Monday, March 9, 2015

" Awak tak perlu nasihat saya, saya tahu apa yang saya buat"


Assalamualaikum wbt.

Kebiasaannya yang berpengalaman memberi  nasihat kepada yang baru belajar, guru memberi nasihat kepada murid, bapa memberi nasihat kepada anak, abang beri nasihat kepada adik, sahabat beri nasihat kepada sabahat.

Atau dengan kata lain yang tahu beri nasihat kepada yang tak tahu, tak kiralah yang beri nasihat itu lebih muda dari yang diberi nasihat.

Namun begitu ramai juga dengan angkuh menolak nasihat yang diberikan, seperti  tajuk entry kali ini. “Awak tak perlu nasihat saya, saya tahu apa yang saya buat”.

Selalunya nasihat yang diberikan adalah untuk tujuan kebaikan, supaya mematuhi peraturan-peraturan yang dibuat oleh sesebuah organisasi, supaya tak melanggar etika dan budaya masyarakat, supaya semua orang hidup berharmoni.

Saya mengambil satu contoh ; situasi rakan sekerja  di organisasi;  seorang sahabat menasihati sahabatnya “saya nampak awak asyik keluar saja, tengahari awak keluar awal, masuk lambat, kadang tak masuk langsung, janganlah macam tu”.

Sahabat yang kena nasihatpun jawab “ saya tahulah apa yang saya buat, awak tak perlu nasihat saya”.

Sebenarnya memang dia tahu apa yang dia buat, masuk lewat, datang lambat, Cuma dia beranggapan perbuatan itu bukan satu kesalahan besar, atau beranggapan kesalahan tersebut boleh dimaafkan atau dia beranggapan orang lain juga membuat perkara yang sama.

Bagi saya itu adalah sifat angkuh yang ada dalam dirinya, dia rasakan tindakannya melanggar peraturan adalah betul, kerana katanya dia tahu apa yang dia lakukan. Kalau tiada sifat angkuh dalam dirinya mungkin jawapannya begini “ terima kasih atas nasihat yang awak berikan, saya sedar saya telah melanggar  peraturan, saya akan berusaha tidak mengulanginya”.

Adakah melanggar peraturan kerana memprotes sesuatu ?. mungkin juga, melanggar peraturan kerana rasa tidak puas hati terhadap pengurusan organisasi atau mungkin juga kerana individu tertentu dalam organisasi, namun sikap angkuh bukan berpunca dari protes terhadap organisasi atau individu. Sikap angkuh adalah sikap atau keterbiasaan dalam diri sendiri, fikir-fikirkanlah.

 

 
Gambar atas: gambar hiasan saja.

No comments:

Post a Comment