Monday, January 25, 2010

SENANGNYA HIDUP

Assalamualaikum wbt.

Bertemu kembali. Bulan Januari ini saya agak kelam kabut menguruskan diri sendiri. Suasana tempat kerja yang baru, anak-anak dan isteri yang ditinggalkan banyak mempengaruhi corak kehidupan bulan ini.

Inilah kali pertama sejak bekerja dan berumahtangga saya terpaksa tinggalkan anak-anak dan isteri jauh (tak le jauh mana, 130 km sahaja), namun oleh kerana saya tinggal berasingan, sukarlah saya untuk menguruskan sekolah anak-anak dan keperluan rumah. Pagi-pagi seawal 6.45 isteri saya terpaksa menghantar dua orang anak saya ke sekolah mereka, pukul 8.00 pagi hantar seorang anak ke tadika, pukul 11.30 pagi dia ambil anak dari tadika bawa anak tersebut dan adik yang paling kecil kerumah tok mereka, lebih kurang 1.5 km. Pukul 12.30 hantar anak yang dalam tingkatan 1 ke sekolah. Ligat jugale. Isteri saya pula mengajar sebelah petang.

Pukul 1.30 seorang anak sekolah rendah terpaksa berjalan pulang 1 km balik kerumah, singgah mengaji Quran, kemudian baru pulang kerumah. seorang anak kena kelas KAFA petang sampai pukul 5.30, dia pun diarah jalan kaki pulang dan singgah mengaji Quran, kemudian tunggu pulang bersama kakaknya yang pulang pukul 6.30 ptg.

Kadang terpaksalah mereka berdua jalankaki pulang kerumah, atau tunggu ibu mereka singgah ambil semasa hendak pergi ambil dua lagi anak yang ditinggalkan di rumah tok mereka.

Kalau anak-anak kena latihan sukan sebelah pagi atau sebelah petang jadual akan berubah dan bertambah. Begitulah rutin harian isteri saya.

Saya disini seorang diri senangnya hidup, bangun pagi selesai tanggungjawab, siap pergi sekolah, 2 minit sahaja (duduk kuarters), buat persediaan mengajar (terpaksa ulangkaji kerana mengajar sabjek yang 15 tahun tak pernah mengajar), masuk kelas kalau ada kelas, pergi kantin makan pagi merangkap makan tengahari, balik lewat sikit pukul 4.00 ptg, solat zuhur, rehat-rehat sampai waktu asar, basuh baju dengan tangan, strika baju untuk esok, baca Quran sikit,makan malam, masuk waktu maghrib solat disurau, balik rumah dan study sikit. Kalau rasa rajin tengok tv, kalau rasa malas tidur sajalah. Hari Khamis balik kerumah, hari Sabtu pergi kerja semula.

Kalau saya ada dapatlah bantu anak-anak buat kerja sekolah, dan didik anak-anak. Sekarang ini tugas tersebut terpaksalah diserahkan kepada isteri. Dari dulu lagi saya telah ingatkan isteri supaya cekap buat kerja dan cekap memandu, tahu tengok air dalam tangki air kereta, tahu tengok minyak hitam dalam kereta, tahu tengok angin dalam tayar kereta, dan kena tahu cucuk di ATM sendiri. Ilmu-ilmu tersebut perlu tahu untuk dipraktikkan dalam keadaan begini.

Tapi saya yakin isteri saya boleh buat semua itu kalau saya tiada, cuma memandu sendiri di bandaraya Alor Setar sahaja yang dia belum pandai.

Senangnya hidup kalau kita boleh buat sendiri semuanya. Orang yang hebat ialah orang yang paling sedikit meminta bantuan orang lain.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment