Assalamualaikum wbt .
Selesai sudah ucaptama Presiden Tuan-Tuan Melayu. Bialasah hanya Tuan-Tuan Melayu yang boleh membela (sah) Melayu. Orang lain tak boleh, sebab tak ada tauliah. Jangan jadikan PRU 13 sebagai eksperimen tukar kerajaan. Dan yang paling PAS kena takut ialah laungan takbir 3 kali selepas ucapan Tuan paling tuan dikalangan Tuan- Tuan Melayu.
Habislah PAS, Tuan-Tuan Melayu sudah takbir, mereka lebih Islamik dari PAS. Mereka laksanakan Islam secara wasatiyah, PAS ada apa ?, urus air di Kelantan pun tidak pandai, urus kg Buah Pala di Penang pun tidak pandai, urus ibu tunggal di selangor pun tidak pandai.
Yang pandai hudud, hudud, hudud…iu saja PAS tau…
Maka… adanya….
Ada dikalangan pemerhati yang datang ditaja, sebak tak dapat memberi komen tentang hebatnya Tuan Melayu yang seorang ini memberi ucapannya, semua ucapannya betul belaka, maka bersemangat dan rasa terbela hamba Melayu itu.
Si puteri sudah bersedia untuk berperang, si wanita sudah sedia untuk berperang, sipemuda … relaks le , gendang belum dipalu. Karaok lah dulu.
Meremang bulu roma, sokongan hingga titisan darah terakhir mesti diberikan, lupakan kes tuan yang dapat projek itu-projek ini, memang dia patut dapat sebab dia tuan. Lupakan skandal itu skandal ini, memang, jika dah jadi tuan mesti ada skandal. Lupakan ketirisan itu- ketirisan ini, bumbung bangunan pun tiris.
Kita lupakan demi untuk menyelamatkan bangsa hamba-hamba Melayu. Biar tuan-tuan Melayu terus berkuasa, kerana kami hamba amat bimbang yang orang lain tak akan mampu menjaga kami sebagaimana Tuan-Tuan Melayu yang ada kini. Hanya Tuan-Tuan Melayu itu dapat menjaga kami sekaligus merompak harta kekayaan kami, kami rela kerana mereka adalah penyelamat kami.
Sekian..
Thursday, November 29, 2012
Tuesday, November 27, 2012
Persidangan Tuan - Tuan Melayu
Assalamualaikum wbt.
Jika kita belajar sejarah Melayu, terdapat satu kasta masyarakat zaman dahulu iaitu kasta Hamba – Hamba. Menjadi hamba kerana hutang tak dapat bayar, menjadi hamba kerana diselamatkan orang dari lemas dilautan, menjadi hamba kerana diminta oleh mak bapa mangsa yang dibunuh sebagai penebus dosa. Kes di culik untuk jadi hamba hanya dalam cerita ‘Kunta Kente’ dan cerita Nabi Yusuf dan lain-lain cerita Arab.
Dikalangan kasta-kasta tersebut, ada satu lagi yang kasta yang special iaitu hamba raja, hamba kepada raja yang memerintah. Walaupun mereka ini golongan hamba, tapi kasta lain boleh ada rasa takut kepada hamba raja, kerana hamba raja ada power tertentu. Power sebab jadi hamba kepada Raja. Bukan power dia tapi power raja. (entah setakat mana kebenaran)
Ketuanan Melayu, hentikan dari sebut ketuanan Melayu, Tun M kata.
Apalah ertinya nak bermegah-megah jadi “ketuanan Melayu” kalau kita merayu simpati orang lain untuk berkuasa, bila kita jadi seolah-olah minority.
Kalau kita terpaksa mengemis 30 % kuata ekonomi, kalau kita tinggal di tanah rezab, kalau kita sentiasa minta “harga Bumiputera”.
Saya menanti Tuan- Tuan Melayu bersidang untuk ambil point apa yang akan di tuntut dari kerajaan Malaysia. Kalau tuan-tuan Cina minta macam-macam dari kerajaan Malaysia, apa pula yang akan di minta oleh Tuan-Tuan Melayu yang kononnya Menjaga Melayu.
Dulu Tuan-Tuan Melayu diam saja dalam isu PPSMI. Dulu Tuan-Tuan Melayu diam saja dalam isu Bahasa Kebangsaan. Dulu Tuan-Tuan Melayu diam saja dalam isu Keretapi tanah Melayu, dulu Tuan-Tuan Melayu diam saja dalam isu Biasiswa. Dulu Tuan-Tuan Melayu diam saja dalam isu universiti MIC, MCA.
Tuan-Tuan Melayu bersidang kali ini hanya untuk mendengar celoteh dan lawak pengerusi tetap dan perwakilan sahaja, lawak lembu. Lawak Pulau Pinang boleh ke Cina, lawak kayu balak Kedah, lawak universisti KUIN, lawak air tak cukuk nak mandi di Selangor.
Kali ini juga Tuan-Tuan Melayu akan mengemukakan usul berani, akan ada perwakilan yang akan kata, “marilah kita bercakap dalam reality, kenapa orang Melayu sudah tidak mahu menjadi hamba kepada Tuan-Tuan Melayu”.

Jauh sekali dalam perhimpunan kali ini, ada dikalangan Tuan-Tuan Melayu yang akan kata “saya lepas jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden dan sebagainya”. Hidup tuan-tuan Melayu. Hanya kita mampu MEMBELA (SAH) Hamba- hamba Melayu.
Friday, November 9, 2012
Kata-kata syirik dan amalan khurafat
Assalamualaikum wbt.
Saya tidak muak walau berkali-kali diminta mendengar ucapan, ucapan dari Pegawai BTN, Pegawai JASA, dan Speaker DUN. Ada input yang diperolehi, maklumat-maklumat yang disampaikan secara putar belit, kempen yang diselitkan walau berkali-kali dinyatakan ini bukan kempen, Saya tak perlu nak rasa panas telinga, saya mampu mendengar. Ada sebab tertentu mengapa mereka dijemput.
Pegawai BTN
Konon-kononnya menceritakan pembentukan Malaysia, lalu diselitkan bagaimana persetujuan antara 3 kaum terbesar, pemimpin kaum masing-masing bersetuju membentuk Malaysia. Setuju terima kerakyatan dengan syarat-syarat tertentu. Dan diajak bersatu. Namun bila diberi kursus BTN, perasaan benci terhadap kaum lain ditanam, konon-kononnya kaum Melayu akan ditelan oleh kaum Cina, bukan India, dan di katakan hanya UMNO yang mampu pertahan Melayu.
Hjlutfi: UMNO hanya mampu pertahan golongan ketua-ketua Melayu dari kecil (JKKK) hingga besar PM .
Lalu diajak bersatu semula dengan slogan 1Malaysia. Sekali lagi Melayu diletakan dihadapan mulut Cina untuk ditelan. Walau berkali-kali mereka berkata 1Malaysia bukan bererti samarata.. hanya Cina dalam TV1 saja yang bangga dengan 1Malaysia sebab cari makan dengan RTM. Pegawai JASA Konon bercerita tentang peribadi Rasulullah SAW yang perlu di contohi. Arahan patuh kepada perintah ketua, tidak boleh gugat Negara Islam diulang berkali-kali, diugutlagi, kononnya Pulau Pinang akan jadi macam Singapura. Apa hokum jika meruntuhkan Negara Islam, Hoii, takutnya saya . sebab saya seorang Islam. Diajak bersyukur atas pemberian-pemberian dari Ketua Negara Islam seperti bonus, BRIM, dan macam-macam IM yang lain, kenapa tidak mahu bersyukur, tunjukkan rasa syukur dengan mengekalkan kerajaan sedia ada, “saya tidak kempen pangkah BN, saya hanya minta kamu bersyukur”
Hjlutfi: Saya sekali-kali tidak akan meruntuhkan Negara Islam, malah saya akan membantu sepenuh jiwa membentuk Negara Islam. Saya patuh kepada pemimpin dan saya doakan pemimpin yang menjalankan hokum hakam Islam seperti yang didoakan dalam khutbah Jumaat di Negeri Melaka. Ustaz-ustaz JASA dan UMNO saya letak tepi, jika mereka benar-benar tidak memahami Ayat-ayat Al Quran berkaitan kepimpinan dan Negara Islam. Dan jika mereka hanya cari makan dengan cara tersebut, semoga Allah beri hidayah.
Speaker DUN Melaka. Saya diminta oleh Orang ini, kemana kau pergi cerita tentang 13 Mei.
Nanti orang diatas ini akan kata, saya diminta oleh orang dibawah ini untuk bercakap tentang 13 Mei.
Dan Nanti orang diatas ini akan kata saya diminta oleh bos saya bercakap tentang 13 Mei 1969
Hjlutfi: hoi orang Melayu, kau tak sah nak bermegah dengan cerita parang terbang, jangan harap lagi 13 Mei kali kedua dan tiga, jangan dok perasan Melayu menang semasa 13 Mei 1969. Hanya beberapa kerat manusia yang menang selepas 13 Mei. Selepas 13 Mei dasar DEB diperkenalkan, hanya beberapa melayu yang menikmati hasrat selepas 13 Mei. Yang lain dapatlah BRIM, Tayar IM, Saman IM. UMNO bela Melayu. Atau UMNO belasah Melayu ?
Maka Dato Wira pun bercerita kepada anak cucu yang belia membuat kajian tentang 13 Mei 1969. lalu ditanya mahukah kita mengulangi 13 Mei, jika tidak mahu maka kita kena pastikan DAP kafir harbi tidak menang pilihanraya, PAS dan PKR yang menjadi kuda tunggangan DAP jangan bagi menang, fikirlah, apa akan jadi selepas PRU 13 yang dianggap paling getir dalam sejarah PRU Malaysia. Kalau kau rasa boleh menang macam 13 Mei 1969 kenapa tak mahu ulangan 13 Mei ?.
Hjlutfi: Saya pesan kepada Dato Wira dan bos Dato keatas., mewujudkan 13 Mei adalah atas “kuasa Dato- dato sekelian” selepas PRU 13 Dato-Dato boleh wujud 13 Mei umpama menekan “enter” pada key board. Dalam hati dato telah merancang perkara tersebut, sebagai tindakan – tindakan alternative untuk terus berkuasa, kerana dato-datok adalah pengamal khurafat “hanya UMNO yang boleh bela orang Melayu”.
“Saya rasa bertanggungjawab utnuk menceritakan semua ini (13 Mei) kata speaker DUN, supaya kita tidak menyesal selepas PRU 13. Kita hari-hari bekerja memberi bantuan kepada rakyat, hari-hari berfikir bagaimana nak buat kebajikan kepada rakyat, Hj Hadi tidur saja.” Itu kata beliau.
Hjlutfi: Dato, hari-hari memikir tentang apa yang nak diberi kepada rakyat, guna duit kerajaan, ok-lah sebagai rakyat saya terima, tolonglah dato, memerintah Negara Islam bukan sekadar beri makanan jasmani saja, bukan berfikir kebajikan hari ini sahaja, Islam perlu ada kesinambungan, minda perlu ada kecerdikan. Orang Islam kena pastikan Ilmu Islam terus diwarisi, orang islam kenapastikan generasi akan datang tidak ditinggalkan dalam keadaan lemah iman dan lemah ekonomi, hanya yang kuat iman dan ekonomi yang boleh survive, bukan hanya segelintir sahaja yang kukuh ekonomi.
Hjlutfi: hjlutfi bukan tak sayang melayu, tapi Nabi SAW telah tunjukkan Islam lah yang paling utama, bina Islam melayu pasti selamat Insya Allah.
Thursday, November 1, 2012
Penghina Islam.
Assalamualaikum wbt.
Penganut Islam pasti akan melenting dan marah jika orang lain menghina agamanya, begitu juga dengan seseiapa sahaja, mereka akan marah jika pegangan mereka dipermainkan. Malah jika prinsip hidup yang dipegang diperlecehkan, pasti akan marah.
Agama Islam sering diperkecilkan sejak dahulu hingga sekarang, Cuma dalam media yang berbeza mengikut perkembangan zaman.
Jika musim haji, Islam dipersalahkan kerana berebut-rebut melakukan ibadat sehingga berhimpit-himpit menyebabkan kematian (tragedy muassim)
Dalam ibadat korban pula Islam di katakan menggalakkan keganasan, kerana menumpahkan darah, hatta cara sembelihanpun dipertikaikan, Namun kajian yang dilakukan menunjukkan cara sembelihan Islam iaitu memotong urat dileher menyebakkan kesakitan yang amat sedikit pada binatang yang disembelih.
Dalam perkahwinan, Penghina Islam , membangkitkan Isu Nabi SAW berkahwin dengan kanak-kanak (Aishah ra).
Dalam berpakaian , penghina Islam mengatakan Islam menyekat kebebasan manusia terutama wanita.
Ini hanya sebahagian kecil yang sering kita dengar, banyak lagi… penghinaan yang dilakukan oleh mereka yang “hasad” terhadap Islam.
Jika mereka yang menghina itu terdiri dari orang bukan Islam, kita doakan supaya mereka diberi hidayah untuk menerima Islam suatu hari nanti.
Jika yang menghina Islam itu terdiri dari Orang Islam sendiri, bagaimana…
Adakah ada orang Islam menghina Islam. ?.
(Nabi SAW dihina, walaupun dihina sedikitpun tidak menjejaskan baginda. Jika tidak terjejas kemuliaan baginda kenapa kita sibuk memprotes !!!!)
Kubah Masjid Nabi. Dibawahnya terletak Makam baginda SAW dan dua sahabat. Akan dirobohkan oleh penghina Nabi.
Subscribe to:
Posts (Atom)