Assalamualaikum wbt.
Selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Nabi yang diutus untuk membawa rahmat ke sekelian alam. Mukjizat Al Quran yang diturunkan kepada Baginda menjadi suluh panduan kepada kita.
Hari hari kita dikejutkan dengan berita kemalangan, kematian, rosak akhlak dan sebagainya. Setiap kali membaca berita kita segera menunding jari meletakkan kesalahan keatas orang lain tanpa sedikitpun kita bertanya benarkah itu kesalahan mereka, benarkah mereka melakukan sesuatu secara cincai dan hanya untuk untung sahaja, kita sedikitpun tidak menginsafi setiap kejadian yang berlaku apatah lagi meletakan kesalahan pada diri sendiri.
Si pelaku kesalahan,
sudah tentu tak mahu mengakui kesalahan kerana hukuman dunia yang berat. Hukuman di akhirat belum nampak, walau dimaklumkan bahawa azab yang amat pedih akan dikenakan kepada pembuat dosa. Atau kerana Allah maha pengampun maka kita akan berpeluang bertaubat dan pasti diampun oleh Allah swt.
1438H kita telah biarkan berlalu,
tanpa sedikit pun perkembangan dalam diri kita. Kita asyik mengucap HB2U buat rakan grup w.sap dan fb, kita like, kita react, kita komen Alhmdulillah, kita komen tahniah, kita puji cantik, kita kutuk buruk, kita itu kita ini.
Sia-sia sahaja,
Alhamdulillah yang kita taipkan terkandung riak yang tersembunyi, amin yang kita ucapkan hanya dibibir, pujian yang diberi sekadar mengaktifkan akaun sahaja, mungkin kutukan sahaja yang lahir dari hati yang ikhlas namun tak dapat mengumpul pahala kerana telah melukakan hati sahabat kita.
Apakah amalan kita,
dilakukan kerana Allah, Adakah solat kita berkualiti, atau kita masih solat dengan ilmu yang diperoleh dalam subjek pendidikan Islam sekolah menengah. bukanlah saya orang yang tebaik dalam amalan cuma sekadar bertanya diri sendiri dan sahabat sahabat. Kita ketawa melihat aksi hj Bakhil dalam filem Labu Labi, jangan jangan kita pun sama dengan beliau. Kita benci Amerika tapi mata dan hati kita berada di Amarika. Kita kutuk keganasan namun kita tak mampu menjadikan mangsa keganasan sebagai 'saudara muhajirin'.
Pendek kata,
kita ini bukan sesiapa, yang keluar dari ucapan hanyalah hawa nafsu sahaja, bisikan bisikan syaitan yang tak mampu kita tewaskan.
Lantaran itu beristigfarlah, bertaubatlah semoga Allah mengampuni kita atas kelemhan kita.
1439H yang akan datang,
Bersegara dalam mengerjakan solat serta berjemaah, datang awal untuk solat Jumaat, peruntukan wang untuk bersedekah, kurangkan hiburan, kecilkan kenduri , jimat berbelanja, berbuat baik kepada ibu bapa, berdoa kesejahteraan guru dan sahabat handai. memandu secara berhemah.
Pada kesempatan ini saya memohon kemaafan atas segala-galanya dari semua manusia dan makhluk Allah yang lain seandainya saya pernah bersalah terhadap anda.
Thursday, September 21, 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
lam blog ni tak aktif
ReplyDelete