Assalamualaikum wbt.
26/12/2014
lokasi: Masjid dekat Pasir Gebu dekat-dekat Permatang Bendahari, Seberang Prai
Cerita: 26/12/2014 - pergi ronda-ronda tengok kesan tsunami 2004 di sekitar Kota Kuala Muda Kedah, hujan sepanjang masa, tak dapat turun kereta, seberang mai kuala muda sebelah Seberang Prai, dah ada jambatan, dulu naik perahu saja seberang sungai (zaman bapa saya le.., ) jambatan itu pun tak le baru sangat dibina.
Pergi tengok sebab mengenangkan kami sekeluarga terselamat dari bencana tersebut kerana mengubah tarikh berkelah di pantai teluk bahang, Pulau Pinang. Rancang berkelah pada tarikh tersebut tetapi bernasib baik kerana saya kena berkursus di Racsom PP, seminggu lebih awal, jadi saya bawa dadah anak-anak dan isteri semasa saya berkursus. Selamat, Alhamdulillah.
Nak singggah rumah saudara mara di Pasir Gebu pun dah tak kenai sapa, singgah masjid je lah.
Di bawah ni Masjid Rahmatullah di Acheh, masjid yang selamat dari dihanyut tsunami.
Di bawah ni kapal yang tersangkut atas rumah orang akibat dihanyut ombak tsunami, lama kelamaan orang tak akan percaya, mereka akan kata kapal itu sengaja dibina untuk tarik pelancong.
Tsunami dah berlaku 10 tahun tapi tsunami pada diri baru 4 bulan.
ReplyDelete