Wednesday, December 31, 2014

Lihat dengan mata lihat juga dengan hati -8

Assalamualaikum wbt.
lokasi : Tmn Tepi Sungai Kuala Nerang, Kedah.
Tarikh : 28/12/2014
 
Dunia ini rosak kerana tangan-tangan manusia yang ganas, hati yang tamak
 
 
jambatan lama tempat orang memancing
 

menunggu limpahan air sungai, tunggu air bah.




 
kita ni menantu orang Kuala Nerang.


Tuesday, December 30, 2014

Lihat dengan mata lihat juga dengan hati - 7

Assalamualaikum wbt.
26/12/2014
lokasi: Masjid dekat Pasir Gebu dekat-dekat Permatang Bendahari, Seberang Prai
 
Cerita: 26/12/2014 - pergi ronda-ronda tengok kesan tsunami 2004 di sekitar Kota Kuala Muda Kedah,  hujan sepanjang masa, tak dapat turun kereta, seberang mai kuala muda sebelah Seberang Prai, dah ada jambatan, dulu naik perahu saja seberang sungai (zaman bapa saya le.., ) jambatan itu pun tak le baru sangat dibina.
 
Pergi tengok sebab mengenangkan kami sekeluarga terselamat dari bencana tersebut kerana mengubah tarikh berkelah di pantai teluk bahang, Pulau Pinang. Rancang berkelah pada tarikh tersebut tetapi bernasib baik kerana saya kena berkursus di Racsom PP, seminggu lebih awal, jadi saya bawa dadah anak-anak dan isteri semasa saya berkursus. Selamat, Alhamdulillah.
 
Nak singggah rumah saudara mara di Pasir Gebu pun dah tak kenai sapa, singgah masjid je lah.
 
 
 
 
Di bawah ni Masjid Rahmatullah di Acheh, masjid yang selamat dari dihanyut tsunami.
 
 
 

 
 
Di bawah ni kapal yang tersangkut atas rumah orang akibat dihanyut ombak tsunami, lama kelamaan orang tak akan percaya, mereka akan kata kapal itu sengaja dibina untuk tarik pelancong.
 
 
 

Wednesday, December 24, 2014

Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.


Surah Al-Kaafiruun - سورة الكافرون

 


Gambar hiasan.

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera, sahabat, aku tak mampu mengajak kamu untuk mengesakan Allah, kerana kelemahan diri aku sendiri, di akhirat nanti jangan kamu salahkan aku dengan mengatakan aku tidak mengajak kamu kepada Islam, kamu sudah cukup tahu apa itu Islam. Kamu tahu aku solat, kamu tahu aku puasa, kamu tahu aku mengeluarkan zakat, kamu tahu aku mengerjakan haji. Kamu tahu aku tidak melakukan perkara-perkara jahat. Semoga kamu mendapat hidayah dari Allah.


Kafir : bukan kata/istilah jahat, ia menunjukkan seseorang itu belum Islam.


 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.'



Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!

 
"Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.


"Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.

"Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

 
"Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.

 
 
"Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku".

 hjlutfi: saya telah menggunakan medan ini mengajak semua non-muslim untuk percaya bahawa Tuhan kita adalah ALLAH yang esa. DIA yang menjadikan seluruh alam ini.

Tuesday, December 23, 2014

Lihat dengan mata lihat juga dengan hati - 6

Assalamualaikum wbt
lokasi; sebuah pantai di Pulau Langkawi
2/11/2009
 
Manusia hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan, Perancangan Allah adalah sehebat-hebat perancangan. Lihat perahu yang tersusun, kerana manusia mahukan sesuatu yang kemas dan teratur, sudah tentu susunan Allah dalam kalamNya lebih teratur dan perlu dipatuhi.
 



Monday, December 22, 2014

Lihat dengan mata lihat juga dengan hati - 5

Assalamualaikum wbt
Allah mencipta seseorang insan dengan pengenalan-pengenalan tertentu, seperti suara yang tidak berubah dari baligh hingga ke tua. gaya berjalan yang tak berubah dan gaya bergambar juga tak berubah. Itulah Keagungan Allah.
 
 

Thursday, December 18, 2014

Lihat dengan mata lihat juga dengan hati - 4

Assalamualaikum wbt
lokasi sekitar Terengganu
18/12/2009
 
Umat terdahulu bermegah-megah dengan binaan mereka, akhirnya Allah musnahkan kerana mereka lupa yang Allah maha berkuasa. Allah tinggalkan binaan tadi untuk menjadi iktibar kepada manusia kini agar sentiasa mengingati Nya

(p/s: untuk isteri; gambar ini sekadar iktibar pada ulang tahun kelahiran saya mengikut kalender masihi)



Wednesday, December 17, 2014

Lihat dengan mata lihat juga dengan hati - 3

Assalamualaikum wbt
dari suatu sudut diatas jejantas Melaka Sentral
 
12/12/2014
 
Soalan: manakah lebih baik antara berjalan kaki ke masjid berbanding dengan menaiki kenderaan ke masjid ?, soalan tambahan,  antara menaiki kereta MYVI dengan Porche manakah pahala yang banyak ? ,
 
(kan ada hadis kata, orang yang pergi masjid diberi pahala mengikut bilangan langkahnya, Yang baik adalah mereka pergi ke masjid kerana Allah swt.
Saya tinggalkan soalan untuk anda, kerana saya sendiri tak mampu ke masjid setiap waktu dan setiap hari. Namun saya cuba buat yang terbaik dari segi adab dan ibadat ketika di masjid.



Tuesday, December 16, 2014

Lihat dengan mata lihat juga dengan hati - 2

Assalamualaikum wbt
suatu sudut dalam Melaka Sentral
26/09/2014
 
 
jisim / makhluk  mengambil ruang, semua yang mengambil ruang adalah makhluk, hanya Yang Maha Esa tidak mengisi ruang, itulah akidah ASWJ
 


Monday, December 15, 2014

Lihat dengan mata lihat juga dengan hati -1

Assalamualaikum wbt.
dari satu sudut di PD. Negeri Sembilan
1/11/2014
 
 Allah jadikan lautan luas terbentang, 70 % lautan 30% daratan, dengan bantuan angin, bintang kapal dapat belayar menuju destinasi.




Tuesday, December 2, 2014

Dimana lokasi Kampong Masjid Tanah, Melaka ?


Dimana lokasi Kampung Masjid Tanah ?
 
Assalamualaikum wbt.
 
Sebenarnya saya mencari dimana lokasi Kampong Masjid Tanah. Apabila berminat hendak mengenali Sazali Deksi yang mendakwa beliau berasal dari Kampung Masjid Tanah. Berdasarkan fb nya iaitu berasal dari Kg Masjid Tanah seperti saya paste dibawah, (sekarang dah tak boleh buka fb ni, di block  agaknya)
 
Adakah anda mengenali Sazali?
 Jika anda mengenali Sazali, hantarkan kepadanya suatu pesanan
 
Suapan Berita
 
Sazali Deksi  telah mengemaskini gambar kulitnya.

7hb Februari 2020 ·






 

Top of Form


 
 
 


      Kongsi

o    7777 orang menyukainya.

Bottom of Form

1.       Perihal

o   

§  Menetap di Kampong Masjid Tanah, Melaka, Malaysia
  
§  Berasal dari Kuala Tebengau

2.     Gambar





3.       Muzik

Lalu saya search dalam google



Masjid Tanah is a major town in district of Alor Gajah, Malacca, Malaysia. The name Masjid Tanah originates from a mosque (masjid) built from soil (tanah). The town has been inhibited since mid 1500 AD starting from a small village. It is one of the largest towns in Malacca. In the late 1990s, the value of real estate in Masjid Tanah was quite a boom when the government decided to build an oil refinery owned by Petronas at Sungai Udang near the town. It has many beaches in Pengkalan Balak, 7 km away, and is close to Tanjung Bidara and Kuala Sungai Baru

Masjid Tanah mendapat nama sempena sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah pekan yang dibina daripada tanah di tepian sungai. Lokasinya terletak di dalam Pekan Masjid Tanah. Masjid ini dibina pada tahun 1800an oleh seorang Sheikh yang berasal dari Gujerat. Namun Hj. Sulong bin Sibeng merupakan orang tempatan yang turut bekerja keras dalam pembinaannya. Pada awalnya pembinaan masjid ini berasaskan tanah
Diringkaskan cerita, tak ada lagi tempat bernama Kampong Masjid Tanah.
Hjlutfi: tak sangka Sazali Deksi juga pandai menyamar, bijak.. bijak..