Friday, October 28, 2011

Perundangan Islam - 7

Assalamualaikum wbt.

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (An-Nuur 24:2)

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; - (An-Nuur 24:4) |


Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (An-Nuur 24:5)

Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu berkahwin dengan hamba-hamba perempuan yang beriman yang kamu miliki. Dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu; kamu masing-masing (suami yang merdeka dan isteri dari hamba - abdi itu) adalah berasal sama (dari Adam, dan seagama pula). Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin walinya serta berikanlah maskahwinnya menurut yang patut. Mereka (hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri, hendaklah) yang sopan bukan perempuan-perempuan lacur, dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan. Kemudian setelah mereka (hamba-hamba perempuan itu) berkahwin, lalu mereka melakukan perbuatan keji (zina), maka mereka dikenakan separuh dari (hukuman) seksa yang ditetapkan ke atas perempuan-perempuan yang merdeka. (Hukum perkahwinan) yang demikian (yang membolehkan seseorang berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu ialah bagi orang-orang yang bimbang melakukan zina di antara kamu; dan sabarnya kamu (tidak berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu adalah lebih baik bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (An-Nisaa' 4:25) |

Thursday, October 27, 2011

Laporan Ketua Audit Negara - Kedah Ok.

Assalamualaikum wbt.
Saya petik dari blog sedaka sejahtera.

Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah (DPPNK) amat berbangga dengan Laporan Ketua Audit Negara bagi penyata kewangan Kerajaan Negeri Kedah untuk tahun 2010. Walaupun Ketua Audit Negara mengatakan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Kedah memuaskan, namun bagi DPPNK, dengan usia 'setahun jagung' iaitu baru tiga tahun memerintah, pencapaian tersebut adalah sangat cemerlang.

Berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan; pengalaman pentadbiran, kewangan, penyaluran peruntukan kerajaan pusat yang tidak melalui negeri, Kerajaan Negeri Kedah pimpinan YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak terus melangkah gagah. DPPNK mempunyai alasan kukuh untuk terus mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

PERTAMA: Kerajaan Negeri Kedah telah mengalami peningkatan hasil sejumlah 23.9 peratus atau RM87.94 juta pada tahun 2010 berbanding peningkatan perbelanjaan mengurus RM2.55 juta atau RM 0.6 peratus. Hasil kerajaan negeri pada tahun 2010 berjumlah RM456.21 juta berbanding 2009 sebanyak RM368.27 juta. Pencapaian ini adalah yang terbaik di dalam masa 5 tahun!!

KEDUA : Kerajaan Negeri Kedah telah mencatatkan surplus atau lebihan pada tahun 2010 berjumlah RM22.50 juta!! Peningkatan ini sangat ketara dan sangat membanggakan. Ia adalah defisit tertinggi dalam masa 5 tahun dan merupakan surplus kali kedua dalam tempoh tersebut. Berbanding dengan defisit tahun 2009 yang berjumlah RM62.89 juta, ia menjadikan peningkatan sejumlah RM85.39 juta iaitu sebanyak 135.8 peratus!!

KETIGA: Ketua Audit Negara juga telah memperakui pengurusan kewangan di Jabatan/Agensi Negeri telah bertambah baik berbanding 2009. Pihak Jabatan Audit Negara telah melaksanakan pengauditan pengurusan kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti di 17 Jabatan/Agensi Negeri. Tahniah kepada para pegawai.

KEEMPAT: Laporan ini telah memperakui peningkatan penerimaan hasil Cukai Tanah sebanyak RM18.69 juta iaitu peningkatan sebanyak 21.9 peratus. Kerajaan negeri telah berjaya mengutip RM104.06 juta berbanding 2009 hanya RM85.37 juta. Walaupun dasar kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang menurunkan cukai sebanyak 25 hingga 75 peratus di awal usia pemerintahan, namun bagi DPPNK telah berlaku kecekapan di dalam kutipan hasil tanah walaupun berlaku penurunan selama dua tahun berturut-turut. Kutipan ini adalah yang kedua tertinggi di dalam tempoh 5 tahun!!

KELIMA: Peningkatan ketara iaitu 125.2 peratus atau RM19.71 juta juga berlaku dalam pungutan tunggakan cukai tanah. Hasil kutipan berjumlah RM35.45 juta berbanding tahun sebelumnya iaitu hanya RM15.74 juta. Kutipan ini adalah tertinggi dalam masa 5 tahun!!

KEENAM: Sekali lagi premium hutan berjaya ditingkatkan oleh Kerajaan Negeri Kedah. Peningkatan sejumlah 46.9 peratus atau RM15.49 juta. Berbanding tahun 2009 sebanyak RM33.05 juta, kerajaan berjaya memungut RM48.54 juta!! Jumlah ini adalah yang tertinggi dalam masa 5 tahun!! Sebagai catatan juga peningkatan jika dibandingkan dengan tahun 2007, hampir 400 peratus !!!

KETUJUH: Kerajaan juga berjaya membuat kutipan premium tanah tertinggi dalam masa 5 tahun terakhir!! Berbanding tahun 2009 iaitu sebanyak RM 26.63 juta, sebanyak RM58.12 juta atau peningkatan sebanyak 118.3 peratus!!

DPPNK berpandangan bahawa dengan laporan ini, Ketua Audit Negara terus memperakui keupayaan pentadbiran Pakatan Rakyat. Ini membuktikan secara fakta bahawa segala tohmahan bahkan keraguan yang ditimbulkan oleh golongan yang berkepentingan adalah tidak berasas. DPPNK akan terus bekerja keras bagi terus mempertahankan dan mengajak seluruh rakyat terus menyokong dan mendokong pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah pimpinan YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. Di sebalik segala kepincangan Laporan Ketua Audit Negara terhadap Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional, DPPNK menyeru seluruh rakyat Negeri Kedah untuk membuat perbandingan dan membuat pilihan yang tepat.

YB Mohd Nasir Zakaria
Ahli Parlimen Padang Terap
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.

hjlutfi-choras: Tahniah kepada kerajaan Negeri Kedah, semoga kedah terus sejahtera.

Tuesday, October 25, 2011

Audit atau Odit.

Assalamualaikum wbt.

Audit atau Odit ?. semua Ketua Jabatan takut di Audit/Odit.
Kenapa takut bos ?, juruodit tu orang juga, bukan rimau !!!.
Mereka tu lebih dari harimau….

Ia lah tu. … semua kakitangan kerjaan terutama Ketua telah dibekalkan dengan pekliling-pekeliling (perbendaharaan/ perkhidmatan dan sebagainya) untuk pastikan tadbir urus yang baik.

Yang lain tak penting sangat, yang penting pekeliling berkaitan kewangan, urus duit dengan baik ok le tu, urus duit dengan tak baik, tak ok lah jawabnya.
Bagaimana boleh beli dengan harga mahal, dulu boleh la kata, harga mahal sebab kerajaan bayar lambat, sekarangni, beli hari bayar hari ini juga atau paling lewat 14 hari kerja.

Yang beli dengan harga mahal juga apa kes ?..
Mudah je bro…. ada kira le tu…

“Analisis Audit mendapati perbezaan harga ketara antara 177 peratus hingga 2,805 peratus terhadap kadar harga yang ditetapkan dalam kontrak berbanding anggaran harga pasaran,” kata laporan audit yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Di antara pembelian tidak masuk akal yang dibuat JTLM itu adalah dua teropong pandangan malam (night vision) yang berharga cuma RM1,940 dan RM2,827 setiap satu, tetapi dibeli secara kontrak pada harga RM56,350 setiap satu.

Perbezaan harga sebanyak RM54,410 dan RM53,523 itu adalah pembaziran sebanyak 2,805 peratus dan 1,893 peratus berbanding harga asal.

Manakala harga komputer riba Acer Aspire 3935 yang sepatutnya berharga RM3,428 pada harga pasaran dibeli dengan harga RM11,845.

Perbezaan harga sebanyak RM8,417 itu adalah 246 peratus lebih tinggi berbanding harga asal.

Selain itu, pemain LCD dan TV LCD dibeli dengan harga RM16,100 berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM2,182 sahaja.

Sementara peralatan walkie talkie pula dibeli pada harga RM4,324 sedangkan harga pasaran hanyalah RM1,561 bagi setiap unit.

hjlutfi-choras : takutlah pada Allah, barulah kita tak takut pada juruodit.

Monday, October 24, 2011

Misi Nato di Libya tamat dengan jayanya


NATO mengisytihar misi selama 6 bulan di Libya telah tamat dan menelan kos sebanyak £300 juta pound.

Assalamualaikum wbt.

Siapa yang sebenarnya mahu Ghadafi mati ?.

Saya pernah menyatakan pendirian tetap menyokong Ghadafi dan saya sokong niatnya untuk syahid, dan kini dia telahpun kembali ke rahmatullah. Urusan seterusnya hanya di dengan Pencipta (Allah).

Yang menembaknya adalah seorang bawah umur mengenakan topi New York, adakah dia menembak untuk dicatat dalam sejarah sebagai seorang yang berjaya membunuh seorang ‘diktator’ . Adakah dia itu akan dipilih sebagai wira negaranya yang baru, atau diberi pengiktirafan tertentu, atau menjadi MP suatu hari nanti.

Pembunuhan tersebut hanya kerana dendam dan marah kerana terpaksa ‘mengejar’ lama Ghadafi.

Banyak kisah buruknya akan dipaparkan baik dimedia mana sekalipun, dan dia sememangnya di cop sebagai pengganas, diktator , zalim dan sebagainya seperti yang di cop kepada sesiapa sahaja orang Islam yang menentang Barat (kristian dan Yahudi), Pejuang Melayu di gelar lanun, Pejuang Pelastin digelar pengganas.

Ghadafi telah memilih jalan mati dengan berjuang, bukan mati dengan melarikan diri, begitu juga anak beliau, memilih untuk mati dengan berjuang, NTC tidak akan mengadilinya dengan adil jika beliau hidup sekalipun. Pendirian ini amat saya kagumi, saat-saat akhir di katakan beliau merayu untuk tidak dibunuh, dan beliau menawarkan emas kepada pembunuhnya, adalah antara peneyedap cerita untuk menunjukkan Ghadafi bukan pejuang sebenar.

Anda jangan menghukum Ghadafi dengan keras, kerana anda tidak tahu sumbangan dan baktinya, yang kita dengar hanya cerita, sifatnya yang suka kekayaan dan kemewahan dan ‘berfoya-foya’ adalah asam garam pemimpin yang amat saya tidka suka (harap tidak terjadi kepada saya jika saya berkuasa).

Apa-apa hal, hadiahlah Al Fatihah untuk pemimpin yang telah berani mengertak Barat dan cuba menaikkan Islam, Allah hu Aqlam.

Thursday, October 20, 2011

Perundangan Islam - 6

Assalamualaikum wbt.


Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Al-Baqarah 2:178)

Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 2:179) |

(Mencabuli) bulan yang dihormati itu ialah dengan (sebab membalas pencabulan dalam) bulan yang dihormati; dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang. Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa. (Al-Baqarah 2:194)

Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja. Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kaffarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar "diah" (denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya). Tetapi jika ia (yang terbunuh dengan tidak sengaja) dari kaum (kafir) yang memusuhi kamu, sedang ia sendiri beriman, maka (wajiblah si pembunuh membayar kaffarah sahaja dengan) memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dan jika ia (orang yang terbunuh dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) yang ada ikatan perjanjian setia di antara kamu dengan mereka, maka wajiblah membayar "diah" (denda ganti nyawa) kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dalam pada itu, sesiapa yang tidak dapat (mencari hamba yang akan dimerdekakannya), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut; (hukum yang tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima taubat (membersihkan diri kamu). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (An-Nisaa' 4:92)


Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Maaidah 5:45) |

Monday, October 17, 2011

UMNO tidak ambil P. Pinang jika BN menang


Assalamualaikum wbt.

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa UMNO tidak akan mengambil alih pentadbiran di Pulau Pinang sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Sebaliknya, kata Perdana Menteri, jawatan Ketua Menteri negeri itu akan ditentukan menerusi perbincangan dengan kesemua parti komponen lain atas semangat kerjasama sebagai satu keluarga yang besar.

Tambah beliau, perkara itu sudah dibincangkan dengan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman supaya UMNO negeri itu tidak membangkitkan mengenainya.
''UMNO tidak akan menuntut pucuk pimpinan negeri di Pulau Pinang sebaliknya kita akan bekerjasama dengan parti komponen lain seperti Gerakan, MCA dan MIC (dalam isu ini).

Hjlutfi-choras: Apa maknanya ini. Adakah kerana hendak menarik sokongan kaum Cina ?. Begitulah BN, jika suluruh kerusi di menangi UMNO di Pulau Pinang, KM nya akan diberi kepada CINA, kononnya kerana kesepakatan dalam gabungan BN.
Jadi Jauh sekali dari berusaha mengembalikan Pulau Pinang Kepada Kerajaan Negeri Kedah.Jawapan dibawah ini untuk mereka yang akan mengangguk, ya betul, betul apa yang dato’ Sri kata, kami dengar dan kami taat.


''Gabungan ini perlu menawarkan pilihan dan penyelesaian yang terbaik buat rakyat dan bukannya menjadi sebahagian daripada masalah (buat rakyat)," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Kebangsaan Gerakan Ke-40 di sini, hari ini.
Di hadapan kira-kira 2,000 perwakilan Gerakan, Najib melaungkan keyakinan bahawa BN mampu merampas semula Pulau Pinang daripada pembangkang.

Kononnya orang lain tak tahu perintah negeri, BN sahaja yang tahu jual negeri dan Melayu Pulau Pinang ‘digesa’ ke Tanah Besar sedikit demi sedikit kerana memberi pembangunan kepada Pulau Pinang.

Tsu Koon berkata, tindakan itu berlandaskan prinsip perkongsian tanggungjawab di kalangan parti komponen BN demi kebajikan penduduk Pulau Pinang yang telah diamalkan sejak 42 tahun lalu.

jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang akan dibuat menerusi perbincangan dengan kesemua parti komponen BN atas semangat kerjasama sebagai satu keluarga.

Hjlutfi- choras : Perbincangan keluarga ? !!!.

Wednesday, October 12, 2011

41 belia muflis setiap hari

Assalamualaikum wbt

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Seramai 41 belia Malaysia berumur lingkungan 21 hingga 40 tahun dianggarkan menjadi muflis setiap hari akibat kurangnya pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selva Raj berkata, belia merupakan golongan utama menghadapi masalah kewangan dan menjadi muflis berbanding orang dewasa akibat daripada perbelanjaan yang tidak terkawal.

"Antara punca utama adalah kerana urusan sewa beli seperti kereta, rumah dan penggunaan kad kredit.

"Apabila lebih 30 peratus daripada gaji bulanan digunakan untuk membayar hutang, seseorang itu sudah dikira mempunyai masalah kewangan.

Hjlutfi-choras: Belia muflis sebab tak pandai urus wang, semasa beli kereta belum muflis, bank tengok slip gaji masih layak buat pinjaman, masih boleh potong gaji, masa beli rumah bank masih beri kelulusan pinjaman sebab jumlah potongan belum lebihi 30 % , bila ambil kad kredit, terlupa bayar, tanggunh bayar, belanja lebih, tak mampu bayar itu yang buat muflis.

Kereta mungkin pakai kancil dan spesisnya, tapi kalau kancil sekejab tukar rim sekejab tambah spoiler, pokai le.


Makan, seminggu tiga empat kali ke KFC, Mc Donald atau seangkatan dengannya, pokai le.


Ukur baju di badan sendiri. Belanjalah sekadar mampu, mula menabung kerana kekukuhan ekonomi sendiri, Negara terletak pada tabungan, bukan wang yang beredar dipasaran dan bukan pada berapa cepat wang bertukar tangan di pasaran.

Tuesday, October 11, 2011

Perundangan Islam - 5

Perundangan Islam – 5

Assalamualaikum wbt.

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (Yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu; maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya; patutkah kamu - setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya? (Yunus 10:3) |

KepadaNyalah kembalinya kamu semua, sebagai janji Allah yang benar. Sesungguhnya Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya), untuk membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan adil; dan orang-orang yang kafir pula, disediakan bagi mereka minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka ingkar dan berlaku kufur. (Yunus 10:4) |


Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan. (Yunus 10:36) |

Dan bukanlah Al-Quran ini sesuatu yang boleh diada-adakan oleh yang lain dari Allah; tetapi Al-Quran itu diturunkan oleh Allah untuk membenarkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya, dan untuk menjelaskan satu persatu hukum-hukum Syarak yang diwajibkan (atas kamu); tidak ada sebarang syak dan ragu-ragu pada Al-Quran itu tentang datangnya dari Allah, Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. (Yunus 10:37)

Dan Allah memberikan satu misal perbandingan lagi: Dua orang lelaki, salah seorangnya kelu pekak dari semulajadinya, tidak dapat menyatakan apa yang difikirkannya dan tidak dapat mendengar apa yang dikatakan kepadanya; dan ia pula menjadi beban kepada orang yang menjaganya; ke mana sahaja ia diarahkan pergi oleh penjaganya, tak dapatlah dia membawa sesuatu yang berfaedah; adakah dia (yang demikian sifatnya) sama seperti orang (yang boleh berkata-kata serta dapat) menyuruh orang ramai melakukan keadilan, dan ia sendiri pula berada di atas jalan yang lurus (jalan yang benar)? (Al-Nahl 16:76) |

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya. (Al-Nahl 16:90)

Monday, October 10, 2011

Ye ke pendidikan percuma ?

Pendidikan rendah dan menengah percuma dari kerajaan 1Malaysia.

Ini bukan kali pertama Yuran persekolahan di mansuhkan, suatu masa lalu, ia jadi bahan mainan ibu bapa, “ kata tak kena bayar yuran, kami datang tak bawa wang”. Puas kena buat sesi taklimat pula kepada ibubapa pelajar.

Bukan saya hendak menolak pemansuhan tersebut, ia satu langkah yang baik untuk rakyat Malaysia. Namun kesan dari pemansuhan tersebut, PIBG di minta oleh Pengetua/ guru besar memungut yuran PIBG yang tinggi, untuk aktiviti tertentu.

YDP PIBG tak akan mampu untuk menolak, demi menjaga dirinya sebagai YDP PIBG. Dan demi pendidikan anak-anak. Maka dalam mesyuarat JK PIBG atau mesyuarat Agung PIBG, mula membahas usul kenaikan yuran PIBG, dan akhirnya bapa/ibu yang tak mampu bersuara atau takut disindir tidak memberi komitmen kepada pendidikan anak-anak terpaksa menerima keputusan Yuran PIBG yang tak munasabah.

Aktiviti sekolah ditanggung oleh Ibu bapa, kerajaan telah lepas tangan. Nak buat kem motivasi kikis duit ibubapa, nak buat teknik menjawab soalan kikis duit ibubapa. Last sekali seolah ibubapa menanggung semua aktiviti sekolah.

Guru sedia datang buat kelas tambahan, YDP, manis sahaja mulut mengatakan dia akan keluar surat kepada ibubapa untuk bayar saguhati kepada guru yang sedia beri masa mengajar luar waktu sekolah. Tekan lagi keatas ibu bapa.

Beginilah.. saya lebih suka jangan buat apa-apa aktiviti, kalau sekolah (kerajaan) tak ada peruntukan. Kenapa nak buat kelas tambahan dan bayar kepada guru. Waktu P&P cukup, kenapa beri hadiah hari sukan, tak perlu buat sukan kalau sekolah (kerajaan) tak ada duit untuk tanggung kos, termasuk hadiah, upah pengadil, jamuan makan guru dan jemputan.

Bukan saya tidak suka acara dan aktiviti tersebut, tapi kalau dah semua hendak ditekan atas PIBG (baca ibubapa), sekolah kerajaan apa ?

Kakitangan kumpulan A (atau keseluruhan guru) tidak boleh membuat tuntutan kerja lebih masa. Cuba kerajaan beri kebenaran khas kepada guru untuk claim kerja lebih masa sekurang-kurangnya 1 jam sehari, tak le beban kepada ibubapa untuk bayar kepada guru buat kelas tambahan.

Perundangan Islam - 4

Assalamualaikum wbt.

Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya). (Al-A'raaf 7:29) |

"Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil". - Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya - "dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu); dan perjanjian (perintah-perintah) Allah hendaklah kamu sempurnakan. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat (mematuhiNya)". (Al-An'aam 6:152) |


Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya. (Al-Nahl 16:90) |

Sunday, October 9, 2011

Perundangan Islam -3

Assalamualaikum wbt.

Masih lagi mengenai ayat-ayat Al Quran yang menyuruh laksanakan hukuman secara adil.

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (An-Nisaa' 4:135) |


Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Al-Maaidah 5:8) |

Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (Al-Maaidah 5:42) |

Saturday, October 8, 2011

Apa Faedah guru yang akan diumumkan nanti ?


Pengumuman mengenai akan diadakan November 2011 oleh TPM.

Guru ada Kira-kira 480,000
Termasuk yang kerja di PPD, JPN, KPM, IPG, Kolej Matrikulasi dan saki baki di Politeknik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kata, beliau akan mengumumkan secara terpeinci faedah yang bakal dinikmati kumpulan yang bekerja di sector pendidikan (Kementerian Pelajaran Malaysia – tak termasuk PTD yang tumpang ambil jawatan di KPM, JPN).


"Secara terpeinci akan saya umumkan pada awal November depan mengenai apakah kandungan yang bakal dinikmati oleh guru-guru yang jumlah mereka adalah satu per tiga daripada keseluruhan penjawat awam,"katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Jumaat.


"Banyak sekali faedah yang bakal dinikmati seperti bantuan untuk menaik taraf infrastruktur sekolah serta bantuan persekolahan," katanya. ( Sekolah agama rakyat , tak ada bantuan, kerana itu tempat membentuk terroris dan komunis – kata saya)

Tuan/puan , cikgu/i

Tak dak kenaikan gaji dalam Bajet tu, jangan dok silap faham. Yang naik ialah kenaikan tahunan mengikut gred. Berapa yang akan naik pun belum tau lagi. Elaun- elaun tak sebut langsung,

Bro, gaji cikgu tak pernah naik sejak sejak 1991 (dah 20 tahun dah tak naik gaji, start aku mula kerja sampai la ).

Tak pa… tunggu Tan Sri Muhyidin umum, nak tengok apa dia nak kata, ada dak dia nak sebut,

1. Time based 10 tahun kurang kpd 8 tahun. Jangan perasan le . PTD 20 tahun kerja dah dapat gred 54, cikgu mati 48 je lah.

2. Cikgu siswazah yang selama terinanya, sebab tak ada orang bela, depa dok nampak guru Maktab (bukan siswazah, potong giler gaji cikgu siswazah, )
Kadang tak logic, dalam system pendidikan yang mengutamakan orang berilmu(dip. Ijazah, Master, Phd) geng master dan Phd pun tak dapat pembelaan.

3. Elaun warden yang jaga budak asrama, elaun rumah dapat separuh, elaun cola dapat separuh, elaun warden dapat 240 RM, hai tak kesian ke kat cikgu warden tu.

4. Hari tu kata Penolong Kanan akan dapat DG 48, saya dah agak dah, tak ada untungnya, cikgu PK memang dah ada 48 atau hamper 15 tahun kerja, kemudian umum kata 10 tahun kerja cikgu boleh dapat 48, tak merana jiwa cikgu PK.

5. Cikgu boleh pilih opsen 60 tahun, maka disekolah akan ada, Cikgu Tok Wan (nenek), Cikgu Mak (anak cikgu tok wan) dan cucu/cicit (murid), senang lah, Cikgu mak dapat jaga ayahnya (cikgu Tok wan yang sesekali kena serang penat), berbakti kepada ibu bapa.

Cikgu/i – sekian lama bila tiba hari guru, kononnya akan diumumkan sesuatu yang mengumbirakan guru, bila bajet guru pun nak tunggu apa yang special yang akan kerajaan bagi kepada mereka. Last sekali .. seperti keadaan sekarang.

Friday, October 7, 2011

Caltech Universiti terbaik dunia



LONDON 6 Okt. - Universiti-universiti di Amerika Syarikat (AS) dan Britain sekali lagi mendominasi ranking universiti-universiti terbaik di dunia dengan kedudukan pertama menampilkan muka baru yang berjaya menyingkirkan Universiti Havard sebagai universiti terbaik dunia pada tahun ini.

Institut Teknologi California (Caltech) menjadi institusi paling terkemuka dalam senarai yang dikeluarkan oleh Times Higher Education (THE) ini buat pertama kalinya dalam tempoh lapan tahun sebagai universiti terbaik dunia pada tahun ini.


Sebanyak 75 universiti AS turut disenarai pada kedudukan 200 institusi pendidikan terbaik di dunia, sekali gus menjadi negara yang mendahului carta itu.

Institusi Britain menduduki tangga kedua selepas 32 universiti negara ini tersenarai pada kedudukan 200 teratas, tetapi cara universiti di negara ini dibiayai menimbulkan kebimbangan berhubung kejayaan berterusan mereka.

Negara Asia turut meningkatkan ranking mereka dengan Universiti Tokyo berada di tangga ke-30 mendahului institusi pendidikan lain dari benua itu.
Caltech dinobatkan sebagai universiti terbaik dunia ekoran kejayaan mereka mengekalkan keputusan memberangsangkan dalam semua kategori dan peningkatan dalam pembiayaan penyelidikan.

Institut Caltech adalah khusus untuk pengajian sains serta kejuruteraan dan kampus utamanya terletak di utara Los Angeles.
Havard yang berusia 365 tahun dan buat pertama kalinya gagal menduduki kedudukan pertama sejak senarai ini dikeluarkan oleh THE berada di tangga kedua bersama Universiti Stanford California.

Kedudukan universiti utama Britain turut berubah dengan Oxford berjaya menduduki tangga keempat menewaskan Cambridge yang berada pada kedudukan keenam.
Pemilihan ini dibuat berdasarkan 13 kategori termasuk bidang penyelidikan, pengajaran, pemindahan pengetahuan dan aktiviti antarabangsa. - AFP

satu soalan

1. adakah orang politik turut campurtangan dalam urusan pentadbiran universiti ini ?

Perundangan Islam -2

Assalamualaikum wbt

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (An-Nisaa' 4:58) |

Menghukum dengan adil !!!, kita sering dengar kefahaman orang tentang hudud, mencuri hukumnya potong tangan, bunuh hokum bunuh balas. Zina kena rejam ( bukan sula seperti dalam Semerah Padi). Jangan bimbang, mencuri silap-silap hukumannya lepas bebas, kerana memberi keadilan kepada pencuri itu yang berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan keatas dirinya. Bukan senang sesuatu hukuman hendak dilakukan, mereka akan halusi, bicara, saksi , membela diri, taubat, sumpah.. semua itu akan dilakukan sebelum potong tangan. Bukan asal dituduh mencuri atau ditangkap kerana mencuri skrap terus dipotong tangan oleh kutu berahak yang tangkap tadi. Tapi itulah gambaran yang orang ramai faham tentang hudud. Kalau begitu amat menakutkan, siapapun tak berani mencuri (bukan nak suruh orang mencuri).


Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (An-Nisaa' 4:59) |

He..he.. point ni nak kena balik kat orang yang dok sibuk nak buat hudud di 1Malaysia !.
Point mana satu ?.
Akar umbi UMNO ditanam dengan ayat ini, taat kepada Ulil Amri dikalangan kamu. Ful stop. Macam tak ada sambungan ayat. Maka ayat ini yang dijaja ke anak cucu 54 tahun dah. Bro – ulil Amri yang macam mana nak kena taat ?. Ulil Amri yang taat kepada Rasul dan Allah yang perlu ditaati, ini kalau sebut hokum hudud pun berbagai alasan, taat kepada Allah, “hampar sejadah” ape (bahasa baik untuk apa kejadah).

Kalaulah difahami sambungan ayat, alangkah baiknya, jika ada pertelingkahan bab hudud ini kembalilah kepada Al Quran dan Sunnah. Tentulah Negara Islam 1Malaysia sudah aman damai. Makmur dikecapi oleh semua rakyat jelata.



Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. (An-Nisaa' 4:60)

Cakap banyak pun susah le bro, pendek cerita, jangan sampai kita jadi munafik, kata nak kepada Islam tapi hokum Islam kita tolak, munafik akan masuk neraka tingkatan tercorot, paling dahsyat antara neraka-neraka, saya tak mau, kalau hampa mau hampa masuk la..



lubang api dunia di uzbek

Wednesday, October 5, 2011

Perundangan Islam -1

Assalamualaikum wbt.

Kenapa menolak hudud ?.

Saya berada dalam kelompok ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi, mereka juga membicarakan isu hudud, mereka kata hudud perlu dilaksanakan kerana itu arahan/ perintah Allah.

Namun timbul persoalan, kenapa pemimpin mereka tidak mahu laksanakan ?. Tak perlu saya bincangkan melalut disini, kerana banyak blog lain yang memperkatakan mengenainya.

Dan soalan saya kenapa masih sokong pemimpin/ organisasi yang tolak hudud ?.


Sebelum saya masukkan terjemahan ayat Al Quran berkaitan perundangan kita lihat dahulu terjemahan dibawah.

Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Al-Israa' 17:15) |


Para ulama adalah pewaris Nabi, kerana ulamak meneruskan ilmu yang di sampaikan oleh para nabi, ulama kembali menyatakan hudud adalah perintah Allah yang terdapat keterangannya dalam Al Quran, mereka kembali menyampaikan dan mereka tidak mampu untuk memberi hidayah kepada manusia. Dalam bahasa mudah mereka telah berusaha, lepas tanggungjawab.

Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. (Al-Israa' 17:16) |



Amaran yang jelas di dalam Al Quran, tentang balasan mereka yang melakukan maksiat (menolak hokum Allah dengan berbagai alasan – juga termasuk kategori maksiat). Keadaan ini memang berlaku dalam 1Malaysia, bukan setakat hokum berlaitan Hudud, Qisas dan Takzir, malah maksiat-maksiat lain, penipuan, pecah amanah, cakap bohong, mungkir janji , salah guna kuasa berlaku sewenang-wengannya dalam Negara Islam 1Malaysia.

Dan berapa banyak umat-umat yang kami telah binasakan sesudah zaman Nabi Nuh; dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui lagi melihat akan dosa-dosa hambaNya. (Al-Israa' 17:17) |

Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah. (Al-Israa' 17:18) |

Kesenangan didunia hanya sementara bro. Akhirat lebih lama/ kekal, apa kau tidak percaya, akhirat itu kekal selama-lamanya ?..