Gambar hiasan
Petikan dari Bernama
Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan menguatkuasakan larangan wanita Islam menjadi pelayan pelanggan atau GRO di semua pusat hiburan di bandar itu pada tahun depan.
Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob berkata, keputusan itu diluluskan pada mesyuarat MPK di Kuantan hari ini dan tarikh penguatkuasaannya akan ditetapkan nanti.
Beliau berkata, semua ahli majlis MPK bersetuju dengan cadangan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sebelum ini agar umat Islam dilarang bekerja di pusat hiburan yang menghidangkan minuman keras di bandar ini.
"Hasil kajian yang dilakukan mendapati 85 peratus pekerja pusat hiburan terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam dan mereka terdedah untuk meminum minuman yang memabukkan itu.
"Selain itu, ia juga secara tidak langsung memberi kesan negatif apabila GRO beragama Islam, sekalipun tidak meminum tapi mengangkat dan menghidangkan minuman keras kepada pelanggan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MPK.
- Bernama
hjlutfi-Choras : Kalau tak percaya Tanya Ustazah Mashitah. Tapi tak kesah le.. zaman sekarang ni mana ada kerja untuk gadis Melayu. nak sapu lantai di airport, bang bangla suda sapu, nak kerja dirumah orang, bibik indon sudah buat, nak kerja stesen minyak, semua main layan diri, nak kerja kilang, amoi vietnam sudah kerja, nak kerja dengan gomen, kerja di bekukan. jadi gro sajalah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment