Tuesday, April 21, 2015

Bayar zakat tidak perlu lagi GST - Mufti WP


BERANI MENYATAKAN YANG BENAR BUKANNYA JADI PENGAMPU KERAJAAN "

" INI BARU DIKATAKAN MUFTI YANG ADIL BERANI MENYATAKAN YANG BENAR BUKANNYA JADI PENGAMPU KERAJAAN "

tikaq buloh 8:04 AM 2


 

PETALING JAYA: Masyarakat Islam yang telah membayar zakat tidak seharusnya lagi dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

 

Cadangan itu dibuat oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bagi mengelak umat Islam terbeban dengan dua kali pembayaran -zakat dan GST.

 

Sehubungan itu, beliau mencadangkan pihak kerajaan mewujudkan satu mekanisme supaya tidak berlaku pertindihan pembayaran yang sesungguhnya membebankan.

 

Beliau juga mencadangkan supaya kadar enam peratus itu dikurangkan mengikut pada kemunasabahan dan kemampuan rakyat kebanyakan pada masa kini.

 

“Rakyat jelata dan orang ramai begitu ternanti-nanti ingin melihat hasil daripada percukaian GST. Adakah kualiti sistem pengangkutan awam, kemudahan awam, pembelajaran dan lain-lain yang bersifat maslahah (kerosakan) ‘ammah akan dibaikpulih,” katanya.

 

Bahkan, katanya, ketelusan dalam pelaksanaan ini haruslah dipertingkatkan dan dilakukan dengan penuh integriti dan amanah.

 

“Mekanisma, cara pungutan dan pengagihan perlu selamat daripada sebarang unsur penindasan dan orang-orang miskin dikecualikan daripada dibebani dengan cukai.

 

 

“Begitu juga mekanisma supaya tidak berlaku eksploitasi orang yang tidak bertanggungjawab yang perlu dikawal sebaik mungkin agar kemaslahatan terzahir,” ujar beliau lagi. FMT

2 comments: