

Kerana Nila setitik rosak susu sebelanga.

Sekian.

Tuesday, June 12, 2012

Ayer daun ketum dan harga minyak turun.

Assalamualaikum wbt.

Baru ni balik cuti di Kuala Nerang. Nampak satu banner ucapan terima kasih kepada PM 1 M. Saya tersenyum atau ter ‘kerenyeh” / tersengeh dengan telatah dalam banner tersebut. Sayangnya saya tak ada kamera, cikai punya blogger, kamera tak ada, handphone ada kamera pun tak ada.

Banner tersebut memuji PM1M kerana menurunkan harga minyak 10 sen Ron 97. dibuat oleh pemuda UMNO K. Nerang. Itulah bakal wakil rakyat Kuala Nerang, Pedu atau Parlimen Padang Terap. Seronok ron 97 turun harga.

Kuala Nerang ada 3 stesen minyak tak termasuk yang jual minyak dalam botol. Caltex – ini yang selalu saya isi minyak, walau saya tak suka caltex, ini sebab yang punya Caltex Kuala Nerang orang Islam. Caltex ni stesen baru. Stesen minyak lama – Shell, tauke Cina, dan satu lagi stesen minyak di Kg Barokhas.

Ada ke statistic jualan Ron 97 di 3 stesen minyak utama ini ?. Cerita cara orang kampong saja le, saya jarang nampak nozzle pam ron 97 berfungsi di ketiga-tiga stesen ni, kalau adapun mungkin kereta orang luar yang guna.

Orang KN kebanyakan guna motor saja, motong getah, buat bendang, kereta pun ada tapi tak pakai le ron 97. beza 8 kupang, boleh simpan buat beri rokok daun atau simpan beli ayer daun ketum !!! – sori bukan perangai orang kuala nerang , hanya perangai beberapa budak di kuala nerang.

Harga ron97 turun tak beri apa-apa kesan kepada orang Kuala Nerang.

Ayer daun ketum, orang kata bagus, itu cerita orang kurang fakta saintifik, bagi alasan orang dulu-dulu pun minum air daun ketum. Yang jadi masalah bebudak sekarang minum air daun ketum tambah serbuk ubat nyamuk, kononya pi motong nyamuk tak ketit (gigit)

Saturday, June 9, 2012

Kemurungan- 3

Kemurungan perlu dirawat
Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

RASA sakit dan lesu seluruh badan biasanya disebabkan keletihan dan kerja keras, namun tidak ramai daripada kita yang mengaitkannya dengan masalah kemurungan.
Keadaan itu menyebabkan ramai mereka yang mengalami kemurungan tidak menyedari mereka mempunyai masalah tersebut kerana menyangkakan sakit badan yang dialami adalah sakit biasa.

Presiden Persekutuan Psikiatri dan Kesihatan Mental Asean (AFPMH), Profesor Dr. Mohamad Hussain Habil, berkata, sememangnya ramai yang tidak sedar bahawa kesakitan yang tidak dapat dijelaskan ini sebenarnya berkait rapat dengan kemurungan

Katanya, para penyelidik mendapati bahawa 82 peratus daripada pesakit murung yang datang mendapat rawatan daripada pengamal perubatan pada awalnya tidak mengetahui mereka mengalami gejala kemurungan.

Ini menyebabkan mereka tidak mendapat rawatan sewajarnya, sementara 18 peratus lagi hanya menerima ubat anti kemurungan.
Beliau yang juga Ketua Pakar Ketagihan dan Perunding Psikiatri di Jabatan Perubatan Psikologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), berkata, pemahaman mengenai hubung kait kesakitan dan kemurungan amat penting bagi memudahkan proses rawatan penyakit tersebut.
"Ini terutama bagi pesakit yang berada di tahap yang lebih kronik sehingga terdorong kepada perasaan ingin membunuh diri," katanya ketika menyampaikan ceramah di Bengkel Kesakitan dan Kemurungan, di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Bengkel tersebut ditaja oleh Eli Lilly (M) Sdn. Bhd., dengan kerjasama AFPMH dan Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA)
Dr. Mohammad Hussain berkata, kemurungan merupakan penyakit yang melanda kira-kira 121 juta manusia di seluruh dunia.
Malam menurut Laporan Kesihatan Sedunia 1999 yang diterbitkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kemurungan merupakan penyakit keempat paling ramai dihidapi di dunia yang boleh menimbulkan ketidakupayaan individu.

"Perlu untuk diberitahu kepada masyarakat juga bahawa kemurungan bukan penyakit yang sengaja diada-adakan.
"Ia adalah satu penyakit yang memerlukan rawatan dan banyak mempengaruhi kehidupan lebih-lebih lagi dalam negara yang mengalami krisis ekonomi," katanya.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Yen Teck Hoe berkata, terdapat beberapa simptom kemurungan yang boleh dikenalpasti secara mata kasar.
Ini termasuk hilang minat atau keinginan terhadap aktiviti yang lazim dilakukan seperti bersukan, riadah bersama keluarga, seks dan sebagainya.
"Pesakit juga mudah dilanda rasa sedih, cepat marah, hilang tumpuan dan lebih teruk lagi timbul rasa ingin bunuh diri.

"Kemurungan tidak mengenal mangsa, ia boleh terjadi kepada kanak-kanak semuda usia lima tahun dengan simptom yang berbeza," tambah beliau.
Dr. Teck Hoe berkata, mengikut kajian, kejadian kemurungan di kalangan wanita adalah lebih tinggi berbanding lelaki dengan nisbah 2:1.
"Antara sebabnya ialah perubahan peringkat hormon yang dialami wanita. Itu sebabnya, kemurungan berlaku ketika wanita mengalami peredaran haid, hamil selepas bersalin dan putus haid.

"Biasanya wanita akan menunjukkan tanda-tanda kemurungan seperti putus asa dan tidak berupaya manakala lelaki pula bersikap berang atau cepat marah," jelas beliau.
Dari segi saintifiknya, penyelidikan mendapati kemurungan disebabkan ketidakseimbangan dua bahan kimia dalam otak dan badan iaitu serotonin dan noradrenalin.
Serotonin ialah sejenis bahan kimia yang wujud dalam sistem saraf pusat dan perubahan paras serotonin dalam otak boleh mengubah mood seseorang.
Begitu pun, kajian turut mendapati bahawa kemurungan boleh diwarisi yang bermaksud ia mempunyai hubung kait dengan faktor genetik.
Sementara itu, perunding psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr. Nor Zuraida Zainal, dalam kertas kerjanya yang bertajuk Penyakit Kronik dan Hubung Kaitnya dengan Kemurungan dan Kesakitan pula menjelaskan, kemurungan di kalangan pesakit yang menghidapi penyakit kronik seperti barah, jantung, strok dan parkinson boleh memburukkan lagi keadaan kesihatan mereka.

"Hubung kait kemurungan dan penyakit kronik amat tinggi. Kesakitan menyebabkan kemurungan dan kemurungan menyebabkan kesakitan.
"Penyakit kronik menyebabkan jiwa tertekan dan menjejaskan keadaan psikologi pesakit, seterusnya membawa kepada kemurungan.
"Kemurungan pula boleh memburukkan lagi keadaan kesakitan dan menjejaskan keadaan fizikal yang mengganggu keberkesanan rawatan penyakit tersebut," jelas beliau.
Sementara itu, pensyarah kanan Jabatan Perubatan Psikologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Jesjeet Singh Gill berkata, cabaran sebenar dalam mengenal pasti kesakitan dan kemurungan ini ialah untuk mengatasi stigma yang berkait rapat dengan diagnosis dan rawatan penyakit tersebut.
"Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan kedua pada tahun 1996 menyatakan 10.7 peratus daripada orang dewasa Malaysia berusia 16 tahun ke atas menghadapi masalah kesihatan mental.

"Kemurungan menyumbang 11.8 peratus kepada masalah psikologi paling umum dihadapi oleh para responden. Walaupun peratusan itu tidak tinggi, ia telah menunjukkan tanda-tanda amaran.
"Didapati hanya sebilangan kecil pesakit yang berjumpa dengan pengamal perubatan am untuk mengatasi masalah kemurungan manakala hanya segelintir yang terus berjumpa dengan pakar psikiatri," jelas beliau.
Dr. Jesjeet menambah, masalah kemurungan ini boleh dirawat namun ramai pesakit yang enggan atau keberatan untuk berjumpa pengalam perubatan.
"Kami mendapati para pesakit enggan mendapatkan rawatan kerana mereka bimbang akan dipulaukan. Mereka juga takut dipandang rendah di tempat kerja dan mereka yang menghidapi masalah ini masih dianggap sebagai mempunyai masalah emosi atau kurang keazaman," ujar Dr. Jesjeet.
Pensyarah kanan Jabatan Perubatan Psikologi, Universiti Malaya, Dr. Ting Joe Hang menegaskan kemurungan bukan satu kelemahan peribadi tetapi penyakit yang menjejaskan otak dan memerlukan rawatan segera.
"Sekiranya pesakit mempunyai empat atau lima simptom tetapi tidak tahu apakah sebabnya berkemungkinan mereka menghidap kemurungan.
"Pesakit tidak harus berdiam diri, mereka perlu berjumpa dengan doktor dan utarakan kemungkinan menghidapi kemurungan supaya mereka boleh dirujuk kepada doktor pakar. Perkara yang tidak harus dilakukan oleh doktor ialah dengan menganggap kesakitan fizikal ini sebagai sakit biasa," ujar beliau.
Menerusi satu kajian kes yang dijalankan, beliau mendapati bahawa seorang suri rumah yang mengadu mengalami sakit gigi masih mengalami kesakitan tersebut walaupun giginya telah dicabut.
"Menerusi perbualan dengan pakar psikiatri, menemukan hasil bahawa wanita tersebut sebenarnya mengalami kemurungan sejak tiga tahun lalu iaitu sebelum dia mengalami kesakitan gigi.
"Wanita itu juga mengakui sukar tidur, hilang selera makan, tidak lagi gemar berkebun seperti dahulu dan mudah sensitif.
Setelah diagnosis dijalankan, rawatan melibatkan ubat, terapi dan sokongan sosial terbukti membantu wanita tersebut mengembalikan keceriaan hidupnya. Bukannya kesakitan gigi yang menyebabkan beliau sakit, tetapi apa yang dipendam menjadi punca kemurungan tersebut," kata beliau.

Friday, June 8, 2012

Kemurungan -2

Kemurungan adalah gangguan kepada perasaan seseorang. Gangguan perasaan ini boleh menjadi teruk dan tegar dan biasanya tidak dapat diatasi hanya dengan dihiburkan oleh rakan dan keluarga. Kemurungan ini juga tidak dapat dihapuskan dengan hanya ada semangat. ia memerlukan rawatan yang rapi dan intensif bagi menghapuskan simtom-simtomnya. Kemurungan boleh berlangsung lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Individu murung didapati mengalami perubahan dalam kimia otak. Perubahan ini boleh dicetuskan oleh penyakit fizikal, tekanan, kekecewaan atau kesedihan.
Selain persekitaran, faktor keturunan juga memainkan peranan didalam menyebabkan penyakit ini. Walaubagaimanapun tidak semua individu begini akan mengalami kemurungan.

Kemurungan juga boleh dialami individu yang tidak ada sejarah keluarga.
Sindrom kemurungan adalah penyakit 'seluruh jasad', melibatkan kesihatan badan anda, perasaan dan fikiran. Ia juga menjejaskan tabiat makan dan tidur, fungsi seharian dan proses berfikir anda.

Simtom Kemurungan :
• Kesedihan atau 'kekosongan' perasaan yang berpanjangan
• Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokkan
• Cepat rasa letih dan tidak bertenaga
• Perasaan pesimistik dan mudah berputus asa
• Perasaan bersalah dan tidak berguna
• Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur
• Hilang selera makan dan penurunan berat badan
• "Rasa lebih baik mati", kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri
• Rasa tidak tenteram dan mudah marah
• Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan
• Simptom-simtom fizikal seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghazaman

Individu yang mengalami kemurungan yang teruk akan mengalami gangguan baik di tempat kerja maupun di rumah atau kehidupan bermasyarakat.

Penyakit kemurungan boleh dirawat, lebih 80% daripada pesakit dapat disembuhkan sepenuhnya dengan rawatan yang teratur dan intensif. Rawatan ini termasuklah penggunaan ubat antidepressant, terapi elektrokonvulsif (ECT) atau kaedah psikoterapi berupa terapi kognitif.

BANTULAH DIRI ANDA DENGAN :

1. Bertimbang rasa terhadap diri anda - jangan bercita-cita melakukan sesuatu yang tidak mampu.
2. Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang membuatkan anda rasa selesa.
3. Elakkan diri membuat keputusan besar ketika masih dalam kemurungan.
4. Jangan menyalahkan diri anda keran lemah - kemurungan adalah satu penyakit yang boleh dirawat dan bukan satu kelemahan.
5. Bina harapan - episod kemurungan bukan kekal dengan rawatan yang sesuai hampir semua orang akan sembuh.

Rakan dan keluarga boleh membantu dengan mempastikan individu yang mengalami kemurungan mendapat pertolongan dan rawatan yang sesuai. Perkara kedua yang penting sekali ialah memberi sokongan emosi, kasih sayang, kesabaran, galakan dan kefahaman. Mereka tidak boleh dianggap sebagai mengada-adakan sakit atau pemalas dan mereka tidak boleh diharapkan untuk sembuh dengan segera - penyakit kemurungan memerlukan masa dan kesabaran baik pada pesakit maupun pada anggota keluarga.

Hjlutfi-choras : individu yang murung, paksalah diri membaca Al Quran, Al Quran adalah penawar dan rahmat.

Thursday, June 7, 2012

Kemurungan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kemurungan adalah reaksi normal kepada tekanan atau bahaya, tetapi perasaan cemas dan kekhuatiran yang berturut-turut mungkin disebabkan disorder kebimbangan. Gangguan kerisauan boleh membuat hidup sengsara. Kebanyakan kemurungan kebimbangan dapat dirawat dengan kejayaan, biasanya melalui bantuan campuran dari kaunseling dan ubat-ubat.

Gangguan kemurungan sangat umum, dengan satu dalam 10 orang mengalami sakitan ini pada suatu masa dalam hidup mereka.

Gejala-gejala
Kebimbangan boleh menjejaskan berlainan orang dengan berlainan cara:
• Kesukaran untuk tidur (Insomnia)
• Debaran jantung yang sangat cepat
• Bergetaran, kepeningan
• Kesukaran bernafas.
• Merasa rengsa, tidak senang, tidak dapat rehat atau tiada kawalan
• Tidak dapat memikir dengan jelas atau berkonsentrasi
• Nausea, muntah-muntah, cirt-birit
• Merasa tercekik atau bengkak di dalam kerongkong
• Berpeluh
• Pening kepala
• Otot tegang
• Mudah merasa pengsan

Friday, June 1, 2012

Ramai pelajar kali ni

Assalamualaikum wbt.

Tahniah kepada pelajar yang mendapat tempat di Kolej Matrikulasi Melaka, pendaftaran telah dijalankan pada 28 Mei 2012.

Cerita dan gambar boleh layari

https://sites.google.com/a/kmm.matrik.edu.my/mpppb2012.

Sesi kali ini ramai pelajar jurusan perakaunan yang mendaftar, ramai student kali ni

Menghilang diri

Assalamualaikum wbt.

Terlebih dahulu hjlutfi-choras mohon maaf kerana lebih sebulan ‘menghilang diri’ untuk menyiapkan kerja-kerja penting. Broadband pula anak buang dalam lubang tandas. Jadi hjlutfi-choras ambil keputusan ‘menghilang diri’. Rupanya seronok juga kalau tak baca blog dan tak check fb, rasa kosong, rilex je..

Pun begitu pergi juga cybercafé, nak baca email, cc selalunya dipenuhi dengan budak-budak main game, mana boleh kocentrate nak publish artikel.

Jumpa lagi sat lagi atau sari dua lagi.