Sunday, March 21, 2010

SMT PENDANG KE KOLEJ MATRIKULASI - 44 (AKHIR)

Assalamualaikum wbt.

Bertemu kembali.

Ini adalah bahagian akhir Slot SMT Pendang ke Kolej Matrikulasi.

Berikut ini adalah gred purata semua matapelajaran dalam keputusan SPM 2009 SMT Pendang. Mungkin tidak baik bagi sesetengah orang, namun bagi saya ia pencapaian yang baik dan terbaik bagi SMT Pendang juga terbaik bagi subjek saya dengan mengambil kira berbagai faktor.

Bahasa Melayu = 1.36 , BI = 4.60 , PI = 2.07 , PM = 0.67, Sej = 2.79 , Mate = 1.78, Mat. Tam =6.33,
Pengajian Keusahawanan = 3.48 , Prinsip perakaunan = 4.55, LK = 3.43, PKM5.67, PKA = 4.16 , PKE = 5.88 , Agro = 4.58 , Makanan = 4.81, Pakaian = 4.36, Biologi = 6.45 , Fizik = 5.95, kimia = 7.27 , PSV = 6.52 .

SMT Alor Setar = 3.340 , SMT Pendang = 4.12 , SP2 = 4.73 , Kulim = 4.74 , Jln Stadium = 4. 79 , Langkawi 4.97 Arau = 5.25 , kangar = 5.27, SP1 = 5.95

Kepada semua pelajar saya ucapkan tahniah atas kejayaan anda, tahniah juga kepada semua guru yang berjaya mencapai GPS 4.12 , suatu hari nanti bila diundang atau terdengar berita reunion SMT Pendang di mana-mana tempat, sila lah datang.

Saya memohon ribuan kemaafan dari anda semua sepanjang 2003 hingga 2009 mengendalikan SMT Pendang , bermula dari caretaker sekolah , sebagai penolong kanan pentadbiran ,sebagai pemangku pengetua sebagai cikgu terakhir SMT Pendang banyak salah dan silap yang dilakukan , harap maaf.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment