Parti Islam baharu diberi nama Amanah
Di Petik dari blog Greenboc.
Parti Amanah Rakyat
atau “Amanah” dijangka menjadi nama rasmi parti Islam baharu yang
ditunggu-tunggu, ditubuhkan daripada kumpulan serpihan pemimpin PAS dan ahli
badan bukan kerajaan Islam.
Dijangka dilancarkan pada Hari Kemerdekaan,
menurut sumber, parti yang berteraskan Islam itu akan menggunakan warna Gerakan
Harapan Baru (GHB) sekarang iaitu oren sebagai warna tema partinya.
Nama dan logonya akan dihantar ke Pendaftar
Pertubuhan (RoS) tidak lama lagi sebelum dilancarkan secara rasmi pada 31 Ogos.
Keputusan mengenai nama, logo dan warna parti itu dimuktamadkan pada
mesyuarat di Shah Alam semalam yang dihadiri pemimpin-pemimpin Gerakan Harapan
Baru (GHB), yang merupakan sebahagian daripada ahli Parlimen dan pemimpin
politik PAS yang paling menonjol.
GHB adalah pelopor kepada parti baharu
ini.
Menurut satu temu bual terdahulu dengan bekas Setiausaha Agung PAS
Datuk Mustafa Ali, keanggotaan ahli dan pemimpin PAS akan terbatal sebaik sahaja
mereka menyertai parti politik yang lain.
Selain ahli PAS dari
seluruh negara kata sumber itu, Amanah akan terdiri daripada pemimpin utama
beberapa NGO Islam terbesar negara seperti Abim, Ikram dan Haluan.
Difahamkan hampir 70% pemimpin PAS dari Johor, Melaka dan Negeri
Sembilan akan meninggalkan parti itu dan menyertai Amanah sebaik sahaja ia
ditubuhkan nanti.
Sehingga kini, Amanah yang bakal ditubuhkan sudah
sedia dengan penyelarasnya di setiap negeri dan kawasan Parlimen di seluruh
negara yang terdiri daripada bekas pemimpin kanan PAS sebelum ini yang dilantik
menerusi GHB.
Parti itu dijangka bekerjasama dengan DAP dan PKR
membentuk pakatan pembangkang baharu selepas Pakatan Rakyat dibubarkan apabila
hubungan PAS dan DAP secara rasmi berakhir pada Jun lalu.
Hjlutfi-choras: Sudah tiba masanya untuk mencari satu wasilah, bagi mempercepatkan kemenangan.Nama Parti sebagai benteng agar pemimpin berlaku amanah. akan sentiasa dicemuh dan di komen jika lakukan perkara yang tidak amanah- ada berani ?.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment