Thursday, November 1, 2012
Penghina Islam.
Assalamualaikum wbt.
Penganut Islam pasti akan melenting dan marah jika orang lain menghina agamanya, begitu juga dengan seseiapa sahaja, mereka akan marah jika pegangan mereka dipermainkan. Malah jika prinsip hidup yang dipegang diperlecehkan, pasti akan marah.
Agama Islam sering diperkecilkan sejak dahulu hingga sekarang, Cuma dalam media yang berbeza mengikut perkembangan zaman.
Jika musim haji, Islam dipersalahkan kerana berebut-rebut melakukan ibadat sehingga berhimpit-himpit menyebabkan kematian (tragedy muassim)
Dalam ibadat korban pula Islam di katakan menggalakkan keganasan, kerana menumpahkan darah, hatta cara sembelihanpun dipertikaikan, Namun kajian yang dilakukan menunjukkan cara sembelihan Islam iaitu memotong urat dileher menyebakkan kesakitan yang amat sedikit pada binatang yang disembelih.
Dalam perkahwinan, Penghina Islam , membangkitkan Isu Nabi SAW berkahwin dengan kanak-kanak (Aishah ra).
Dalam berpakaian , penghina Islam mengatakan Islam menyekat kebebasan manusia terutama wanita.
Ini hanya sebahagian kecil yang sering kita dengar, banyak lagi… penghinaan yang dilakukan oleh mereka yang “hasad” terhadap Islam.
Jika mereka yang menghina itu terdiri dari orang bukan Islam, kita doakan supaya mereka diberi hidayah untuk menerima Islam suatu hari nanti.
Jika yang menghina Islam itu terdiri dari Orang Islam sendiri, bagaimana…
Adakah ada orang Islam menghina Islam. ?.
(Nabi SAW dihina, walaupun dihina sedikitpun tidak menjejaskan baginda. Jika tidak terjejas kemuliaan baginda kenapa kita sibuk memprotes !!!!)
Kubah Masjid Nabi. Dibawahnya terletak Makam baginda SAW dan dua sahabat. Akan dirobohkan oleh penghina Nabi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment