Monday, March 26, 2012

Potensi Korea untuk menerima Islam


Hari ini saya baca rencana mengenai Korea Selatan dalam surat kahbar Utusan (ini sahaja bahagia yang bolej dibaja dari utusan, kalau baca juga bahagian lain meloya jadinya.), dalam rencana tersebut banyak berkisar kepada kejayaan yang dicapai oleh Negara tersebut, rata-rata antara kita bersetuju bahawa amalan harian rakyat korea adalah punca kepada kemajuan Negara mereka.

Bangsa Korea (secara umum) adalah antara bangsa yang berpotensi untuk menjadi penganut Islam terbaik, memandangkan cirri-ciri yang ada pada diri mereka secara umum, sebagaimana cirri-ciri sopan santun, pemalu , tolak ansur yang ada pada bangsa Melayu menyebabkan umat Melayu keseluruhan menerima Islam (selain-ciri-ciri agama yang dianuti oleh Umat Melayu sebelum Islam – hindu bukan agama yang dianuti oleh bangsa Melayu sebelum Islam)

Ciri-ciri amanah, rajin bekerja adalah aspek usaha yang sebenar yang dianjurkan dalam Islam, kini gerakan Islam perlu lebih giat menjalankan misi dakwah di negara Korea. Contoh terbaik, apabila beberapa anggota tentera korea diberi kursus (mungkin pengurusan rentas budaya) yang menerangkan tentang bangsa Arab (Iraq) termasuk Islam yang dianuti telah menyebabkan 30 daripada mereka telah menerima Islam.

Terbayang oleh saya tentang misi dakwa yang dijalankan oleh Arqam suatu ketika dahulu sebelum dikelaskan sebagai sesat, jemaah mereka menjalankan misi dengan teratur dan berjaya menarik ramai memeluk Islam (tanpa data). Cuma yang saya lihat Kerajaan Malaysia tiada anggota yang digajikan untuk menjalankan misi dakwah, apatah lagi dakwah merentasi sempadan politik dan geografi.

Saya mula mengenali Korea apabila menyertai kelab Tea Kwon Do UPM tahun 1986 lama dahulu, (belajar tak habis kerana taaksub dengan kehebatan Silat Melayu) dan mula search mengenai korea apabila kereta Hyundai masuk pasaran Malaysia, dan mula search Korea apabila anak-anak saya mula memilik nama Korea.

Mungkin saya akan search lagi korea untuk melancong suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment