Assalamaualaikum wbt.
Ketika ini ramai yang terdesak, alasan kegelutan ekonomi dunia penyebab kenaikan harga berbagai jenis barang, untuk menyedapkan diri kita tunding saja jari kearah menteri menteri dan Perdana Menteri.
Namun ada menteri ini memberi idea yang 'bernas' namun dia 'sengaja ' buat silap dalam kenyataannya.
Malam tadi 28 Dis 2015 jam 10.30 mlm, perjalanan pulang dari rumah Mak Ayah di kg. melalui jalan Pendang ke Langgar. Seperti tiada kegawatan ekonomi, ramai yang menjamu selera di gerai gerai dan ramai yang masih bermain sepak raga dan futsal. Menjamu selera saya boleh terima sebagai keperluan, namun bermain hingga lewat malam, sesuatu yang sukar untuk saya terima , dalam 'kegawatan ekonomi'.
Berbalik kepada buat dua kerja, orang menoreh buat satu kerja, lepas menoreh biar saja susu getah kering, esok lusa pergi pungut, petang dia duduk saja, bersembang, main, tahan burung atau tidur saja.
Bagaimana kalau selepas menoreh bersihkan kebun, potong rumput, potong kayu, susun kayu getah yang reput. (lihat kebun getah semak atau bersih ?)
Pohon getah menyerap baja dan akan bersaing dengan semak samun lain, produktivi getah akan menurun.
Waktu malam , kalau rajin dan ada kreativiti. Petani, penoreh boleh fikirkan bagaimana menambah pendapatan atau setidaknya tak perlu beli. Tebang saja buluh yang boleh didapati secara percuma, rautkan untuk dibuat box mengail atau dibuat taut untuk dijual, sudah tentu ada hasil nya sendiri walau sedikit, berbanding hanya menyepak bola sampai ke malam.
Mengumpul botol plastik dan apa saja yang boleh dijual, mungkin nampak macam jatuh maruah, tetapi perlu ingat, memberitahu "nak buat macam mana saya tak ada duit" lebih menjatuhkan maruah.
Rezeki sememangnya ditentukan oleh Allah swt. namun usaha adalah jalan penyelesaian. Buatlah berbagai kerja sudah tentu ada hasilnya. Laman rumah yang luas serai serumpun tak mampu di tanam, apa sebenarnya yang nak saya kata ?.
Salah, bukan malas.....
Kuat kan usaha, kita ubah diri sendiri supa 'kegawatan ekonomi" kurang mencengkam diri
Tuesday, December 29, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment