Friday, August 21, 2015

Perpecahan Pas, Perbincangan bersama Ahmad Lutfi Othman - Zin Mahmud

Friday, August 21, 2015

Pepecahan Pas, Perbincangan bersama Ahmad Lutfi Othman ~ Zin Mahmud


Diari. Semalam aku menziarahi Ahmad Lutfi Othman, bekas Ketua Pengarang Harakah bersama adikku Azhar. Beliau agak lemah tetapi masih bersemangat untuk bercerita. Beliau berasa mual kerana keadaan buah pinggangnya.

Aku faham apa yang dia lalui. Setelah bercerita mengenai kesihatan, kami berbual mengenai politik. Apa yang berlaku dalam PAS dan munculnya GHB bukanlah ada perancangan dari kedua dua pihak yang bertelagah. Ia berlaku dengan kebetulan di mana satu keadaan membawa keadaan yang lain.

Memang perpecahan ini menyukarkan kedua dua belah pihak kerana perpecahan ini masuk ke dalam. Kesemuanya kena berhati hati dan menjaga hati. Antara sahabat handai memanglah. Apatah lagi sanak saudara. Adik beradik pun begitu. Malah suami isteri. Juga anak dengan mertua. Bapa dengan menantu. Perpecahan ini memang mendalam dan menyakitkan.

Daripada kes kes yang diceritakan, aku dapat menyimpulkan bahawa perpecahan PAS ini adalah paling besar dalam sejarah politik negara. UMNO yang pernah berpecah pun tidak mengalami keadaan begini. Ada orang berpendapat bahawa perubahan haluan yang ditunjukkan oleh Ustaz Hadi Awang menyerlahkan bibit bibitnya sejak pilihan raya tahun 1998 lagi.

Sejak itu beliau telah mula mahu berbaik dengan UMNO, cuma keadaan tidak mengizinkan. Ada orang berpandangan bahawa perubahan haluannya kepada perpaduan UMNO-PAS adalah tindakannya untuk menebus kesilapannya memecahkan orang Islam dengan seruan kafir mengkafir dalam perjuangannya menentang sekularisme pada awal tahun 1980-an.

Tetapi bagi aku legasi Ustaz Hadi ialah memecahkan sebuah parti Islam dan gerakan Islam besar di negara ini. Selain daripada menjadi pemecah pakatan antara parti pelbagai kaum yang hampir merealisasikan amalan sistem dua parti. Di sebalik itu, aku juga rasa ada kompleks rendah diri atau inferior complex di kalangan para ulama yang mendapati diri mereka tidak dapat muncul sebagai golongan yang boleh menjadi pemimpin dalam dunia sekular ini.

Dalam UMNO, mereka hanya dapat berada sebagai pihak yang menjaga hal ehwal agama atau berada dalam kedudukan untuk mempertahankan pemimpin kanan mereka.

Dalam PAS pula mereka bergantung pada aktivis aktivis dari latar belakang profesional atau golongan bukan ulama. Malah apabila berlaku penyingkiran golongan yang dipanggil profesional inipun, ulama PAS daripada Harun Din di atas terpaksa mendapatkan UMNO sebagai pemimpin mereka.

Adakah sistem pendidikan Islam baik dari dalam negeri mahupun di luar negeri seperti di Mesir, Jordan dan Arab Saudi, dengan Syria dan Yaman habis terbakar tidak dapat melahirkan ulama yang boleh mampu muncul sebagai pemimpin negara, bukan saja memimpin umat Islam tetapi memimpin rakyat berbilang agama?

Maka pemimpin terpaksa diambil juga dari kalangan pendidikan konvensional seperti undang undang, kejuruteraan, sains sosial, perubatan dan sains alam. Justeru tidak hairanlah aktivis IRC/JIM/IKRAM yang banyak terdiri daripada kalangan profesional berasa lebih selesa untuk berada dalam GHB berbanding masa mereka dalam PAS. Harap harap semuanya baik kelak.

Zin Mahmud
20 Ogos 2015
 
hjlutfi-choras : Amat sukar untuk menyatakan pendirian meninggalkan Pas, kerana ia sebuah Jemaah Islam, namun dia hanya satu wadah dan wasilah sahaja, meninggalkan Pas tak bererti menolak Islam , juga tak bererti menolak hudud.   Ramai aktivis didalam Pas, namun jika aktivis tidak diterima, bagaimana aktivis hendak mneruskan aktiviti dalam Pas.

Monday, August 17, 2015

Parti Amanah - nama saja sudah cukup memberi cabaran dan mengundang cemuhan bila perkara tidak amanah dilakukan oleh partii.

Parti Islam baharu diberi nama Amanah

Di Petik dari blog Greenboc.

Parti Amanah Rakyat atau “Amanah” dijangka menjadi nama rasmi parti Islam baharu yang ditunggu-tunggu, ditubuhkan daripada kumpulan serpihan pemimpin PAS dan ahli badan bukan kerajaan Islam.

Dijangka dilancarkan pada Hari Kemerdekaan, menurut sumber, parti yang berteraskan Islam itu akan menggunakan warna Gerakan Harapan Baru (GHB) sekarang iaitu oren sebagai warna tema partinya.

Nama dan logonya akan dihantar ke Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak lama lagi sebelum dilancarkan secara rasmi pada 31 Ogos.

Keputusan mengenai nama, logo dan warna parti itu dimuktamadkan pada mesyuarat di Shah Alam semalam yang dihadiri pemimpin-pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB), yang merupakan sebahagian daripada ahli Parlimen dan pemimpin politik PAS yang paling menonjol.

GHB adalah pelopor kepada parti baharu ini.

Menurut satu temu bual terdahulu dengan bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, keanggotaan ahli dan pemimpin PAS akan terbatal sebaik sahaja mereka menyertai parti politik yang lain.

Selain ahli PAS dari seluruh negara kata sumber itu, Amanah akan terdiri daripada pemimpin utama beberapa NGO Islam terbesar negara seperti Abim, Ikram dan Haluan.

Difahamkan hampir 70% pemimpin PAS dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan akan meninggalkan parti itu dan menyertai Amanah sebaik sahaja ia ditubuhkan nanti.

Sehingga kini, Amanah yang bakal ditubuhkan sudah sedia dengan penyelarasnya di setiap negeri dan kawasan Parlimen di seluruh negara yang terdiri daripada bekas pemimpin kanan PAS sebelum ini yang dilantik menerusi GHB.

Parti itu dijangka bekerjasama dengan DAP dan PKR membentuk pakatan pembangkang baharu selepas Pakatan Rakyat dibubarkan apabila hubungan PAS dan DAP secara rasmi berakhir pada Jun lalu.

Hjlutfi-choras: Sudah tiba  masanya untuk mencari satu wasilah, bagi mempercepatkan kemenangan.Nama Parti sebagai benteng agar pemimpin berlaku amanah. akan sentiasa dicemuh dan di komen jika lakukan perkara yang tidak amanah- ada berani ?.

Wednesday, August 12, 2015

Saya sudah cukup bersopan - Langkawi


Saya sudah cukup bersopan, kata Wanita Umno ‘Najib kencing’
http://www.detikdaily.net/v6/themes/detik5/images/content-right.gif


Posted on Wednesday, August 12 @ 14:55:48 MYT by paktam
BeritaOLEH NABIHAH HAMID
Seorang pemimpin Wanita Umno Langkawi yang menjadi viral dalam video "Najib kencing" bhttp://www.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/anina.jpgaru-baru ini tampil mempertahankan kritikannya terhadap Datuk Seri Najib Razak walaupun dinasihatkan seorang menteri Kabinet agar menegur dengan cara lebih bersopan.
Anina Saadudin mempertahankan tindakan dan hujahnya dan berkata, perkataan digunakannya dalam video tersebut sudah cukup bersopan dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini menegur secara berhemah tidak didengari malahan dibuang daripada Kabinet perdana menteri hujung bulan lalu.


Menyifatkan rintihan akar umbi tidak akan didengari sekiranya bercakap lembut kepada presiden Umno itu, Anina mempersoalkan nasihat Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek agar menegur dengan cara yang lebih santun.
"Saya bercakap dalam platform Umno, mesyuarat tertutup. Mesyuarat perwakilan Wanita Umno Bahagian.
"Maknanya perwakilan, platform yang betul. Sebagai ahli Umno saya rasa itulah platform terbaik untuk saya luahkan rasa hati saya kepada presiden.
"Bukan saya angkat banner bersorak di Sogo," kata Anina ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam merujuk kepada kompleks membeli belah di Kuala Lumpur yang popular sebagai lokasi diadakan demonstrasi.
Hujung minggu lalu sebuah video yang mengkritik keras Najib dengan mendakwa pemimpin tertinggi parti itu "kencing" atau menipu rakyat menjadi viral di media sosial.
Dengan nada tinggi dan berbaur sindiran, Anina lantang menyuarakan pendapatnya di sebuah persidangan perwakilan Wanita Umno.
“Datuk Seri presiden dah kencing 3 juta ahli Umno. Dia kata 3 juta ahli Umno sokong penuh kepimpinan beliau.
“Saya minta Majlis Tertinggi Umno bawa Datuk Seri Najib 'pi' (pergi) berubat,” katanya dalam dialek utara.
Anina mempersoalkan Shabery yang juga menteri pertanian dan industri asas tani, jika Muhyiddin menggunakan bahasa cukup baik dalam membuat teguran tidak didengari, apa dimaksudkan dengan teguran berhemah.
"Macam mana lagi saya hendak cakap? Hendak cakap macam mana?
"Tolonglah susun ayat untuk saya," soal Anina yang merupakan pemimpin Umno Cawangan Padang Mat Sirat.
Anina menjawab nasihat Shabery sebelum ini yang mengatakan beliau perlu menegur pemimpin seperti ibu bapa sendiri.
Namun Anina menegaskan tiada guna bercakap baik dengan presiden kerana ia hanya akan menjadi luahan kosong.
Aina turut menegaskan kelantangan dirinya dalam video tersebut adalah kerana sayangkan Umno dan mahu menjaga kepentingan dan nama baik parti Melayu itu.
"Saya bercakap supaya saya didengari, saya hendak didengari, macam mana saya hendak didengari?
"Kalau saya cakap lemah lembut ingat saya hendak didengari? Bercakap macam ini baru menteri hendak komen. Kalau saya cakap baik-baik menteri nak komen?" katanya.
Semalam, Shabery menasihatkan Anina agar lebih bersopan santun dalam memberikan teguran
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com 

hjlutfi-choras: biar kena kencing, saya tetap UMNO, kalau kena berak sekalipun saya tetap UMNO, ; boleh senaraikan kepada saya, siapakah antara  pemimpin dan bakal pemimpin UMNO yang 'bersih" - Mr Clean dulu pun tercalar juga, jika mereka tidak mahu menerima teguran, ada dua alternatif, 1. paksa turun, 2. jika mereka tak turun awak yang turun.

Monday, August 3, 2015