Adakah hanya subordinat yang perlu ada integriti ?
Integriti, rata-rata organisasi ’mengenakan’ subordianat yang ’agak kepala masam’ sebagai orang yang tidak berintegriti. Amat mudah untuk melabelkan mereka tidak berintigriti kerana yang memberi label adalah mereka yang berautoriti untuk membuat label tersebut, tetapi adakah benar si kepala masam ini orang yang tidak berintegriti.
Atas penilaian bagaimana, instrumen apa yang diguna pakai sehingga boleh diberi label tidak berintegriti..
Selalunya instrumen yang digunakan hanyalah persepsi terdahulu yang dibawa sehingga kehari ini dan sepanjang perkhidmatan si yang dilabel sebagai kepala masam akan menanggung label tidak berintegriti seumur hayat perkhidmatannya.
Datang kerja lewat dianggap tidak berintegriti. Keluar kerja awal dianggap tidak berintegriti. Kes datang dan pulang hanyalah kes kecil integriti yang boleh diselesaikan dengan cepat.
Bagaimana dengan kes integriti yang besar. Kes yang akan saya sebutkan dalam perenggan seterusnya, sekali nampak macam betul, kerana ia arahan dari bos, tapi adakah ia betul, adakah bos yang memberi arahan itu betul atau bos tersebut perlu pergi kursus integriti seperti yang telah diarahkan kepada orang bawahannya.
1. memberi arahan supaya datang kerja lebih masa (sudah tentu tiada bayaran). Contohnya selepas waktu kerja sebenar. Nampak macam betul, tapi adakah betul. Kakitangan guru boleh diarah datang bekerja pada hari Sabtu jika tidak siap kerja pada hari kerja. Apa pasal kerja tidak siap, kerja hakiki mengajar telah termaktub dalam jadual, yang tak siap adalah kerja gila-gila ketua untuk ’naikkan nama sekolah’, guru diarah datang pada hari Sabtu siapkan kerja ’5 s’. Adakah kerja 5S itu kerja hakiki ?.
Saya secara peribadi mengatakan bahawa pengetua tidak ada integriti, kerana menyalahgunakuasa. Dasar kerajaan adalah ”keluarga bahagia” sebab itu diberi cuti pada hari Sabtu, supaya kakitangan awam dapat bersama keluarga pada hari tersebut, itu yang jadi asas kerja 5 hari seminggu.
Oleh kerana salah guna kuasa tadi 100 guru telah membelanjakan RM1000 untuk kos perjalanan. Berbanding kakitangan yang dicetak merah lewat punch card.
Jadi siapa yang patut pergi kursus integriti.?
Halal dan haram sering digunakan oleh ketua bagi meyedarkan kakitangan supaya ’kembali’ berintegriti. Kerja tak bersungguh-sungguh, rezeki tak halal, bagi makan anak isteri, sedaplah ayat untuk menginsafkan kakitangan tadi, panggil lagi Ustaz / ustazah yang berbayar mahal dan murah untuk tujuan tersebut. 1. Pergi kursus terpaksa tinggalkan pelajar, tinggalkan kerja, kalau ada pengganti tak mengapa, tapi yang peliknya, si yang diarah pergi kursus, bila balik nanti kena ganti pula kelas yang ditinggal semasa pergi kursus. Bukankah dia telah melakukan kerja dua kali, satu mengajar, satu kursus, bayarlah lebih dua kali, kerja yang dibuat oleh beliau tadi, oh.. berkira pulak !!!.
Siapa yang tak ada integriti, yang mengarah atau yang diarah ?
Saya akan menjawab si yang memberi arahan tidak berintegriti sebab gagal, menyusun dan mengelola dengan baik. Ditambah lagi si yang diarah pergi kursus balik tak boleh claim dan kena bayar pula yuran kursus, yang akan digunakan untuk bayar penceramah kerana sekolah tak ada duit peruntukan.
Jangan kita sedah menuduh orang bawahan kita sebagai tidak berintegriti, entah-entah kita orang atasan lebih tidak berintegiriti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment