Assalamualaikum wbt.
Ini petikan dari blog King of the east. MH 370 – USA dan Dollar
3 bahagian perkara yang mungkin akan berlaku ke atas negara ini.
Pertama, usaha perubahan rejim akan dijalankan. Jika gagal, perkara kedua akan dilaksanakan.
Perkara Kedua, sebaik usaha perubahan rejim untuk mengangkat boneka dinilaikan sebagai gagal untuk dijalankan, satu bentuk false flag akan dijalankan. Jika ini turut gagal untuk memaksa dasar pro Amerika di dalam negara, maka pilihan ketiga akan dijalankan dirantau ini.
Ketiga, meletuskan perang setelah kekuatan China dinilaikan Berjaya diruntuhkan sedikit-demi sedikit melalui Modus Operandi yang sama dengan cara yang digunakan untuk meruntuhkan Kesatuan Soviet satu ketika dahulu.
Sentiasa saya tegaskan berkali-kali bahawa kehilangan MH370 tidak dapat dipisahkan dari isu perubahan rejim pemerintahan Malaysia, penguasaan Selat Melaka, kedudukan Malaysia sebagai Ring og Pearls China, serta perkembangan yang sedang berlaku di Ukraine.
Ini saya petik dari blog The Malay Press
Tak tahulah berapa banyak peninggalan kapal karam, harta karun, bandar-bandar lama yang telah ditemui di perairan kita dengan kedatangan pelbagai sonar dan kecanggihan teknologi dalam kisah yang berlaku baru-baru ini.
Kattigara di Delta Sembilan Naga Viet Nam itu pusat pelabuhan Melayu di Benua Melayu di zaman Rom sewaktu kerajaan Funan. Nama Laut China Selatan pun tak de lagi masa tu.
hjlutfi :
Dari awal kejadian, mulut celupar saya memberi dua teori 1. Rampasan 2. Pemujaan
Sedikitpun saya tidak terfikir yang MH370 akan terhempas. Saya menanti teori teori konspirasi dari bloger-bloger konspirasi
Ibrah yang diperolehi dari kejadian amat banyak, ia telah mendedahkan segala bentuk kelemahan pentadbiran negara, terikat antara kesetiaan dan tekanan, terikat antara peluang (untung projek) dan kesedihan yang pura-pura.
Pengetahuan tentang aviation telah didedahkan kepada umum, solat hajat dilaksanakan oleh orang yang sebelum ini belum pernah solathajat dan solat jenazah ghaib dinyatakan bila keadaan tertentu. dan saya beritahu bahawa Najib PM tidak pernah kata MH370 terhempas di Lautan Hindi, dia cuma kata MH 370 berakhir di lautan Hindi.
Bila akan berakhir pencarian ?.
jawapan
Bila Negara China ada jawapan yang konkrit untuk waris mangsa. Bila Malaysia sudah sedia tandatangan apa yang belum tandatangan. Bila USA tahun segala kekuatan kawan dam lawan. Bila negara hampir tak ada duit membiayai pencarian.
Gambar hiasan saja
Tuesday, April 1, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment