Assalamualaikum wbt.
Bertemu kembali, posting kali ini saya mengingatkan diri saya dan semua yang mengunjungi blog ini. Ingat masa muda sebelum datang waktu tua, potongan hadis yang cukup familiar. Ingat 5 perkara sebelum datang lima perkara.
Hari ini Allah telah memberi peringatan kepada saya bahawa saya memasuki alam/ zon tua. Petunjuk yang diberikan adalah mata saya yang semakin rabun dekat. Dulu saya amat rasa bertuah berbanding rakan-rakan saya, kerana saya tidak memakai cermin mata, Sukarnya memakai cermin mata, pernah saya temankan roomate saya masa di UPM dulu ke kedai contact lensa bekas pelajar UPM yang buka kedai cermin mata di Old Klang Road. Waktu itu contact lens ini baru masuk pasaran, dan seksanya lelaki pakai contact lens kerana sikap lelaki yang cemerkap. dan satu rahsia saya; saya tidak suka/tak berkenan dengan anak dara yang pakai cermin mata. Namun dalam tak berkenan tu, dapat juga isteri yang pakai cermin mata (tak pakai selalu).
Sukarnya memakai kanta rabun dekat, nak tengok jauh kena buang, nak tengok dekat baru kena pakai. Dulu masa kanak-kanak saya try cermin mata tok wan, tengok ketanah macam dalam saja.
Allah juga memberi peringatan dengan cara memutihkan rambut, tak perlu nak dai, atau inai, Inai rambut dipakai oleh lelaki tua ketika peperangan untuk tunjukkan kepada musuh bahawa tentera kita orang muda belaka. Kalau musuh nampak rambut putih saja, mereka akan lebih bersemangat, berbanding kalau mereka tak nampak rambut putih dipihak lawan.
Apabila Allah telah beri peringatan bahawa anda sudah tua, (bila tua (juga muda) yang paling hampir dengan kita adalah mati). Bersediakah kita untuk mati?. Saya sendiri takut mati. Tapi apakah persediaan menghadapi kematian / alam akhirat.
Sebelum lebih tua, banyak - banyak buat ibadat, takut bila betul-betul tua, tiada tenaga, tiada pancaindera, bagaimana hendak beribadat. Gigi tiada, sebutan ayat Al Quran pun tak kena. Lain di harap lain pula yang disebut dalam doa, kita pun dok hairan sebab apa tak dapat apa yang didoa, rupanya dok minta benda lain.
Semoga posting kali ini memberi peringatan kapda saya dan rakan-rakan, ingat mengingat dalam kebaikan.
Sekian, wassalam.
Tuesday, April 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment