Monday, October 10, 2011

Ye ke pendidikan percuma ?

Pendidikan rendah dan menengah percuma dari kerajaan 1Malaysia.

Ini bukan kali pertama Yuran persekolahan di mansuhkan, suatu masa lalu, ia jadi bahan mainan ibu bapa, “ kata tak kena bayar yuran, kami datang tak bawa wang”. Puas kena buat sesi taklimat pula kepada ibubapa pelajar.

Bukan saya hendak menolak pemansuhan tersebut, ia satu langkah yang baik untuk rakyat Malaysia. Namun kesan dari pemansuhan tersebut, PIBG di minta oleh Pengetua/ guru besar memungut yuran PIBG yang tinggi, untuk aktiviti tertentu.

YDP PIBG tak akan mampu untuk menolak, demi menjaga dirinya sebagai YDP PIBG. Dan demi pendidikan anak-anak. Maka dalam mesyuarat JK PIBG atau mesyuarat Agung PIBG, mula membahas usul kenaikan yuran PIBG, dan akhirnya bapa/ibu yang tak mampu bersuara atau takut disindir tidak memberi komitmen kepada pendidikan anak-anak terpaksa menerima keputusan Yuran PIBG yang tak munasabah.

Aktiviti sekolah ditanggung oleh Ibu bapa, kerajaan telah lepas tangan. Nak buat kem motivasi kikis duit ibubapa, nak buat teknik menjawab soalan kikis duit ibubapa. Last sekali seolah ibubapa menanggung semua aktiviti sekolah.

Guru sedia datang buat kelas tambahan, YDP, manis sahaja mulut mengatakan dia akan keluar surat kepada ibubapa untuk bayar saguhati kepada guru yang sedia beri masa mengajar luar waktu sekolah. Tekan lagi keatas ibu bapa.

Beginilah.. saya lebih suka jangan buat apa-apa aktiviti, kalau sekolah (kerajaan) tak ada peruntukan. Kenapa nak buat kelas tambahan dan bayar kepada guru. Waktu P&P cukup, kenapa beri hadiah hari sukan, tak perlu buat sukan kalau sekolah (kerajaan) tak ada duit untuk tanggung kos, termasuk hadiah, upah pengadil, jamuan makan guru dan jemputan.

Bukan saya tidak suka acara dan aktiviti tersebut, tapi kalau dah semua hendak ditekan atas PIBG (baca ibubapa), sekolah kerajaan apa ?

Kakitangan kumpulan A (atau keseluruhan guru) tidak boleh membuat tuntutan kerja lebih masa. Cuba kerajaan beri kebenaran khas kepada guru untuk claim kerja lebih masa sekurang-kurangnya 1 jam sehari, tak le beban kepada ibubapa untuk bayar kepada guru buat kelas tambahan.

No comments:

Post a Comment