Friday, May 29, 2009

CUTI

Assalamualaikum wbt

Semalat bercuti kepada semua guru dan pelajar seluruh Malaysia. Terima Kasih

Tuesday, May 19, 2009

PEPERIKSAAN

Assalamualaikum wbt

Peperiksaan adalah kaedah menilai pencapaian pelajar dikalangan pelajar, seorang guru hendak tahu siapa paling terer dikalangan pelajarnya. Mengawas peperiksaan adalah aktiviti yang paling tidak disukai oleh kebanyakan guru, tambah-tambah lagi mengawas peperiksaan SPM, STPM sebab itu kalau nak cari guru sukarela mengawas peperiksaan teramatlah sukar, nak diwajibkan pun serba tak kena.

Bagi guru yang dedikasi kaedah giliran adalah lebih baik, bagi adil walaupun bukan jaminan adil sangat. terima kasih.

Monday, May 18, 2009

PTK

Assalamualaikum wbt.

Tahniah kepada guru-guru yang berjaya dapat 4 keputusan PTK hari ini. Saya mula ambil PTK TK2 tahun 2003. Saya rasa yakin boleh lulus, tapi lulus kertas umum sahaja, buat semakan semula dapat lulus bersyarat saja. Tahun 2004 lulus dapat band 4, tahun 2005 bulan Julai dapat anjakan gaji ke P3. Masa ssb dulu dapat menegak sahaja. Ingatkan ok.
Bila cukup masanya di time basedkan , ingatkan dapat duit banyak, rupanya bila gaji dah duduk P3 dapat sikit saja, kawan yang lulus PTK band 3 dan duduk di tangga gaji P1 dapat banyak pula, dari itu saya simpulkan kalau naik pangkat 41 ke 44 time based PTK dapat 3 dah kira ok, tapi kalau nak dinaikkan pangkat ke 44 hakiki mungkin kena dapat band 4.

Sekarang ini saya harap dapat DG48 awal sedikit , ada saya mohon pemangkuan DG 48 , kalau dapat tak le kena tunggu 10 tahun time based pula.

TK3 tahun 2008 kena kursus, berlatih bertutur bahasa inggeris, pi kursus BI di kolek komuniti dapat lah buat presentation BI dengan Baik tapi keputusan keseluruhan dapat III, Alhamdulillah dah layak naik DG 48. Keeputusan PTK hari ini saya dapat kertas umum III manakala kertas khusus IV, keseluruhan III, Alhamdulillah, try lagi.

Secara jujurnya saya katakan duit tak pernah cukup, bila gaji besar sedikit mula mencongak "gaya" ,dan semestinya gaya akan menyebabkan hutang,( bank rakyat, bank pertanian dll) Berhutang kerana yakin boleh bayar, potongan gaji tidak melebihi 60 %.

Sekarang ini saya kena berhati-hati dalam berbelanja, anak sedah bersar, dah nak masuk ting 1 tahun depan, tahun 2011 seorang lagi. Semuanya perlukan duit, dulu saya rajin juga melancong tapi bila dah anak ramai dan kecil-kecil lagi, aktiviti melancong terpaksa dihadkan.

Berbalik kepada PTK , sila daftar jangan give up, untung-untung dapat 4. sekian terima kasih.

Sunday, May 17, 2009

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum wbt

Saya ucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru saya di sekolah rendah SK Bukit Choras (1975-1980) , SM Pendang (1981-1985), Guru-guru Kolej Sultan Abdul Hamid ( 1986)Guru-guru Matrikulasi UPM (1986 - 1988) dan selamat hari guru kepada rakan sejawat di SM Datuk Undang Abdul Manap, Johol, NS. SMT Lahad Datu, Sabah. SMT Sungai Petani 2, Kedah, Guru-guru SMT Pendang, Kedah dan Selamat Hari Guru kepada Isteri saya sendiri. Terima Kasih.

Tuesday, May 12, 2009

NAK DISIPLIN PELAJAR

Assalamualaikum wbt

Ini adalah petikan dari surat khabar

1. Walaupun usaha mendisiplinkan pelajar adalah baik, pendekatan warden terbabit bertentangan dengan garis panduan berkaitan disiplin pelajar yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran.

2. Guru atau warden perlu bijak menangani masalah disiplin dan tidak seharusnya berkompromi, tetapi tindakan melampau pula tidak boleh diterima oleh pelajar dan masyarakat umum.


Ini saya kata, nak disiplinkan pelajar kena ada ilmu, tak boleh ikut nafsu amarah sahaja. terima kasih

Monday, May 11, 2009

BEREBUT KERUSI

Last sekali cikgu kata, hang duduk depan sekali, semua kawan-kawan pun akur dengan kata cikgu itu, Kata-kata cikgu mana boleh lawan, silap haribulan penampar hinggap kepipi. Terima kasih.

Thursday, May 7, 2009

KERUSI BARIS DEPAN

Assalamualaikum wbt.

Masa bersekolah tak ramai pelajar yang mahu duduk di kerusi baris depan, masa sembahyang pun ramai yang tak mahu sembahyang saf depan cuma dalam dewan rakyat/ parlimen kome berebut kerusi. terima kasih

Wednesday, May 6, 2009

MC

Assalamualaikum wbt.
Sejak hari Ahad lalu saya rasa sakit kepala, sudah menjadi kebiasaan saya tak suka makan panadol dan tak suka jumpa doktor, dan saya jarang sekali ambil MC. Seingat saya kalau MC adalah kerana sakit mata.

Janganlah selalu ambil MC kerana ini akan menjadi kebiasaan, kalau sakit sikit-sikit datang saja bertugas, sesetengah pegawai kerajaan telefon pejabat kata MC, tapi ada orang jumpa dia meronda sakan, atau pi selesaikan urusan bisnes sendiri. Kesian kat kawan kita yang terpaksa ambil alih tugas sedangkan kita dok syok sebab tak payah pi kerja.

Apapun kalau kita ini ikhlas, amanah, jujur taklah timbul masalah MC palsu, MC di beli, doktor tu senang, doktor ni payah dan sebagainya. Terima kasih.

Tuesday, May 5, 2009

INTEGRITI

Assalamualaikum wbt

Jangan kaitkan integriti dengan amalan rasuah wang ringgit dan harta benda sahaja. Amalan integriti seperti mematuhi masa - datang tepat waktu, tugasan disiapkan mengikut jadual hendaklah diberi perhatian,

Sekian, terima kasih.

Monday, May 4, 2009

PERINGATAN

waktu kerja buatlah kerja.

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum wbt.

Saya baru cuba menggunakan blog, semoga blog saya ini akan memberi manfaat kepada semua pembaca, segala yang saya tulis dan gambar yang saya upload harap tidak menjadi isu. Terlebih dahulu saya memohon kemaafan jika blog ini menyinggung perasaan atau cerita-cerita saya membuat hati anda tercalar. Blog ini sekadar berkongsi ucapan, pendapat dan pengalaman.

Dari masa kesemasa saya mungkin akan upgrade setting dan layout, kerana sekarang ini saya hanya baru mencuba, inipun bergantung kepada kelapangan masa.

Tuan/puan boleh memberi komen terhadap artikel saya, jika berkenaan saya akan respon atau tidak, atau saya padam saja respon tuan/puan.

Sekian terima kasih. Selamat membaca.