Assalamualaikum wbt.
Pukul 9.15 am tadi saya telefon adik saya yang berada di Semporna, pekan yang semporna bagi orang Semporna, tapi tak cukup sempurna bagi orang bandar lain di Semenanjung yang tidak biasa dengan suasana di sana, pernah sekali bagiamana penjual jalanan memaksa saya membeli cristal rantai, kerana dia fikir saya orang baru di Semporna. diserbu oleh sekumpulan penjual, dan pelancong terpaksa membeli.
Pernah sekali saya terbeli ikan yang di bom, ikan yang dibom tak tahan lama, cepat busuk. Kawan saya memandu 'pirate' istilah untuk kereta sapu di Sabah sebagai kerja part time. Saya juga ada beli sebilah parang bajau sebagai suvenior, lebih tajam golok perak orang semenanjung.
Saya juga pernah kemalangan jalanraya dalam perjalanan pulang dari Semporna, bekas pelajar saya juga ramai di Semporna.
Situasi yang berlaku di Lahad Datu, Kunak , Semporna, dan tidak mustahil di Tawau, Sandakan dan Kudat amat menarik perhatian saya.
Sebentar tadi saya sempat berbual dengan seorang kawan lama, Datu... , orang Sulu , katanya suasana terkawal, medan pertempuran di Tanjung Labian, jauh dari Lahad Datu, tapi Lahad Datu kena waspada kerana sekejab sahaja bot penceroboh boleh mendarat.
Pernah sekali pekan Lahad Datu, sunyi sepi, saya yang baru sampai merasa hairan, rupa-rupanya ada khabar angin mundu mahu mendarat. Saya minta anda yakinlah dengan anggota keselamatan, mereka ini akan berjuang habis-habisan untuk menjaga ketenteraman awam dan keselamatan negara.
Lahad Datu ada markas PGA, Kinabatangan ada Kem tentera, Tawau ada Kem tentera, Sandakan ada kem tentera. Saya yakin negara tidak akan senang di ceroboh, melainkan ada pihak tertentu yang membenarkan pencerobohan.
Samalah, memberi IC kepada pendatang Visaya Filipina, memberi IC kepada Pakistan bahya, memberi IC kepada Bugis, memberi IC kepada Suluk, memberi IC kepada Bangla, Mynmar, Indon dan sebagainya. Kesanya, keselamatan negara tergugat, ekonomi negara tergugat dan dikuasai oleh pendatang, rakyat tempatan terpaksa mencari pekerjaan dengan tuan-tuan pendatang.
Berbalik kepada kawan saya , Datu... Adakah dia akan menyebelahi Kesultanan Sulu ?.
Dalam peristiwa konfrantasi Indonesia Malaysia, adakah Jawa Malaysia menyokong Indonesia ?.
Saya tidak berpendapat Sulu Sabah (telah lama jadi warga Sabah, Malaysia akan menyokong pencerobohan Sulu dari Kesultanan Sulu, walaupun ada darah pertalian antara mereka, memang ada rasa simpati, tapi pencerobohan bukan cara yang betul, mereka mungkin lebih suka saudara mara dari Sulu ,mendapat kerakyatan Malaysia dengan apa cara sekalipun !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment