Wednesday, May 6, 2009

MC

Assalamualaikum wbt.
Sejak hari Ahad lalu saya rasa sakit kepala, sudah menjadi kebiasaan saya tak suka makan panadol dan tak suka jumpa doktor, dan saya jarang sekali ambil MC. Seingat saya kalau MC adalah kerana sakit mata.

Janganlah selalu ambil MC kerana ini akan menjadi kebiasaan, kalau sakit sikit-sikit datang saja bertugas, sesetengah pegawai kerajaan telefon pejabat kata MC, tapi ada orang jumpa dia meronda sakan, atau pi selesaikan urusan bisnes sendiri. Kesian kat kawan kita yang terpaksa ambil alih tugas sedangkan kita dok syok sebab tak payah pi kerja.

Apapun kalau kita ini ikhlas, amanah, jujur taklah timbul masalah MC palsu, MC di beli, doktor tu senang, doktor ni payah dan sebagainya. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment