Friday, November 9, 2012

Kata-kata syirik dan amalan khurafat

Assalamualaikum wbt.     Saya tidak muak walau berkali-kali diminta mendengar ucapan, ucapan dari Pegawai BTN, Pegawai JASA, dan Speaker DUN. Ada input yang diperolehi, maklumat-maklumat yang disampaikan secara putar belit, kempen yang diselitkan walau berkali-kali dinyatakan ini bukan kempen, Saya tak perlu nak rasa panas telinga, saya mampu mendengar. Ada sebab tertentu mengapa mereka dijemput.     Pegawai BTN     Konon-kononnya menceritakan pembentukan Malaysia, lalu diselitkan bagaimana persetujuan antara 3 kaum terbesar, pemimpin kaum masing-masing bersetuju membentuk Malaysia. Setuju terima kerakyatan dengan syarat-syarat tertentu. Dan diajak bersatu. Namun bila diberi kursus BTN, perasaan benci terhadap kaum lain ditanam, konon-kononnya kaum Melayu akan ditelan oleh kaum Cina, bukan India, dan di katakan hanya UMNO yang mampu pertahan Melayu.     Hjlutfi: UMNO hanya mampu pertahan golongan ketua-ketua Melayu dari kecil (JKKK) hingga besar PM .   Lalu diajak bersatu semula dengan slogan 1Malaysia. Sekali lagi Melayu diletakan dihadapan mulut Cina untuk ditelan. Walau berkali-kali mereka berkata 1Malaysia bukan bererti samarata.. hanya Cina dalam TV1 saja yang bangga dengan 1Malaysia sebab cari makan dengan RTM. Pegawai JASA Konon bercerita tentang peribadi Rasulullah SAW yang perlu di contohi. Arahan patuh kepada perintah ketua, tidak boleh gugat Negara Islam diulang berkali-kali, diugutlagi, kononnya Pulau Pinang akan jadi macam Singapura. Apa hokum jika meruntuhkan Negara Islam, Hoii, takutnya saya . sebab saya seorang Islam. Diajak bersyukur atas pemberian-pemberian dari Ketua Negara Islam seperti bonus, BRIM, dan macam-macam IM yang lain, kenapa tidak mahu bersyukur, tunjukkan rasa syukur dengan mengekalkan kerajaan sedia ada, “saya tidak kempen pangkah BN, saya hanya minta kamu bersyukur”    Hjlutfi: Saya sekali-kali tidak akan meruntuhkan Negara Islam, malah saya akan membantu sepenuh jiwa membentuk Negara Islam. Saya patuh kepada pemimpin dan saya doakan pemimpin yang menjalankan hokum hakam Islam seperti yang didoakan dalam khutbah Jumaat di Negeri Melaka. Ustaz-ustaz JASA dan UMNO saya letak tepi, jika mereka benar-benar tidak memahami Ayat-ayat Al Quran berkaitan kepimpinan dan Negara Islam. Dan jika mereka hanya cari makan dengan cara tersebut, semoga Allah beri hidayah.  








Speaker DUN Melaka. Saya diminta oleh Orang ini, kemana kau pergi cerita tentang 13 Mei.



Nanti orang diatas ini akan kata, saya diminta oleh orang dibawah ini untuk bercakap tentang 13 Mei.





Dan Nanti orang diatas ini akan kata saya diminta oleh bos saya bercakap tentang 13 Mei 1969
Hjlutfi: hoi orang Melayu, kau tak sah nak bermegah dengan cerita parang terbang, jangan harap lagi 13 Mei kali kedua dan tiga, jangan dok perasan Melayu menang semasa 13 Mei 1969. Hanya beberapa kerat manusia yang menang selepas 13 Mei. Selepas 13 Mei dasar DEB diperkenalkan, hanya beberapa melayu yang menikmati hasrat selepas 13 Mei. Yang lain dapatlah BRIM, Tayar IM, Saman IM. UMNO bela Melayu. Atau UMNO belasah Melayu ?

Maka Dato Wira pun bercerita kepada anak cucu yang belia membuat kajian tentang 13 Mei 1969. lalu ditanya mahukah kita mengulangi 13 Mei, jika tidak mahu maka kita kena pastikan DAP kafir harbi tidak menang pilihanraya, PAS dan PKR yang menjadi kuda tunggangan DAP jangan bagi menang, fikirlah, apa akan jadi selepas PRU 13 yang dianggap paling getir dalam sejarah PRU Malaysia. Kalau kau rasa boleh menang macam 13 Mei 1969 kenapa tak mahu ulangan 13 Mei ?.

Hjlutfi: Saya pesan kepada Dato Wira dan bos Dato keatas., mewujudkan 13 Mei adalah atas “kuasa Dato- dato sekelian” selepas PRU 13 Dato-Dato boleh wujud 13 Mei umpama menekan “enter” pada key board. Dalam hati dato telah merancang perkara tersebut, sebagai tindakan – tindakan alternative untuk terus berkuasa, kerana dato-datok adalah pengamal khurafat “hanya UMNO yang boleh bela orang Melayu”.


“Saya rasa bertanggungjawab utnuk menceritakan semua ini (13 Mei) kata speaker DUN, supaya kita tidak menyesal selepas PRU 13. Kita hari-hari bekerja memberi bantuan kepada rakyat, hari-hari berfikir bagaimana nak buat kebajikan kepada rakyat, Hj Hadi tidur saja.” Itu kata beliau.

Hjlutfi: Dato, hari-hari memikir tentang apa yang nak diberi kepada rakyat, guna duit kerajaan, ok-lah sebagai rakyat saya terima, tolonglah dato, memerintah Negara Islam bukan sekadar beri makanan jasmani saja, bukan berfikir kebajikan hari ini sahaja, Islam perlu ada kesinambungan, minda perlu ada kecerdikan. Orang Islam kena pastikan Ilmu Islam terus diwarisi, orang islam kenapastikan generasi akan datang tidak ditinggalkan dalam keadaan lemah iman dan lemah ekonomi, hanya yang kuat iman dan ekonomi yang boleh survive, bukan hanya segelintir sahaja yang kukuh ekonomi.

Hjlutfi: hjlutfi bukan tak sayang melayu, tapi Nabi SAW telah tunjukkan Islam lah yang paling utama, bina Islam melayu pasti selamat Insya Allah.

No comments:

Post a Comment