Friday, June 26, 2009

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

Assalamualaikum wbt.

Tahniah kepada semua guru, pelajar, staf sokongan, ibubapa, pengawal keselamatan swasta, serta pekerja kebersihan swasta kerana menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang Kali Ke 5. Majlis kali ini adalah merupakan majlis anugerah cemerlang yang terakhir bagi sekolah kerana tahun depan tiada lagi majlis seumpamanya di sekolah kita. Sekolah kita hanya ada dalam ingatan. ( kalau ada masa saya akan tulis kesusahan 'mewujudkan' sebuah sekolah baru iaitu SM Teknik Pendang ( STEP) mulai tahun 2003 dari pandangan seorang 'caretaker sekolah' dan kesukaran yang bakal timbul apabila sekolah ini akan ditutup pada 1 Januari tahun 2010.

Tahniah kepada semua pelajar (281 orang) yang menerima anugerah "Pelajar harapan Sekolah", anda adalah harapan sekolah untuk mencapai misi Menjadi 5 SMT terbaik di Malaysia pada tahun 2010. Sekarang ini kita berada di nombor ke 12 antara semua sekolah menengah teknik seluruh Malaysia. Teruskan usaha, Insya Allah misi kita akan tercapai. Jika saya melihat dari sudut negatif saya akan berkata tak tercapai pun tidak mengapa kerana tahun depan mana ada lagi STEP. Jangan lihat dari sudut yang negatif, Fikirkan yang positif sahaja, mesti dapat capai misi, walaupun sekolah kita tiada dari segi fizikalnya, dalam rekod Lembaga Peperiksaan Malaysia, tetap ada, dalam rekod Bahagian Pengurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional tetap ada, dan yang pastinya dalam hati kita pelajar dan guru SM Teknik Pendang, tetap ada. Kita mesti capai misi tersebut, kita tutup STEP dengan pencapaian yang gemilang. Mari kita memartabatkan kecemerlangan.

STEP Juara, terima kasih.

No comments:

Post a Comment