Sunday, April 25, 2010

Anak menanti di syurga

Assalamualaikum wbt.

Bertemu kembali, dalam posting yang lepas saya mengingatkan diri saya bahawa kena ingat muda sebelum datang tua, dan yang paling dekat dengan kita adalah kematian. 24 April 2010 kelmarin, saya tumpang buat akikah satu bahagian untuk anak saya yang berusia 14 tahun. Dulu tak teringat nak buat akikah padanya kerana dok sangka anak yang dah meninggal tak perlu diakikahkan. Tapi apabila dok dengar guru mengajar, katanya anak yang meninggal masa kecil pun kena dibuat akikah.Maka saya buatkan.

Anak pertama saya Afiqah Amirah telah meninggal dunia pada hari kelima. Musabab kematiannya adalah sakit kuning kata doktor. Walla hu Akhlam. Waktu kematianya kering air mata, susut badan daripada 90 kg menjadi 75 kg. Pada mulanya nak saman hopital atas kecuaian mereka, namun setelah fikir, reda dan takdir, simpan saja hasrat tersebut.

Sekarang ini telah diganti dengan Afiqah Insyirah, Muhammad Amsyar Aman, Adibah Liyana, Muhammad Amri, Amin Sayuti, dan Aminah Syukriyah. Insya Allah ada seorang dua lagi. Kereta saloon tak muat sebab itu beli pajero.

Mati tak payah nanti tua, dan saya nak tanya, sanggupkah kita beli batu nesan siap-siap kat kita, simpan dalam stor, kemudian pesan kepada orang kalau aku mati guna batu nesan ini. Tentu orang kata gila apa ?,

Anak kecil yang meninggal tanpa sebarang dosa, tempatnya disyurga, anak ini akan mencari ibunya (termasuklah bapanya) diakhirat kelak, harap-harap dia carilah saya dan bergayut dikaki saya kalau saya hendak dihumbankan keneraka semoga Ihsan Allah akan membawa saya kesyurga, nak masuk dengan amalan sendiri, hai berat rasanya.

Wahai tuhan aku tak layak untuk syurgamu,
Namun tak pula aku sanggup kenerakamu,
Ampunkanlah dosa-dosa ku
Terimalah taubatku ini.

Sekian, wassalam.

Tuesday, April 20, 2010

INGAT MUDA SEBELUM DATANG TUA

Assalamualaikum wbt.

Bertemu kembali, posting kali ini saya mengingatkan diri saya dan semua yang mengunjungi blog ini. Ingat masa muda sebelum datang waktu tua, potongan hadis yang cukup familiar. Ingat 5 perkara sebelum datang lima perkara.

Hari ini Allah telah memberi peringatan kepada saya bahawa saya memasuki alam/ zon tua. Petunjuk yang diberikan adalah mata saya yang semakin rabun dekat. Dulu saya amat rasa bertuah berbanding rakan-rakan saya, kerana saya tidak memakai cermin mata, Sukarnya memakai cermin mata, pernah saya temankan roomate saya masa di UPM dulu ke kedai contact lensa bekas pelajar UPM yang buka kedai cermin mata di Old Klang Road. Waktu itu contact lens ini baru masuk pasaran, dan seksanya lelaki pakai contact lens kerana sikap lelaki yang cemerkap. dan satu rahsia saya; saya tidak suka/tak berkenan dengan anak dara yang pakai cermin mata. Namun dalam tak berkenan tu, dapat juga isteri yang pakai cermin mata (tak pakai selalu).

Sukarnya memakai kanta rabun dekat, nak tengok jauh kena buang, nak tengok dekat baru kena pakai. Dulu masa kanak-kanak saya try cermin mata tok wan, tengok ketanah macam dalam saja.

Allah juga memberi peringatan dengan cara memutihkan rambut, tak perlu nak dai, atau inai, Inai rambut dipakai oleh lelaki tua ketika peperangan untuk tunjukkan kepada musuh bahawa tentera kita orang muda belaka. Kalau musuh nampak rambut putih saja, mereka akan lebih bersemangat, berbanding kalau mereka tak nampak rambut putih dipihak lawan.

Apabila Allah telah beri peringatan bahawa anda sudah tua, (bila tua (juga muda) yang paling hampir dengan kita adalah mati). Bersediakah kita untuk mati?. Saya sendiri takut mati. Tapi apakah persediaan menghadapi kematian / alam akhirat.

Sebelum lebih tua, banyak - banyak buat ibadat, takut bila betul-betul tua, tiada tenaga, tiada pancaindera, bagaimana hendak beribadat. Gigi tiada, sebutan ayat Al Quran pun tak kena. Lain di harap lain pula yang disebut dalam doa, kita pun dok hairan sebab apa tak dapat apa yang didoa, rupanya dok minta benda lain.

Semoga posting kali ini memberi peringatan kapda saya dan rakan-rakan, ingat mengingat dalam kebaikan.

Sekian, wassalam.

Wednesday, April 14, 2010

Satu Malaysia

Bersama raikan Tahun Baru Hindu, Hari Vesakhi

Petikan Utusan Melayu 14 April 2010
KUALA LUMPUR 13 April – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat Malaysia dengan berbekalkan semangat 1Malaysia merebut peluang untuk bersama-sama merayakan Tahun Baru Hindu dan Hari Vesakhi. Perdana Menteri memberitahu, selama dua hari bermula esok masyarakat India beragama Hindu akan merayakan tahun baru mereka.

“Menjadi amalan kita sebagai rakyat Malaysia, perayaan-perayaan seperti ini adalah waktu untuk kita lebih mengenali dan memahami antara satu sama lain.

“Semakin banyak kita mengetahui tentang satu sama lain, semakin kita menghargai kekayaan dan keutuhan nilai-nilai budaya kita,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan hari istimewa itu yang disiarkan dalam blognya di www.1Malaysia.com.my.

Perayaan yang dikenali dengan pelbagai nama di mana kepada masyarakat Tamil, ia dikenali sebagai Puthandu, manakala kepada masyarakat Malayalee ia dikenal dengan nama Vishu.

Masyarakat Sikh Malaysia pula akan merayakan Hari Vesakhi untuk memperingati kelahiran Khalsa yang merupakan hari terpenting kepada masyarakat Sikh di seluruh dunia.

Najib menegaskan, walaupun pelbagai rupa dan bentuknya, persamaan nilai yang menjadi teras kepada kepelbagaian budaya memperlihatkan bahawa rakyat Malaysia sebenarnya mempunyai banyak persamaan.

‘‘Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua masyarakat Hindu dan kepada masyarakat Sikh, Selamat Hari Vesakhi dan mendoakan agar anda semua akan dapat merayakan hari yang bertuah ini bersama-sama keluarga serta sahabat handai,’’ katanya.

Perdana Menteri juga berharap rakyat Malaysia akan beramai-ramai menyertai beliau bersama-sama masyarakat Sikh di Perayaan Rumah Terbuka Vesakhi 1Malaysia yang akan diadakan pada 23 April, di Ipoh nanti.

Komen saya;

Mula-mula nak kata no komen, tapi tak komen pun tak kena.

1. Cina = bangsa cina
2. Budha = agama
3. Hindu = agama

Kalau selamat tahun baru India, ringan sikit untuk saya ucapkan kepada rakan - rakan India, kerana ucapan itu untuk bangsa mereka bukan untuk agama mereka. Tapi kalau selamat tahun baru Hindu, saya tidak mahu bersubahat menegakkan agama mereka.

Biarpun satu Malaysia
Wassalam.

Sunday, April 4, 2010

Beban Tugas Guru - JK tak tubuh lagi.

Assalamualaikum wbt.
Ini adalah petikan dari Utusan On line.
Bukan saya kata dan bukan saya tulis, copy and paste saja untuk kawan-kawan baca.

Jawatankuasa khas masih dikaji - Alimuddin
04/04/2010 4:03pm

KUALA LUMPUR 4 April — Penubuhan jawatankuasa khas bagi mengkaji beban tugasan guru di seluruh negara seperti yang diumum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih di peringkat perbincangan.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, perancangan itu akan dibentang kepada Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dalam masa terdekat sebelum satu mesyuarat diadakan dalam tempoh dua bulan ini.
"Kita akan tentukan dahulu siapa anggota jawatankuasa itu, bidang kuasanya serta perangkaan kasar tindakan yang diambil kepada menteri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Penubuhan dan Mesyuarat Agung Pertama Koperasi Yayasan Guru Malaysia Berhad di sini hari ini. - Bernama

Yang saya kata;

1. Agak-agaknya bila 'beban tugas guru dapat dihapuskan?'
2. Kalau orang di Jabatan/KPM nak laporan, hari ini dia fax surat minta laporan, seminit dua kita kena jawab segera, mereka beri alasan menteri nak.
3. Kalau JK yang ditubuhkan sekadar hantar borang kaji selidik kepada pengetua, kemudian pengetua minta kita jawab dengan baik, kemudian kita jawab acuh tak acuh, lepas tu JK buat analisa, menteri peram keputusan setahun dua, nak tunggu dekat mengundi atau 16 mei baru nak umum, akhir sekali, Menteri Pelajaran yang baru akan umum satu JK Mengkaji beban tugas guru akan ditubuhkan semula.

Sekian terima kasih.

Thursday, April 1, 2010

Beban Tugas Guru

Assalamualaikum wbt.

Petikan Utusan Melayu 1 April 2010 = April fool
April fool = lawak jahat mengenakan orang lain atau perbuatan hampeh yang tak beri apa-apa keuntungan malah menyakitkan hati orang

"Tubuh jawatankuasa khas kaji beban tugas guru - Muhyiddin
KUALA LUMPUR 31 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan itu dibuat selepas kementerian itu mendapati ada asas bahawa guru di beberapa buah negeri kini menghadapi beban tugas berlebihan sehingga menjejaskan tumpuan kepada tugas mengajar.
"Saya sudah arahkan jawatankuasa itu nanti mengenalpasti bagaimana masalah (bebanan tugas) itu boleh berlaku dan mencari penanda aras yang boleh kementerian guna pakai, sama ada dengan mengambil contoh piawaian antarabangsa atau dari negara jiran yang tahap pendidikannya lebih tinggi dari kita untuk dicontohi," katanya.
Muhyiddin berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat antara Kementerian Pelajaran dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Hadir sama pada mesyuarat tersebut ialah Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.
Menurut beliau, jawatankuasa itu yang akan dipengerusikan oleh Alimuddin dan keanggotaannya turut membabitkan beberapa pegawai pelajaran serta wakil NUTP diberi masa selama dua bulan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu berkenaan.
Ditanya mengenai beban tugas berlebihan yang terpaksa ditanggung oleh guru, Muhyiddin berkata, antaranya adalah menguruskan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain yang perlu dibuat mengikut keperluan semasa.
"NUTP turut membuat aduan yang guru terpaksa bekerja pada setiap Sabtu, sedangkan pekeliling yang dikeluarkan, guru boleh bercuti pada hari Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan disebabkan guru terbabit terlibat dengan banyak aktiviti.
"Jadi, kita akan teliti masalah itu kerana kita tidak mahu tugas hakiki guru iaitu mendidik pelajar dengan tumpuan sepenuhnya terhadap kelas terganggu disebabkan bebanan tugas lain yang terpaksa dipikul," katanya.
Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, dasar baru kementerian yang menekankan aspek kokurikulum di sekolah turut mendapat maklum balas positif dari pihak NUTP yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berkenaan.
"Kementerian akan memastikan penekanan terhadap kokurikulum tidak akan sesekali membebankan guru. Sebab itu, kementerian menubuhkan jawatankuasa ini, tidak lain tidak bukan untuk mencari penyelesaian terbaik menyelesaikan bebanan guru,"katanya.

Ulasan Positif saya :

Banguihnya Menteri Pelajaran baru. Tak lama lagi guru akademik kerjanya mengajar sahaja, guru kokurikulum kerjanya kokurikulum sahaja, guru sukan kerja dia sukan sahaja.

Menteri Pelajaran terdahulu pun baguih juga sebab pernah tangani isu yang sama.

Menteri Pelajaran terdahulu sebelum Menteri Pelajaran terdahulu pun baguih sebab bincang isu yang sama.

Ulasan Negatif saya.

April fool.