Tuesday, November 29, 2011

Mat Rempit / Samseng Jalanan

Assalamualaikum wbt.

Saya petik berita ini dari Utusan Online.

IPOH 28 Nov. - Ketika umat Islam menyambut Maal Hijrah 1433 Sabtu lalu, ratusan anak muda bermotosikal menjadikan jalan raya di kawasan Kelebang di sini sebagai medan untuk berlumba haram dengan masing-masing mempamerkan pelbagai aksi ngeri.

Hasilnya, sebanyak 150 penunggang motosikal yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas ditahan dan dikenakan tindakan undang-undang dalam operasi yang julung kali diadakan di sini awal pagi semalam.

Asisten Supritendan Khuzir Abd. Majit berkata, operasi yang bermula pukul 12 tengah malam hingga pukul 5 pagi itu merupakan hasil maklumat awam dan risikan sejak tiga minggu lalu.

"Seramai 12 lelaki bawah umur 18 tahun antara 120 penunggang yang ditahan. Kesemua mereka berusia antara 14 hingga 20 tahun.

Gambar hiasan, kat bawah ni.


Hjlutfi-choras:

Kenapa berlumba haram tidak lumba halal.

1. lumba motor belum difatwakan sebagai halal di negeri Perak.
2. litar lumba tak buka selepas tengah malam.
3. esok bangun lewat pun tak pe, cuti bro…
4. tak nanti Ma’al Hijrahpun dia orang lumba.

Bagaimana nak selesaikan kes.

1. budak lelaki dan perempuan 14 thn hingga 20 thn tak boleh belajar bawa motor terutamanya EX5
2. jika berlaku juga motorsikal berkuasa tinggi saja boleh dijual di Malaysia
3. jangan bagi ada cuti…
Tq.

Friday, November 25, 2011

"off-road dan built your own road"

Assalamualaikum wbt.

Hobi off-road dengan 4x4 memang jadi kegemaran dan juga kegilaan sesetengah orang, Namun kegemaran tersebut melibatkan kos yang banyak, bermula dengan penyediaan jentera (kenderaan 4x4 ), aksesori tambahan eg jek, winch dan lain-lain.

Selepas off road , nak kena cuci kereta pula, baiki yang rosak dan kemek, bengkok dan sebagainya. Tapi semua tu tak kisah sebab dapat kepuasan. (adakah berbaloi ?)

Ni aktiviti “off-road” saya dua minggu lepas , tak sama dengan off- road yang difaham oleh geng-geng off-road. Lain banyak dari off-road yang biasa di buat oleh pacuan 4 roda.

Persediaan sebelum off-road.



Off- road.


Keletihan selepas "off-road"




“ Built your own road” – ini lagi ok, lebih seronok, bukan senang nak buat jalan sendiri.



Sekian, tq

Wednesday, November 23, 2011

Sekolah Menengah Vokasional naik taraf jadi kolej 2013


Assalamualaikum wbt.
Saya petik dari utusan online.

23/11/2011 2:20pm

KUALA LUMPUR 23 Nov. — Sebanyak 78 sekolah menengah vokasional akan dinaik taraf menjadi kolej vokasional menjelang 2013, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa kurikulum vokasional dirombak secara komprehensif supaya mencapai standard yang memenuhi keperluan pasaran kerja dan pasaran semasa.

"Sebagai permulaan, 15 sekolah menengah vokasional telah dikenal pasti untuk dijadikan program rintis mulai tahun depan,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong-BN) yang bertanya bilakah kementerian akan menukarkan status sekolah vokasional kepada kolej vokasional sebagai sebahagian usaha memantapkan lagi sistem pendidikan negara.

Mohd. Puad berkata, kesemua pelajar yang mengikuti pengajian di kolej vokasional ini akan mengikuti pengajian selama empat tahun, meliputi 70 peratus kemahiran dan 30 peratus akademik.

Pelajar yang menamatkan pengajian di kolej ini akan mendapat diploma vokasional kerana mengikuti kursus selama lapan semester (empat tahun).
Pelajar sekolah menengah Tibngkatan Satu hingga Tiga yang mengikuti peringkat Program Asas Vokasional (PAV) akan diberi sijil Tahap Dua, katanya.

Mohd. Puad berkata, antara 15 sekolah perintis yang terlibat adalah, Sekolah Menegah Kebangsan Vokasional Shah Alam, Sekolah Menengah Kebangsan Vokasional Kluang dan Sekolah Menegah Kebangsaan Teknik Datuk Seri Mohd Zin.

Pada tahun 2013, sebanyak 150 sekolah akan dipilih untuk mengikuti program asas vokasional yang melibatkan 9,450 orang pelajar, katanya. — Bernama


hjlutfi-choras : Pada asasnya ini adalah perkembangan baik dalam pendidikan di negara kita, pelajar terus menjurus kearah 'punca pendapatan' , namun apa yang saya bimbang mereka akan mencari peluang pekerjaan bukan mewjudkan pekerjaan untuk diri mereka setelah mendapat diploma.

Pelajaran keusahawanan, motivasi, pemikiran kreatif dan kritis , berdaya saing, tabah hadapi cabaran, berani perlu di tanam kedalam minda pelajar tersebut, jika tidak mreka akan mencari majikan untuk mendapatkan pekerjaan.

Perancangan selanjutnya selepas tamat pengajian tersebut, iaitu kesinambungan kepada diploma yang diperolehi, diteruskan dengan ijazah dalam jurusan yang sama.

Sunday, November 13, 2011

Muka jam dan muka pintu

Assalamualaikum wbt.

Muka jam dan muka pintu

Muka yang popular ketika kuliah ustaz di masjid dan surau atau di markas.







Tapi kedua-dua muka itu tak sempat nak tengok ketika jawab exam fizik baru ni.


Selamat bercuti kepada semua yang bercuti terutama pelajar kolej Matrikulasi Melaka dan selamat Hari Raya Aidil Adha.

Sunday, November 6, 2011

Wednesday, November 2, 2011

Tahap kepuasan Melayu rendah dan jangka pendek

Assalamualaikum wbt.

Saya beri dua kes/ situasi

1. ketika banjir, Melayu akan beritahu dia lapas dan susah bila menteri/ seseorang datang melawat. minta dihulur bantuan dan subsidi eg bantuan mangsa banjir, keperluan harian. Maka bila diberi benda-benda tersebut dia pun puas hati.



Kenapa semasa menteri datang, bentangkan yang kami mahu parit ini dibesarkan, kami mahu jambatan ini ditinggikan, kami mahu sungai ini ditebat. Jangan pikir menteri UMNO akan pikir kalau kita tak bagi cadangan !!! (agak marah kenangkan beberapa situasi)

2. Terbaru Tunjuk persaan marah LGE dan anak muda mahu litar lumba/ litar rempit. Kenapa tak minta dari LGE, siapakan tempat untuk kami berniaga, bikan sekadar tempat seperti pasar malam saja, siapkan bangunan yang boleh digunak sebagai tempat berniaga, boleh jadi markas buat production sesuatu produk, tikahkah meminta litar lumba adalah kepuasan jangka pendek ?


Kenapa minda Melayu jadi sedemikian, jawapannya kerana memang didik sedemikian, siapa yang didik sedemikian, jawapannya sudah tentu cikgunya, siapa cikgunya ?....