Friday, February 1, 2013

Pekerja (staf): Aset atau Musuh ?




Assalamualaikum wbt.



Anda sebagai ketua (tak kira apa nama jawatan anda, ketua kg, ketua line, supervisor, ketua kerani, pegai tadbir, pengurus, ketua pengurus, ketua jabatan, TP, pengarah, CEO, Menteri Ketua Menteri, Perdana Menteri, Raja, Agong, Presiden, Penasihat Negara)



Anda lihat staf anda sebagai asset atau musuh (selalu orang Tanya asset atau liability), tapi saya Tanya asset atau musuh.



(sebelum tu nak Tanya sikit antara Presiden dengan Penasihat Negara mana yang lebih ketua) (jawapan : I tengok gaji, gaji siapa yang lebih besar, 2: tengok pengaruh, cakap siapa yang lebih diikut 3: tengok projek, siapa yang banyak dapat projek , 4: tengok siapa yang boleh singkir siapa, 5: tengok perlembagaan Negara, kalau dalam perlembagaan kata presiden lebih ketua maka presiden le yang ketua, kalau dalam perlembagaan kata Penasihat Negara lebih ketua, dia le yang ketua. Tapi kamu jangan terkejut le jika presiden hanya diletakan sebagai ‘payung sahaja’ atau dengan lain kata sebagai boneka sahaja, yang berkuasa adalah PM – tak kiralah PM 1M ke, PM Ismail Haniyeh ke, sebab tu Morshi nak ubah perlembagaan Mesir, kerana buat apa jadi presiden kalau tak boleh buat keputusan penting tertentu.)




Gambar Hiasan Terpilih : Dua orang Ketua yang hafal Al Quran - Al Hafiz

Aset – ini bahasa orang akaun, orang bisnez, liability, ini pun bahasa orang akaun, orang bisnes, musuh, ini bahasa orang politik, berpolitik. Orang ekonomi tak cakap mengenai asset dan liability. Tapi orang ekonomi amat memahami kesan politik terhadap ekonomi sesebuah Negara.



Berbalik kepada Aset atau musuh.



Bagi saya staf merupakan asset yang amat penting bagi sesebuah organisasi yang menjadikan keuntungan sebagai matlamat. Mana-mana staf yang menukarkan diri dari sebagai asset kepada liability maka, kemungkinan besar staf tersebut akan disingkirkan.



Bagi organisasi bukan berorientasikan untung terutamanya perkhidmatan kerajaan, staf tidak dilihat sebagai asset dalam organisasi tersebut, walaupun diperingkat atasan, ketua pengarah cuba menanamkan kata-kata staf adalah asset, ianya tak akan menjadi, kerana ada unsure lain yang menghantui dalam organisasi, ia lebih cenderung kepada politik. Politik yang saya maksudkan ialah politik dalaman bukan politik kepartian.



Politik organisasi. (awak patut baca buku politik dalam organisasi, baru lebih faham- saya kata kat saya ni, bukan kata kat pembaca).



Bagaimana mentadbir pekerja sebagai asset. Aset jika mesin perlu buat verifikasi, perlu buat maintenance, perlu buat check stok dan lain-lain supaya prestasi mesin ditahap A dan berjaya mengeluarkan produk yang berkualiti.

Aset jika manusia perlu di tambah ilmu, perlu dibelai, perlu dipupuk kasih sayang. Setakat mana organisasi anda lakukan semua itu?



Namun kerana menganggap remeh semua itu. Dengan alasan pekerja telah menerima gaji sebagai balasan kerja yang dilakukan, kebanyakan ketua tidak mempedulikan. Dan yang lebih malang ketua kecil pun merasa tergugat (berkaitan politik) bila stafnya cemerlang.



Pemahaman mengenai semua pekerja adalah malas, perlu diketuk umpama pahat dan tukul, pekerja akan mengambil kesempatan atau difahami semua ini dalam Teori X, maka ketua akan cenderung untuk melihat pekerjanya sebagai musuh.



Jadi ketua akan memasang perangkap untuk menyelamat dirinya, dan pada masa yang sama melambatkan pergerakan musuh. Mematikan musuh tidak boleh kerana ini perkhidmatan, ada kuasa lain (kuasa melantik dan kuasa memecat) yang akan meghalang tindakan mematikan.



Ketua memasang perangkap untuk menjaga dirinya, dengan mengenakan tindakan-tindakan yang tidak patut diambil tindakanpun, tapi oleh kerana nak jaga dirinya maka tindakan dikenakan keatas stafnya. Tindakan dikenakan kerana staf telah dianggap sebagai musuh. (sila beri contoh , 10 markah)



Politik – dalam perkhidmatan kerajaan, masing-masing berpeluang untuk menjadi ketua, kedudukan yang mungkin tergugat dengan kecemerlangan yang ditunjukkan oleh staf sendiri kemungkinan akan menggugat kedudukan ketua itu sendiri, dalam keadaan sebenar sepatutnya kecemerlangan staf membawa kebanggaan kepada ketua (kes feudual) tetapi ketergugatan kedudukan ketua sendiri ,menyebabkan politik yang bersih menjadi kotor. (sila beri contoh, 10 markah).



Sekian.





No comments:

Post a Comment