Monday, September 9, 2013
BI wajib lulus untuk dapat sijil SPM
Assalamualaikum wbt.
KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) tidak setuju Bahasa Inggeris (BI) dijadikan subjek wajib lulus untuk mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ia bukan pendekatan yang boleh menjamin pelajar dapat menguasai BI.
“Kami berpendapat syarat BI lulus akan menyebabkan ramai pelajar yang akan terkandas dalam SPM dan dengan itu menyebabkan masa depan mereka terjejas.
“Kami dengan itu juga mendapati pihak Kementerian Pendidikan yang memutuskan untuk mewajibkan lulus BI dalam SPM pada 2016 tidak menjelaskan kenapa penguasaan BI masih lemah dari segi teknik pengajaran dan pembelajaran,” ujarnya dalam satu kenyataan.
hjlutfi: nasib bangsa Melayu, hilang tulisan jawi, hilang budaya Melayu, hilang Bahasa Melayu, hilang peluang pekerjaan, hilang peluang lanjut pelajaran. Siapa yang buat hilang semua ini ? , oleh Melayu yang rasa dirinya boleh buat, kenapa Melayu lain tak boleh.
Orang Melayu yang boleh berbahasa Inggeris, kenapa Melayu lain tak boleh, dan satu jawapan saya, orang Melayu yang pendek akal politiknya menyebabkan bangsa Melayu akan hilang segala-galanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment