Thursday, March 29, 2012
Imam Hoslan terus berdakwah di penjara
KL, 29 Mac 12: Biarpun dihukum penjara setahun dek kerana membaling kasut ke arah hakim, tanggungjawab dakwah imam Hoslan Hussain tidak terhenti di sebalik jeriji besi. Malah beliau dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua saudara baru dan mengajar agama dalam penjara.
Isterinya, Noorliza Mohd Isa ketika berkongsi keadaan terkini Hoslan berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.
"Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya.
Beliau menceritakan perkara itu ketika menerima kunjungan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang diketuai Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, kelmarin. Turut serta dalam rombongan itu Bendahari DMPP, Nurul Huda Yusof Rawa dan aktivis muslimat, Ustazah Rosiah Salleh.
Kunjungan itu juga bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Noorliza yang kini terpaksa menanggung perbelanjaan tujuh orang anak mereka yang berumur antara 16 hingga enam tahun. DMPP sebelum ini telah membuat komitmen untuk memberi bantuan tetap RM800 sebulan kepada keluarga Hoslan sepanjang tempoh beliau dipenjarakan.
Hoslan yang merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah. Ianya ekoran tindakan Hoslan membaling kasut ke arah panel tiga hakim yang sebelum itu membuat keputusan menggugurkan kesnya. (Hrkh)
hjlutfi: dimana kita terlantar, Allah memberi peluang untuk membaiki diri kita
Monday, March 26, 2012
Potensi Korea untuk menerima Islam
Hari ini saya baca rencana mengenai Korea Selatan dalam surat kahbar Utusan (ini sahaja bahagia yang bolej dibaja dari utusan, kalau baca juga bahagian lain meloya jadinya.), dalam rencana tersebut banyak berkisar kepada kejayaan yang dicapai oleh Negara tersebut, rata-rata antara kita bersetuju bahawa amalan harian rakyat korea adalah punca kepada kemajuan Negara mereka.
Bangsa Korea (secara umum) adalah antara bangsa yang berpotensi untuk menjadi penganut Islam terbaik, memandangkan cirri-ciri yang ada pada diri mereka secara umum, sebagaimana cirri-ciri sopan santun, pemalu , tolak ansur yang ada pada bangsa Melayu menyebabkan umat Melayu keseluruhan menerima Islam (selain-ciri-ciri agama yang dianuti oleh Umat Melayu sebelum Islam – hindu bukan agama yang dianuti oleh bangsa Melayu sebelum Islam)
Ciri-ciri amanah, rajin bekerja adalah aspek usaha yang sebenar yang dianjurkan dalam Islam, kini gerakan Islam perlu lebih giat menjalankan misi dakwah di negara Korea. Contoh terbaik, apabila beberapa anggota tentera korea diberi kursus (mungkin pengurusan rentas budaya) yang menerangkan tentang bangsa Arab (Iraq) termasuk Islam yang dianuti telah menyebabkan 30 daripada mereka telah menerima Islam.
Terbayang oleh saya tentang misi dakwa yang dijalankan oleh Arqam suatu ketika dahulu sebelum dikelaskan sebagai sesat, jemaah mereka menjalankan misi dengan teratur dan berjaya menarik ramai memeluk Islam (tanpa data). Cuma yang saya lihat Kerajaan Malaysia tiada anggota yang digajikan untuk menjalankan misi dakwah, apatah lagi dakwah merentasi sempadan politik dan geografi.
Saya mula mengenali Korea apabila menyertai kelab Tea Kwon Do UPM tahun 1986 lama dahulu, (belajar tak habis kerana taaksub dengan kehebatan Silat Melayu) dan mula search mengenai korea apabila kereta Hyundai masuk pasaran Malaysia, dan mula search Korea apabila anak-anak saya mula memilik nama Korea.
Mungkin saya akan search lagi korea untuk melancong suatu hari nanti.
Monday, March 19, 2012
Jawab telefon semasa main bola ..
Assalamualaikum wbt.
Pernahkan pemain bola sepak membawa handphone semasa perlawanan bola sepak ?. Jawapannya ialah tidak pernah.
Kenapa tidak pernah, kerana komitednya terhadap perlawanan atau permainan tersebut. Bayangkan kalau dia bawa dan jawab atau sms semasa permainan, dan menyebabakan pasukannya kalah. Nescaya hilang mata pencariannya.
Pernahkah anda dengar deringan atau nada telefon semasa anda sedang solat jemaah ?
Jawapanya ialah, pernah, kadang bunyi tut-tit, ring-ring , lagu hindustan, lagu ingeris dan macam-macam. kenapa bawa handphone semasa solat ?.
jawapan ;
1. bunyi handphone semasa solat tak hilangkan mata pencarian.
2. siapa mahu marah ?
3. siapa mahu peduli ?
macam inilah, komited sikit semasa solat, bungkan perkara-perkara yang mungkin menganggu kosentrasi semasa solat.
Pernahkan pemain bola sepak membawa handphone semasa perlawanan bola sepak ?. Jawapannya ialah tidak pernah.
Kenapa tidak pernah, kerana komitednya terhadap perlawanan atau permainan tersebut. Bayangkan kalau dia bawa dan jawab atau sms semasa permainan, dan menyebabakan pasukannya kalah. Nescaya hilang mata pencariannya.
Pernahkah anda dengar deringan atau nada telefon semasa anda sedang solat jemaah ?
Jawapanya ialah, pernah, kadang bunyi tut-tit, ring-ring , lagu hindustan, lagu ingeris dan macam-macam. kenapa bawa handphone semasa solat ?.
jawapan ;
1. bunyi handphone semasa solat tak hilangkan mata pencarian.
2. siapa mahu marah ?
3. siapa mahu peduli ?
macam inilah, komited sikit semasa solat, bungkan perkara-perkara yang mungkin menganggu kosentrasi semasa solat.
Monday, March 12, 2012
Guna/ pamer/ ungkit kebaikan/ jasa mak bapa, tok, nenek, moyang untuk raih/dapat sokongan.(undi)
atas : gambar hiasan saja
Assalamualaikum wbt.
Guna/ pamer/ ungkit kebaikan/ jasa mak bapa, tok, nenek, moyang untuk raih/dapat sokongan.(undi)
Anak –anak zaman sekarang, amal kurang, kebaikan kurang, ilmu kurang , hanya hendak bermegah dengan jasa tok nenek dahulu kala, jadi ungkitlah pengorbanan mereka supaya generasi anak cucu juga dihormati kerana jasa tok nenek terdahulu.
Straight to the point le ; Najib Razak sekarang ni kempen tang mana pun duk ungkit yang pak dia ni orang yang berjasa kepada rakyat, bagi tanah felda sana sini, buat itu buat ini, jadi sokonglah dia kerana jasa bapak dia.
Buat kenduri arwah sana sini nak tunjuk kata dia anak soleh, …stop… dok mengata kat orang pulak..
Wednesday, March 7, 2012
Siapa Idola anda ?
Assalamualaikum wbt.
Saya suka budak ini menjadi aktivis dalam ‘bidangnya sendiri’, namun apa yang terpampang di dadanya, membuat saya tertanya, haluan mana perjuangannya, adakah keadilan menurut Islam, atau keadilan dan kebebasan menurut ‘yang terpampang di dadanya’
Jiwa anak muda memberontak, namun siapa yang patut menjadi ikon dan idola, atau cetak sahaja wajah anda di t shirt anda, dan jadikan prinsip anda sebagai idola dan ikon..
tq.
Thursday, March 1, 2012
Isu Berdagang dgn Israel - hang pikiaq sat (lu pikir le sendiri) 2
hjlutfi-choras:
1. kenapa surat ini didedahkan ? adakah untuk membalas serangan Tun M keatas Najib ?
2. adakah hendak menyatakan Malaysia telus dalam hubungan dengan israel seperti telusnya Papagomo dalam kapal selam ?
3.adakah Najib nak naikan imej diri sendiri bahawa, wujud hubungan dgan israel bukan berlaku dieranya.
hang pikiaq sat.
Subscribe to:
Posts (Atom)