Tuesday, November 29, 2011

Mat Rempit / Samseng Jalanan

Assalamualaikum wbt.

Saya petik berita ini dari Utusan Online.

IPOH 28 Nov. - Ketika umat Islam menyambut Maal Hijrah 1433 Sabtu lalu, ratusan anak muda bermotosikal menjadikan jalan raya di kawasan Kelebang di sini sebagai medan untuk berlumba haram dengan masing-masing mempamerkan pelbagai aksi ngeri.

Hasilnya, sebanyak 150 penunggang motosikal yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas ditahan dan dikenakan tindakan undang-undang dalam operasi yang julung kali diadakan di sini awal pagi semalam.

Asisten Supritendan Khuzir Abd. Majit berkata, operasi yang bermula pukul 12 tengah malam hingga pukul 5 pagi itu merupakan hasil maklumat awam dan risikan sejak tiga minggu lalu.

"Seramai 12 lelaki bawah umur 18 tahun antara 120 penunggang yang ditahan. Kesemua mereka berusia antara 14 hingga 20 tahun.

Gambar hiasan, kat bawah ni.


Hjlutfi-choras:

Kenapa berlumba haram tidak lumba halal.

1. lumba motor belum difatwakan sebagai halal di negeri Perak.
2. litar lumba tak buka selepas tengah malam.
3. esok bangun lewat pun tak pe, cuti bro…
4. tak nanti Ma’al Hijrahpun dia orang lumba.

Bagaimana nak selesaikan kes.

1. budak lelaki dan perempuan 14 thn hingga 20 thn tak boleh belajar bawa motor terutamanya EX5
2. jika berlaku juga motorsikal berkuasa tinggi saja boleh dijual di Malaysia
3. jangan bagi ada cuti…
Tq.

No comments:

Post a Comment