Monday, March 19, 2012

Jawab telefon semasa main bola ..

Assalamualaikum wbt.

Pernahkan pemain bola sepak membawa handphone semasa perlawanan bola sepak ?. Jawapannya ialah tidak pernah.

Kenapa tidak pernah, kerana komitednya terhadap perlawanan atau permainan tersebut. Bayangkan kalau dia bawa dan jawab atau sms semasa permainan, dan menyebabakan pasukannya kalah. Nescaya hilang mata pencariannya.

Pernahkah anda dengar deringan atau nada telefon semasa anda sedang solat jemaah ?

Jawapanya ialah, pernah, kadang bunyi tut-tit, ring-ring , lagu hindustan, lagu ingeris dan macam-macam. kenapa bawa handphone semasa solat ?.

jawapan ;

1. bunyi handphone semasa solat tak hilangkan mata pencarian.
2. siapa mahu marah ?
3. siapa mahu peduli ?

macam inilah, komited sikit semasa solat, bungkan perkara-perkara yang mungkin menganggu kosentrasi semasa solat.

No comments:

Post a Comment