Wednesday, June 8, 2016

Ramadhan 1437H - "ayah ni murah hati"



Assalamualaikum wbt. 

Ramadhan 1437H telah  datang, peluang , segala-galanya peluang bagi seluruh umat Islam dan bukan Islam, yang beriman, peluang beribadat dan kumpul pahala, yang bukan Islam, peluang mengaut keuntungan dari perniagaan keatas umat Islam. (kalaulah orang Islam sendiri yang menguasai perniagaan, sudah tentu ekonomi dan kehidupan umat Islam lebih baik). Namun dan malangnya Orang Islam hanya menjadi pembeli sahaja (walau bukan semua).

“ayah ni murah hati”
Sejak setahun dua yang lalu, saya cuba menjadi ‘orang baik’ bila tiba Ramadan, bukan baik dalam berbuat ibadat, tetapi baik dalam membantu orang lain seboleh mungkin. Masyarakat kita begitu ghairah untuk membantu Umat Islam di luar negara (bukan tak boleh) contohnya seperti “korban di Kemboja”, yang Pelastin , Yg Acheh dan lain-lain lagi. Namun jiran sebelah rumah tak dapat dibantu, jiran di kampong tak dibantu, jiran semukim tak dibantu.
Atas kesedaran yang ramai jiran kita menghadapi kesukaran hidup walau tak seteruk di Syiria, Palestin, Kemboja, Rohingya, Sabah, Sarawak, Filipina dan dimana sahaja umat Islam sentiasa mengadapi kesukaran.

Saya bukanlah kategori orang yang mampu memberi bantuan kewangan, sebab bajet pun cukup-cukup saja, saya juga malu nak pergi mencari siapa jiran yang susah, tak orang kata “baiknya Pak Haji ni”,  saya pun takut diri saya riak dan takbur dan macam-macam lagi. Sebenarnya itu hanyalah was-was dan hasutan syaitan supaya kita tidak membuat kebajikan. Satu lagi saya bimbang tidak Istiqamah dalam mengerjakan kebaikan.

Nak cerita, hari tu saya dapat kumpul banyak kampit beras yang saya minta dari kawan-kawan untuk diberikan kepada orang yang memerlukannya. Masukkan dalam pick up dan bila ada masa nak pergi agihkan kepada jiran –jiran yang memerlukan sempena Ramadhan. Kawan-kawan pun sebenarnya memang nak buat kebajikan tapi merekapun ada perasaan dan kekangan seperti saya juga. 

Melihat banyaknya beras dalam pick up,anak saya Aminah Syukriyah 7 thn,  tanya nak buat apa dengan beras yang banyak tu, saya pun kata nak sedekah.

Maka terkeluarlah dari mulut anak saya “ayah ni murah hati”. 
Aduh malu juga rasanya sebab beras tu bukan saya punya, alangkah baiknya jika beras itu saya yang punya dan diedarkan kepada jiran-jiran. Lalu saya beritahu yang ayah hanya mengumpul beras dari kawan-kawan ayah .

5/6/2016 sehari sebelum Ramadhan 1437H saya bawa anak-anak mencari jiran-jiran sebagai latihan kepada mereka. Ada pula orang tanya kenapa tak bagi masa bulan Ramadhan, besar pahalanya…..
Ada saja soalan yang membuat orang menunggu masa tertentu untuk membantu, jadi tak hairanlah jika sesetengah rumah anak yatim mewah dengan makanan semasa bulan Ramadhan. Nak membantu jangan nanti bulan Ramadhan.

Rata-rata yang menerima  bantuan walau sekampit beras 5 kg melahirkan rasa terima kasih dan gembira. Saya yang tolong beri dapat juga rasa insaf, dan satu lagi,  seronoknya jika saya jadi orang kaya yang sentiasa dapat memberi bantuan kepada orang ramai, setakat ni saja yang mampu saya lakukan, semoga kawan-kawan yang bagi sumbangan atas nama “hamba Allah” mendapat ganjaran.
Bantuan boleh diberi secara terang-terang atau senyap senyap, bagi saja, lama kelamaan bila dah jadi kebiasaan, ikhlas akan datang dengan sendiri. 

Kepada kawan-kawan yang sudi beri bantuan, semoga Allah melimpahkan rezeki, memberkati rezeki tuan tuan dan puan-puan, Amin, 






Terima kasih.

No comments:

Post a Comment