Assalamualaikum wbt.
Tahniah kepada guru-guru yang berjaya dapat 4 keputusan PTK hari ini. Saya mula ambil PTK TK2 tahun 2003. Saya rasa yakin boleh lulus, tapi lulus kertas umum sahaja, buat semakan semula dapat lulus bersyarat saja. Tahun 2004 lulus dapat band 4, tahun 2005 bulan Julai dapat anjakan gaji ke P3. Masa ssb dulu dapat menegak sahaja. Ingatkan ok.
Bila cukup masanya di time basedkan , ingatkan dapat duit banyak, rupanya bila gaji dah duduk P3 dapat sikit saja, kawan yang lulus PTK band 3 dan duduk di tangga gaji P1 dapat banyak pula, dari itu saya simpulkan kalau naik pangkat 41 ke 44 time based PTK dapat 3 dah kira ok, tapi kalau nak dinaikkan pangkat ke 44 hakiki mungkin kena dapat band 4.
Sekarang ini saya harap dapat DG48 awal sedikit , ada saya mohon pemangkuan DG 48 , kalau dapat tak le kena tunggu 10 tahun time based pula.
TK3 tahun 2008 kena kursus, berlatih bertutur bahasa inggeris, pi kursus BI di kolek komuniti dapat lah buat presentation BI dengan Baik tapi keputusan keseluruhan dapat III, Alhamdulillah dah layak naik DG 48. Keeputusan PTK hari ini saya dapat kertas umum III manakala kertas khusus IV, keseluruhan III, Alhamdulillah, try lagi.
Secara jujurnya saya katakan duit tak pernah cukup, bila gaji besar sedikit mula mencongak "gaya" ,dan semestinya gaya akan menyebabkan hutang,( bank rakyat, bank pertanian dll) Berhutang kerana yakin boleh bayar, potongan gaji tidak melebihi 60 %.
Sekarang ini saya kena berhati-hati dalam berbelanja, anak sedah bersar, dah nak masuk ting 1 tahun depan, tahun 2011 seorang lagi. Semuanya perlukan duit, dulu saya rajin juga melancong tapi bila dah anak ramai dan kecil-kecil lagi, aktiviti melancong terpaksa dihadkan.
Berbalik kepada PTK , sila daftar jangan give up, untung-untung dapat 4. sekian terima kasih.
Monday, May 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment