Assalamualaikum wbt, Bukan saya nak menghasut, cuma saya cadangkan, berikutan rakyat Malaysia boleh dikatakan semuanya hanya mementing diri sendiri. Masing-masing berpusu-pusu ke stesen minyak untuk dapat keuntungan paling banyak RM 14 , dikira saiz tangki 70 liter. seperti ford ranger. Terpaksa bertengkar, marah-marah, kata orang tu bodoh, kata orang ni bodoh, tapi tak sedar diri sendiri yang bodoh (khas untuk penyokong UMNO/BN)
Bagaimana kalau semalam selepas diumumkan harga minyak naik, kita semua pakat naik minyak berarak keputrajaya, parking kereta bersusun di hadapan penjabat Perdana Menteri, menuntut harga minyak diturunkan. Buat satu mogok demi untuk kepentingan masa depan bangsa dan negera. Tapi macam saya kata tadi, rakyat Malaysia lebih mementingkan diri sendiri. Lebih nampak BRIM, lebih nampak jalan raya, lebih nampak rumah terbuka.