Monday, March 21, 2011

Amerika serang Libya, anda sokong siapa ?


Amerika sudah serang Libya, anda mahu sokong siapa ?.
Dan Malaysia patut diserang oleh Amerika pada 1985 !.

Assalamualaikum wbt.
Dalam entry lepas saya kata Gaddafi vs Rakyat, kedua-dua akan merana. 20 Mac 2011, bermulalah episode me’meranakan’ Libya.

Semua orang akan meng agak Libya akan diserang oelh Amerika dan sekutunya, (selepas ini saya sebut amerika sahaja). Bukan kerana Faktor Gaddafi atau factor rakyat bangun menentang. Tetapi factor lain. Faktor Islam dan factor sumber ekonomi. Antara kedua factor tersebut factor Islam lah yang lebih berat tetapi ia disembunyikan dari disebut atau ‘off record’.

Apalah sangat Gaddafi jika hendak diserang dan apalah sangat pemberontak dua tiga kerat hendak dibela. Seranglah Thailand yang pernah bertindak tak perikemanusiaan terhadap rakyatnya.

Faktor ekonomi, mencari sumber minyak yang akan disedut dan di perjanjikan, seperti perjanjian air antara Malaysia dan Singapura.

Saya juga bertanya siapa yang mahu anda sokong antara pemberontak Libya dan Muammar Gaddafi. Hari ini saya nyatakan pendirian bahawa saya menyebelahi Muaamar Gaddafi dalam mempertahankan negaranya.

Saya mengutuk keras serangan keatas Libya dan serangan keatas mana-mana Negara.
Contoh telah ditunjukkan dalam penyerangan keatas Afghanistan dan Iraq.

Jika betul Amerika mahu membela pemberontak, mengapa tidak bela pejuang di Palestin, di Thailand di Chechen dan merata tempat lagi dan kenapa tidak sokong Ibrahim Libya.

Tahun 1985 sepatutnya amerika serang Malaysia kerana membela Ibrahim Libya atau tahun 1948 amerika patut serang Malaysia kerana Kerajaan Malaysia menentang pemberontakan PKM.

Sebenarnya bukan alasa membela penentang Gaddafi yang menjadi isu untuk mendapat lessen menyerang Libya. Isunya adalah Islam.

Sekian.

Sunday, March 20, 2011

Nasihat Guru - 12 (apa erti pembangunan?)


Assalamualaikum wbt.

Apa ertinya pembangunan (fizikal, prasarana, bangunan dan lain-lain) , jika yang dibangunkan itu semuanya bukan milik kita dan lebih parah lagi, pembangunan tadi telah menyebabkan hak kita diambil (dibayar pampasan) kemudian dijual kepada orang ‘lain’.

Jadi apa erti pembangunan ?.

Sekadar bercerita, pengayuh beca di sebuah bandaraya, megah dengan pembangunan negerinya, namun dari dulu dia hanya mengayuh beca, megah kerana pelancong datang, pelancong datang melihat dirinya, pribumi (yang tak diperjuangkan oleh PEKASA) terus mengayuh beca, dia menerangkan itu dan ini, namun dirinya terus mengayuh beca.

Bukan saya menghina kerja pengayuh beca, Cuma mahu kamu berfikir, apa erti pembangunan jika kita tiada hak dalam nya dan kita terus begini.

Sekian.

Friday, March 18, 2011

Gaddafi vs rakyat akhirnya, kedua-dua tumbang dan merana.


Assalamualaikum wbt.

Gambar hiasan : Adakah Gaddafi akan dirantai seperti Mujahid ini ?.

Sejak krisis melanda di negara benua Afrika saya terfikir benar atau tidak setiap kenyataan dan gambar yang disiarkan di semua media. Kebayakan blogger pro rakyat yang bangun menentang kerajaan mereka.

Mereka (penyokong luar) menyokong kerana menentang dan tidak bersetuju dengan pemimpin-pemimpin berkenaan, tak berkenan kepada pemimpin berkenaan kerana sifat peribadi pemimpin tersebut atau kerana pendirian pemimpin tersebut terhadap Islam.

Hosni mubarak, jelas dibenci oleh ramai Islam Malaysia kerana dia lebih berbaik-baik dengan Israel. Tunisia, sebenarnya kurang publisiti di Negara Malaysia, sesetengah rakyat Malaysia hanya ‘sedar’ ada negara bernama Tunisia walaupun memang tahu ada Negara Islam bernama Tunisia setelah dilaporkan berlaku krisis disana.

Libya, memang dikenali oleh rakyat Malaysia. Kita lebih mengenali Muaamar Gadaffi, sehinggakan anak seorang menteri yang sekarang jadi penyanyi ada menggunakan nama Gaddafi. Malah bekas pelajar saya sejak dahulu ada yang bernama Gadaffi, Ahmad Gaddafi, dan Muammar Gaddafi.

Imej Gadaffi ditonjolkan begitu gah dan seorang yang ‘memperjuangkan Islam’. Pada tanggapan saya apabila seseorang Islam menentang Amerika dia adalah pejuang Islam. !.
Baik PAS atau UMNO menyokong Gaddafi.

Kini sudah berbelah bagi, PAS sudah tidak sokong Gaddafi, saya masih berbelah bagi, haruskah saya menyokong Gaddafi, hanya kerana rakyat Negara itu bangun menentang Gaddafi. Kerana saya amat yakin rakyat yang bangun menentang telah diarah / diatur/ di catur/ oleh tangan yang tersembunyi yang tak lain dan tak bukan untuk menjatuhkan orang tua bernama Muammar Gaddafi, yang menjadi Pemimpin Libya.

Saya samakan Gaddafi dan Saddam yang mengambil jalan ‘Jihad’ sehingga ke akhir hayat. Dan saya sokong jalan mereka kerana pada pendapat saya, rakyat yang bangun menentang adalah mereka yang mahu jatuhkan sebuah kerajaan dengan bersekongkol dengan kafir. Yang akan datang menjajah sebentar lagi.

Tanya pada diri anda dari mana pemberontak mendapat senjata. Buat apa kapal perang Amerika berada berhampiran Libya sekarang ini. Ingat sejarah Temasik, siapa yang belot sehingga Negara ditawan oleh orang lain, ingat sejarah Semenanjung Tanah Melayu, apakah yang sering dijadikan alasan campurtangan Inggeris.

Kebanyakan pemimpin dunia mengambil kesempatan mengkayakan diri sendiri dan keluarga, silapnya dia lupa untuk mengkayakan sedikit kepada rakyatnya, jadi rakyat terpaksa meminta bantuan luar untuk menewaskan pemimpin tersebut. Kesannya Negara akan terjajah.

Negera yang kemunkinan besar dijajah adalah Negara-negara islam, kerana ada factor ‘Perang Agama’ yang dimainkan secara tersembunyi oleh orang bukan Islam dengan berselindung dengan nama memerangi keganasan, menegakkan keadilan, membebaskan rakyat, mendemokrasikan dan berbagai-bagai lagi. Negara-negara Islam yang dipimpin oleh mereka yang tidak ISLAMIK menjadi punca kepada penjajahan tersebut.

Jika dia ISLAMIK, rakyat tidak diabaikan, dan rakyat tidak akan memberontak. Sama-samalah kita nantikan Amerika menyerang Libya dan sebuah lagi Negara Islam dijajah dalam abad ini, Afghanistan, Iraq , Libya …….. dan tidak mustahil Malaysia.

Setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah supaya kita berfikir..

sekian

Thursday, March 17, 2011

PERNIAGAAN DALAM ISLAM - 8

Melihat peribadi Rasullullah melalui peniaga yang Jujur dan Amanah.

Kita akan merasa senang hati apabila dilayan dengan baik oleh pelayan kedai (bukan pelayan GRO), kedatangan kita disambut dengan senyuman dipelawa masuk, ditanya keperluan kita, kita akan rasa senang hati dan akan ceritakan kebaikan tersebut kepada kawan-kawan dan mencadangkan supaya kawan-kawan datang kekedai tersebut. Itu baru layanan dari pelayan kedai.

Dan bayangkan kalau tuan yang empunya perniagaan/kedai itu sendiri yang melayan kita, layanan yang baik dan mesra, kita tiada sebarang prasangka kepada pemilik kedai tersebut.

Dan sekarang cuba bayangkan Rasulullah sedang berniaga di Syam, sudah tentu baginda memberi senyuman yang indah, bertutur dengan nada yang lembut dan lunak, menceritakan secara jujur setiap barangan yang diniagakan, sudah tentu para pelanggan akan merasa senang hati berurusan dengan baginda.

Tidak hairanlah jika perniagaan yang dijalankan sentiasa mendapat untung, manakala pelanggan akan sentiasa tertunggu-tunggu musim perniagaan akan datang untuk bertemu baginda.

Rasulullah diutuskan untuk membawa rahmat keseluruh alam, baginda menjadi contoh dalam setiap lapangan/ bidang, dalam bidang perniagaan baginda memberi contoh yang terbaik untuk diikuti, Cuma kita yang kesampingkan laluan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Sedikit mengenai Rasulullah dalam perniagaan.

 Sebelum kedatangan Islam, bangsa Arab telah pun muncul sebagai golongan pedagang yang berkemahiran dan menguasai jalan perdagangan dunia seperti Eropah, China, India, Parsi dan Afrika.

 Selepas kedatangan Islam, Mekah menjadi pusat ibadat yang terpenting di Semenanjung Arab dan orang Arab mengambil peluang ini untuk menjalankan perdagangan ketika musim haji.


 Keamanan dan keselamatan sebagai pusat ibadat juga telah menarik pedagang lain untuk berniaga di situ. Ini sekaligus menjadikan Mekah sebagai pusat perdagangan.

 kaum Quraisy (bangsawan)merupakan kabilah yang paling terhormat di Mekah dan maju dalam perniagaan.
 Rasulullah datang dari Bani Hashim kaum Quraisy dan telah dipelihara oleh Abu Talib, bapa saudaranya yang merupakan saudagar Arab yang kaya.

 Baginda telah dibawa berniaga pada ketika berusia 12 tahun. Di usia semuda itu, baginda telah menunjukkan minat yang tinggi dan sanggup menghadapi cabaran dalam perniagaan.

 Semasa berusia 20 tahun, baginda telah menjalankan perdagangan samada secara kongsi atau menggunakan modal orang lain iaitu Siti Khadijah atau secara berseorangan.

 Keuntungan selalu menyebelahi baginda apabila baginda menjalankan perniagaan kerana baginda sentiasa mengamalkan sifat sabar, amanah dan jujur.- al-Amin

 Kelebihan baginda ini mempertemukan baginda dengan isterinya Siti Khadijah yang akhirnya merupakan wanita yang pertama memeluk agama Islam.

Para sahabat yang popular dalam bidang perniagaan ialah Abdul Rahman bin Auf.

Tuesday, March 15, 2011

5 – Minutes Islamic Executive Talk 11 (Perdagangan yang tak rugi)

Assalamualaikum wbt.

As Shaff: 10; Wahai orang yang beriman, mahukah aku tunjukkan suatu perdagangan yang mampu menyelamatkan kamu dari seksan yang pedih ?.

Saya tidak menasihatkan anda supaya berhenti mencari kekayaan dunia, malah saya sendiri ingin menjadi kaya harta didunia. Namun adakah ayat 10 surah As shaff suruh kita supaya tak cari kaya didunia ?.

Harta dunia boleh digunakan untuk jihad Fi Sabilillah, tanpa harta kita tak mampu menyediakan kekuatan persenjataan, tidak mampu membentuk pasukan tentera tetapi perlu diingat bahawa ada satu lagi perdagangan yang mampu selamatkan kita dari siksaan yang pedih, sudah tentu siksaan diakhirat yang dimaksudkan oleh Allah swt.
Kita teruskan perdagangan jual beli kerana perniagaan dan muamalah adalah sunnah Rasulullah, berniaga dengan jujur adalah sunnah Rasulullah, berniaga itu memenuhi keperluan manusia, ianya sebagai satu ibadat. Dalam perniagaan mungkin adakala untung dan adakala rugi, Allah janjikan satu perdagangan/perniagaan yang tidak akan rugi.

Iaitu kita berdagang dengan Iman dan jihad kejalan Allah. Kerana menurut Firman Allah AsShaff:11, Kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan kamu berjihad pada jalan Allah baik dengan harta mahupun jiwa, Itulah yang terbaik bagi kamu kalau kamu semua mengetahuinya.

Adakah kita dapat praktikan Iman dan Jihad dalam perniagaan kita didunia ?.

Bela Rakyat - Kolej Komuniti.


Assalamualaikum wbt.

Saya berkesempatan ke Kolej Komuniti Masjid Tanah untuk berbincang dengan pegawai kursus disana untuk tujuan jalinkan hubungan baik seterusnya untuk tujuan ‘win-win situation’.

Bukan win-win situation yang nak saya highlightkan Cuma saya hendak komen tentang ‘pembelajaran sepanjang hayat’ rakyat Malaysia. Umur 4-6 tadika/ PASTI , umur 7 – 12 sekolah rendah, umur 13 – 17 sekolah menengah, umur 18 – 20 Pra U, matrik, Diploma. Umur 20 – 24/25 Ijazah.

Kebanyakan rakyat Malaysia berhenti belajar bermula umur 18 tahun jika tidak masuk kolej atau universiti. Gagal meneruskan pelajaran akademik seolah-olah berhentinya proses menuntut ilmu, tumpuan diberikan untuk mencari rezeki.

Bagi sesetengah rakyat Malaysia yang masuk U dan menyambung peringkat Sarjana Muda akan berhenti belajar bermula umur 24 atau 25 tahun.

Menuntut ilmu tak semestinya secara formal, apa saja ilmu tuntutlah, ilmu memancing, jebak burung, tanam getah, tanam sawit, dan yang paling penting sekali ilmu fardu ain dan fardu kifayah tujuan membaiki amalan ibadat kita.

Menuntut ilmu fardu ain dan fardu kifayah kena pergi masjid sebab dimasjid saja ada ilmu tersebut untuk pembelajaran tidak formal, pembelajaran yang tak ada peperiksaan, kadang-kandang ustaz Tanya juga, ramai yang tak mahu jawab dan ustaz jawab sendiri, kalau ustaz dok buat Tanya begitu selalu, minggu depan tak ada pelajar tua lah jawabnya, baik ustaz jangan Tanya.

Kolej komuniti, satu institusi yang menawarkan kursus/ ilmu baru kepada mereka yang memerlukan berbagai ilmu, walaupun pada awal penubuhanya Kolej ini seolah-olah tiada hala tuju, tetapi akhir-akhir ini setelah berada di bawah Kementerian Pengajian Tinggi pengurusannya lebih teratur, walaupun penubuhan kolej ini atas dasar kepentingan politik tertentu, tak perlulah dipertikaikan, orang politik memang ‘bela rakyat’ jadi setiap kawasan parlimen ada kolej Komuniti, sehinggakan bilangan tiang bangunan lebih ramai dari bilangan pelajarnya.

Pergilah tanyakan kursus-kursus jangka pendek, 3 hari untuk tambah ilmu, korbankan sedikit masa untuk dapatkan ilmu baru, bayarlah sedikit untuk tunjukkan komitmen pembelajaran. Bukan ada peperiksaan apa nak takut. Tolong promosi sikit untuk kolej komuniti. Ada kursus, buat kuih, buat kek, kursus jahit menjahit, muzik, computer, pendawaian, seni kecantikan, refleksiologi , urus jenazah dan lain-lain lagi. Nak bagi mudah kumpulkan sekurang-kurangnya 15 orang boleh buat kursus segera. Pergilah tambah ilmu, ilmu boleh datangkan duit. Biar orang lain cari duit dengan ‘ibu’ duit, kita cari duit dengan ilmu.

Dan jangan lupa datanglah ke masjid, dengan kuliah agama, duduk belakang-belakang pun tak apa, tak pakai baju Melayu boleh datang masjid, tak pakai kopiah pun tak apa, boleh datang masjid,

Tuntutlah ilmu sehingga ke Liang Lahad, hanya dengan ilmu dapat kita bezakan antara Haq dan Batil.

Sekian.

Sunday, March 13, 2011

Nasihat Guru - 11 (membaca menambah ilmu)

Nasihat Guru - Membaca menambah Ilmu.

Para pelajar, membaca menambah ilmu, jadi banyakkanlah membaca, sekarang ini terlalu banyak bahan bacaan, bukan sekadar di bahan bacaan dalm Negara, bahan bacaan luar Negara bersepah-sepah dalam internet.
Ilmu Allah disampaikan dengan perantaraan Kalam, maka bacalah….
Kalau baca ilmu berkaitan mistik /khurafat, maka kita sikit-sikit akan cenderung kearah itu, kalau baca berkaitan cari duit maka kita akan cenderung kearah itu. Kalau baca mengenai artis, maka kita hanyalah orang yang kuat berkhayal !!!!!!.

Apa-apapun bacalah..