Thursday, February 28, 2013

Konspirasi

Pencerobohan di Lahad Datu adakah ini untuk dijadiakan asas mengistihar darurat di negeri Sabah.

Sesuatu yang pelik, sebuah negara yang mempunyai kekuatan tentera, setanding dengan tentera yang hebat di pentas antarabangsa gagal menyekat kemasukan yang disifatkan "Sultan Sulu kembali ke Halaman". Tempoh rundingan yang begitu lama bagi menyelesaikan masalah tersebut juga, agak sukar diterima oleh rakyat.

Saya berani untuk meneka bahawa ada konspirasi tertentu dengan insiden tersebut. Adakah ada kemungkinan

1. Mewujudkan suasana tegang dengan tujuan ketegangan menjadi asas untuk terus mentadbir Sabah dibawah kuasa darurat.
2. Jika darurat di Sabah di istiharkan, pilihanraya mungkin tidak dijalankan, maka tak dapatlah ahli parlimen Sabah join bersama Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan. ia dapat mengurangkan majoriti 2/3 yang sepatutnya diperolehi oleh Pakatan Rakyat.
3. Insiden ini juga digunakan untuk mengalakkan campurtangan Amerika yang mungkin akan mengagalkan Perdana Menteri Pakatan Rakyat untuk mengangkat sumpah.

Tuesday, February 26, 2013

Gadis Perkasa

gambar hiasan di copy dari blog mana entah..

Gadis PERKASA

Pejuang Kalimah Allah , tidak seperti orang yang mengaku memperjuangkan Islam dengan lambang Bulan warna Putih ditengah bendera hijau. Kami lebih sayang dan kuat iman, kerana kami mempertahankan  Kalimah Allah.

Kami nak ingatkan, bahawa iman bukan terletak pada pakaian, bukan terletak pada perlakuan, iman ada dalam hati.

Gambar hiasan : nenek perkasa

Friday, February 22, 2013

Survival Bangsa





Assalamualaikum wbt.

Sehari dua ini saya sering mengikuti perkembangan "Sultan Sulu Kembali ke Kg Halaman", beberapa blog memberi komen berbeza dan ada yang sekadar 'beri komen ' tanpa tahu hal sebenarpun.

Saya amat tertarik dan hendak tahu apa saja yang berlaku di Lahad Datu, mungkin sesuatu perkara terkena atau berlaku keatas sahabat-sahabat saya di Lahad Datu, Semporna  dan Tawau, atau terkena ex student saya. Atau kawan-kawan PDRM saya.

Kali pertama menjejak kaki di LD bulan Julai 1995, cerita yang menakutkan sahaja di Lahad Datu, cerita mundu, cerita pencuri dan bunuh.

Bajau, Sulu , Dusun , Idahan, Bugis, Sungai, Cocos, Jawa,  siapa bumi, siapa non bumi, agak sukar untuk diklasifikasi bagi tujuan direkod kan dalam rekod pelajar.

Namun bila dia pelajar, saya tidak pernah memilih untuk melebihkan siapa. Meskipun dalam survival wujud pertentangan antara etnik yang saya sebut tadi.

Sebelum ini saya hanya mendengar sahaja tuntutan Kesultanan Sulu yang menuntut Sabah, tapi yang saya 'baca' adalah tuntutan Filipina keatas Sabah. Saya tidak 'mengenali' Kesultanan Sulu meskipun waris-waris nya ada di Sekitar Sabah dan bersahabat dengan kita.

Sulu dianggap lanun (Irranun mungkin lebih Lanun - minta maaf, dari maksud bahasa sahaja) hanya kerana beberapa mundu dikalangan mereka. Kisah lama pendaratan mundu di LD masih diceritakan, kisah mundu menyerang Semporna sebelum Sabah masuk Malaysia juga sering diceritakan.

Itulah yang saya katakan tadi, banyak cerita menakutkan sahaja.
Operasi pemutihan, Op Nyah dan lain-lain op yang diadakan memberi kesan kepada orang dari kepulauan Sulu (Kesultanan Sulu), bagaimana berlori-lori pendatang tanpa izin Filipina (kita sebut demikian) kerana dilaporkan oleh akhbar dan TV sedemikian. Hakikatnya bukan Visaya yang di hantar pulang, yang dihantar pulang adalah saudara-saudara kepada sahabat saya dan saudara saya.

Kita sendiri rasa meluat dengan saudara saya dan saudara sahabat saya, kerana kita rasa kita lebih bertamadun, atau kerana kita tidak memahami mereka dan bahasa mereka. Hari ini dihantar pulang besok dia "pulang" kerana seperti kata Sultan Sulu, kami pulang kekampung halaman kami.

Orang politik memandang ini sebagai satu peluang, namun etnik melihat ini adalah survival bangsa, maka tidak hairanlah Dayak- dayak didarat dan hutan pun sanggup menyatakan pendirian untuk memerangi Sulu.





Cerita tentang orang Sulu, adalah cerita tentang 'Parang Barong" atau keris panjang Sundang, walaupun sundang nampak rapat dengan Bugis. Bagi saya selagi dia berkeris itulah saya. Tolak dayak berkeris di Ambon yang kristian







Saya hanya berharap mereka ini ditangani dengan betul, jika kerajaan Malaysia membayar sewaan kepada Filipina kerana menduduki Sabah. Seharusnya Sulu atau Geng Tausug ini perlu diberi perhatian. Jika Pakistan mendapat warganegara, jika Visaya Filipina mendapat kerakyatan Malaysia apalah setakat orang Sulu yang bermain dihalaman yang disewakan kepada Malaysia.




Lama saya tinggalkan Lahad Datu, terkenang kawan-kawan dan saudara Sulu, Bajau , Bugis dan lain-lain

Tuesday, February 5, 2013

Pembunuh Kanak-kanak


Firaun bunuh kanak-kanak kerana seorang kanak-kanak , Nak bunuh Nabi Musa, takkan nak buat ujian DNA seorang demi seorang, bunuh saja semua.



aeril sharon bunuh kanak-kanak demi elakkan tentangan masa depan, 7 tahun koma, tak ada untungnya, masa depan bagi semua orang adalah kematian.


Ni sekor lagi, bunuh kanak-kanak demi elak penentangan masa depan, mungkin dia fikir dia akan kekal bernyawa. Dia ni sama dengan yang atas sekali, firaun, lepas ini akan dimumiakan dan disimpan untuk tatapan generasi akan datang, koleksi manusia kejam di planet bumi.

Assalamualaikum wbt.

Friday, February 1, 2013

Pekerja (staf): Aset atau Musuh ?




Assalamualaikum wbt.



Anda sebagai ketua (tak kira apa nama jawatan anda, ketua kg, ketua line, supervisor, ketua kerani, pegai tadbir, pengurus, ketua pengurus, ketua jabatan, TP, pengarah, CEO, Menteri Ketua Menteri, Perdana Menteri, Raja, Agong, Presiden, Penasihat Negara)



Anda lihat staf anda sebagai asset atau musuh (selalu orang Tanya asset atau liability), tapi saya Tanya asset atau musuh.



(sebelum tu nak Tanya sikit antara Presiden dengan Penasihat Negara mana yang lebih ketua) (jawapan : I tengok gaji, gaji siapa yang lebih besar, 2: tengok pengaruh, cakap siapa yang lebih diikut 3: tengok projek, siapa yang banyak dapat projek , 4: tengok siapa yang boleh singkir siapa, 5: tengok perlembagaan Negara, kalau dalam perlembagaan kata presiden lebih ketua maka presiden le yang ketua, kalau dalam perlembagaan kata Penasihat Negara lebih ketua, dia le yang ketua. Tapi kamu jangan terkejut le jika presiden hanya diletakan sebagai ‘payung sahaja’ atau dengan lain kata sebagai boneka sahaja, yang berkuasa adalah PM – tak kiralah PM 1M ke, PM Ismail Haniyeh ke, sebab tu Morshi nak ubah perlembagaan Mesir, kerana buat apa jadi presiden kalau tak boleh buat keputusan penting tertentu.)




Gambar Hiasan Terpilih : Dua orang Ketua yang hafal Al Quran - Al Hafiz

Aset – ini bahasa orang akaun, orang bisnez, liability, ini pun bahasa orang akaun, orang bisnes, musuh, ini bahasa orang politik, berpolitik. Orang ekonomi tak cakap mengenai asset dan liability. Tapi orang ekonomi amat memahami kesan politik terhadap ekonomi sesebuah Negara.



Berbalik kepada Aset atau musuh.



Bagi saya staf merupakan asset yang amat penting bagi sesebuah organisasi yang menjadikan keuntungan sebagai matlamat. Mana-mana staf yang menukarkan diri dari sebagai asset kepada liability maka, kemungkinan besar staf tersebut akan disingkirkan.



Bagi organisasi bukan berorientasikan untung terutamanya perkhidmatan kerajaan, staf tidak dilihat sebagai asset dalam organisasi tersebut, walaupun diperingkat atasan, ketua pengarah cuba menanamkan kata-kata staf adalah asset, ianya tak akan menjadi, kerana ada unsure lain yang menghantui dalam organisasi, ia lebih cenderung kepada politik. Politik yang saya maksudkan ialah politik dalaman bukan politik kepartian.



Politik organisasi. (awak patut baca buku politik dalam organisasi, baru lebih faham- saya kata kat saya ni, bukan kata kat pembaca).



Bagaimana mentadbir pekerja sebagai asset. Aset jika mesin perlu buat verifikasi, perlu buat maintenance, perlu buat check stok dan lain-lain supaya prestasi mesin ditahap A dan berjaya mengeluarkan produk yang berkualiti.

Aset jika manusia perlu di tambah ilmu, perlu dibelai, perlu dipupuk kasih sayang. Setakat mana organisasi anda lakukan semua itu?



Namun kerana menganggap remeh semua itu. Dengan alasan pekerja telah menerima gaji sebagai balasan kerja yang dilakukan, kebanyakan ketua tidak mempedulikan. Dan yang lebih malang ketua kecil pun merasa tergugat (berkaitan politik) bila stafnya cemerlang.



Pemahaman mengenai semua pekerja adalah malas, perlu diketuk umpama pahat dan tukul, pekerja akan mengambil kesempatan atau difahami semua ini dalam Teori X, maka ketua akan cenderung untuk melihat pekerjanya sebagai musuh.



Jadi ketua akan memasang perangkap untuk menyelamat dirinya, dan pada masa yang sama melambatkan pergerakan musuh. Mematikan musuh tidak boleh kerana ini perkhidmatan, ada kuasa lain (kuasa melantik dan kuasa memecat) yang akan meghalang tindakan mematikan.



Ketua memasang perangkap untuk menjaga dirinya, dengan mengenakan tindakan-tindakan yang tidak patut diambil tindakanpun, tapi oleh kerana nak jaga dirinya maka tindakan dikenakan keatas stafnya. Tindakan dikenakan kerana staf telah dianggap sebagai musuh. (sila beri contoh , 10 markah)



Politik – dalam perkhidmatan kerajaan, masing-masing berpeluang untuk menjadi ketua, kedudukan yang mungkin tergugat dengan kecemerlangan yang ditunjukkan oleh staf sendiri kemungkinan akan menggugat kedudukan ketua itu sendiri, dalam keadaan sebenar sepatutnya kecemerlangan staf membawa kebanggaan kepada ketua (kes feudual) tetapi ketergugatan kedudukan ketua sendiri ,menyebabkan politik yang bersih menjadi kotor. (sila beri contoh, 10 markah).



Sekian.