Tuesday, October 27, 2009

SMT PENDANG KE KOLEJ MATRIKULASI - 25

Assalamualaikum wbt.

Saya selalu berdoa agar sekolah dapat berjalan lancar tanpa sebarang masalah, baik masalah disiplin guru atau disiplin pelajar dan masalah – masalah pengurusan yang lain. Namun begitu, kita hanya mampu merancang, hanya Allah yang menentukan.

Mingu ini ‘Orang Besar Berlapan’ tinggal saya dan Ketua Bidang Sains saja, PK HEM, PK Ko. GKM Teknik, GKM Bahasa, dan GKM Kemanusiaan, dua orang guru termasuk juruteknik dan PAP pergi kursus ISO dengan Kolej Matrikulasi. Maka sunyilah sekolah.


Bukan kali pertama ramai yang keluar sebegini untuk Kolej Matrikulasi, banyak kali dah, namun apa boleh buat, ‘saya yang menurut perintah’ ,

S: Pasai apa depa pi, depa masih cikgu lagi bukan pensyarah?.
J: Depa pi sebab depa nak jadi pensyarah
S: Kenapa hang dan GKM Sains tak pi ?
J: Kami tak diperaku untuk jadi pensyarah.
S: Depa ada minta kebenaran hang ka sebelum pi ?
J: Pengarah depa mai minta.
S: Hang kata apa ?
J: Siapalah hamba ini.
S: Hang bagi sebab tu depa pi.
J: Siapalah hamba ini untuk tak bagi, sekolah memang nak tutup, depa pula memang
nak jadi pensyarah matrik, buat apa nak disekat.
S: Kalau aku, aku tak kan bagi
J: Memang kita berbeza
S: Banyangkan keadaan sekolah , hang sorang larat urus ke ?
J: Jadual relif dah buat, lain-lain beserah pada Allah.
S: Patutlah sekolah hang dengan Matrik tak dak masalah, ada masalah hang duk serap
kat hang sebelah saja,
J: Berkorban apa saja, demi bangsa dan Negara, budak matrik yang duk ada pun bekas
anak murid kawan-kawan kita juga, bukan orang lain, apa nak berkira sangat.
S: Aku boleh kata, depa tak hormat kat hang sebagai ketua,
J: Pengarah dia sendiri mai jumpa minta kebenaran, hormat le tu.
S: Pengarah dia, cikgu yang lain tak mai pun,
J: Cikgu belum tahu protocol.

Bukan dialog sebenar, hanya rekaan semata-mata. Harap maaf.

Sekian terima kasih.


Bersambung….

Sunday, October 25, 2009

SMT PENDANG KE KOLEJ MATRIKULASI - 24



Assalamualaikum wbt.

Sekolah hari ini berjalan seperti biasa, seorang lagi guru cuti bersalin dan suami beliau cuti isteri bersalin, biasalah disesebuah sekolah suami isteri kerja bersama, namun begitu tak lepas juga dari hasad dengki kawan-kawan yang tak suka tengok orang lain bahagia dan senang. Susah nak buang phd ini dari jiwa seseorang manusia.

Para pelajar sudah menunjukkan 'demam' menghadapi peperiksaan, setiap pagi akan di motivasi oleh PK HEM. Inipun ada kawan-kawan tak suka, susah nak cari, bagaimana yang mereka suka, suruh duduk saja, berkaraoke, tidur sepanjang hari dalam stor sukan ke, buat apa nak tidur dalam stor sukan atau bilik rawatan, bilik lain yang ada air cond, carpet dan tersembunyi pun banyak. Kepada guru seluruh dunia yang tak buat perkara sedemikian, tahniah saya ucapkan.

Saya selalu beri ucapan dalam perhimpunan, diantara yang pernah saya sampaikan kepada pelajar saya ialah pesan/ wasiat Luqman ul Hakim kepada anak-anak beliau.

wasiat beliau,

1. Jangan menyekutu Allah
2. Berbuat baik kepada ibu bapa
3. Sedar akan pengawasan Allah
4. Dirikan solat
5. Menyuruh berbuat baik
6. Mencegah kemungkaran
7. Sabar mengahdapi cubaan
8. Tidak berlagak sombong
9. Tidak berjalan dengan sombong
10. Melangkah dengan sederhana
11. Merendahkan suara
12. Dan lain-lain wasiat beliau.

Wasiat ini adalah relevan untuk semua orang dan setiap masa. hari Jumaat 23 Oktober 2009 bertempat dirumah saya dikuarters saya melakukan acara pijak tanah untuk anak kecil saya, saya pun berpesan kepada anak kecil saya supaya menjadi orang yang baik didunia akhir zaman ini, mendidik anak adalah mengikut zaman mereka bukan zaman kita, jangan menyebelahi anak dalam hal-hal disiplin disekolah, yang terjadi ibu bapa sering menyalahkan sekolah bila anak melanggar peraturan sekolah, sehingga ada yang suruh ubah peraturan sekolah, supaya anak mereka tak bersalah. Dunia oh dunia.

Sekian, terima kasih, bersambung...

Friday, October 23, 2009

SMT PENDANG KE KOLEJ MATRIKULASI - 23

Assalamualaikum wbt.

Bertemu kembali, setelah agak lama iaitu sejak 17 Sept lalu, hari ini baru ada kesempatan untuk publish/ siar artikel seterusnya. Saya minta maaf kepada kawan-kawan yang harap ada post terbaru. Kepada yang baru jumpa blog ini, selamat membaca, ada yang kata ini cerita syok sendiri ( negative thinking / no komen) , nak baca, baca lah, tak nak baca sudah.

19 Oktober 2009 yang lalu saya menghadiri kursus kewangan Pengetua-pengetua SMT se Malaysia di Glory Beach Resort, Port Dickson, kali kedua saya ke Glory Beach Resort, dua tahun lalu semasa mesyuarat Penolong Kanan diadakan disana, saya berbual dengan Tn Hj Zakaria, beliau baru jadi Pengarah Bahagian Pengurusan BPTV, bila penstrukturan semula beliau adalah Timbalan Pengarah Sektor Pengoperasian sekolah, BPTV.

Banyak kali dah datang PD, pertama sekali masa belajar di UPM datang dengan rombongan, camping di kawasan perikanan UPM bersama Pengakap Laut ( dulu saya aktif dalam pengakap Laut) , camping dengan budak-budak surau Kolej Tun Perak (dulu saya bukan budak surau, tapi dah kawan ajak juga terpaksa ikut), datang sendiri dengan kapcai seorang diri (ini ujian keberanian dan keyakinan), rantai motosikal putus, ikat sendiri dengan dawai, macam Mc Gyver. Hairan, waktu muda remaja tak rasa takut, sekarang ini rasa takut, takut kalau mati, siapa nak jaga anak-anak!.

Semasa saya bertugas di Kuala Pilah dan Johol, N. Sembilan tahun 1993 hingga 1994 pun saya datang ke PD rehat-rehat dan mandi laut sambil praktis ilmu tahan ombak. (boleh tahan ke ombak ?, You fikir lah sendiri)

Kali ini saya datang lagi dengan memandu sendiri pacuan 4 roda saya (istilah yang selalu diguna dalam surat khabar untuk membezakan dengan kenderaan kereta dan lori serta bas, apalah hebatnya pacuan 4 roda sekarang ini, jika dibandingkan dengan MPV dan SUV).

Bertolak 8.30 am dari rumah sampai di hujung lebuhraya Seremban PD lebih kurang 3.00 pm, sengaja ke hujung supaya sampai di Teluk Kemang dan berpatah balik ke PD, dapatlah tengok laut lama sikit. Tiba- tiba telefon saya berdering, saya tidak jawab, selang tak berapa lama berdering lagi, saya berhenti tepi jalan dan menjawab panggilan tersebut, si pemanggil memperkenalkan diri mengatakan beliau adalah Guru SMT Teluk Intan, datang ke SMT Pendang untuk mengambil barang-barang Agro.

Semasa mesyuarat Penolong Kanan di Ipoh minggu lepas , adalah seorang pegawai BPTV kata barang-barang Agro nak beri kepada SMT Teluk Intan, bas nak beri kepada Langkawi. Saya pun sedang menanti surat arahan perpindahan barangan tersebut, semasa saya datang hari ini surat berkenaan belum sampai.

Urusan sebegini saya paling tidak suka dibincangkan dalam telefon, tambahan saya tidak berada disekolah untuk mencatatkan apa yang dibualkan. Si pemanggil memberitahu mereka datang untuk mengambil barang- barang, saya berkata saya akan bermesyuarat di Port Dickson bersama pengetua-pengetua yang lain, sila maklumkan kepada pengetua tuan, supaya dia berjumpa saya, agar saya dapat berbincang dengan beliau urusan perpindahan barangan tersebut. Saya belum kenal dengan pengetua baru SMT Teluk Intan, pengetua lama dan penolong kanan saya kenal,

Nak pindahkan barang, asset kerajaan bukan boleh main angkut saja, dokumen-dokumen mesti bergerak sekali, ada tandatangan terima, barang-barang tersebut memang saya nak beri, bukan hak saya nak tegah kalau dah ada arahan dari pengarah, tapi proses tetap kena ikut.

Saya telah beri surat jalankan tugas kepada PK HEM semasa saya tiada, paling kurang mereka akan berurusan dengan PK HEM datang menemui PK HEM, macam selalu bila kita ke mana-mana pejabat, mesti jumpa ketua dulu, baru diarah oleh ketua supaya berurusan dengan sesiapa, kalau urusan rasmi.

Malam tersebut saya telefon Pegawai Aset SMTP, maklum supaya tengok dokumen-dokumen asset Agro untuk dipindahkan ke SMT Teluk Intan, beliau pun terkejut, sebab belum dimaklumkan hal tersebut. Kata beliau surat belum terima.

Malam itu juga, Pegawai PPA telefon saya, ada miss call, saya call balas tapi tak dapat, saya anggap beliau akan berurusan dengan PK HEM.

Hari kedua, saya harap Pengetua Teluk Intan akan menemui saya, sampai ‘sut’, dia tak temui saya, ada dua kemungkinan beliau tak temui saya, yang pertama, guru beliau tak maklum kepada beliau yang saya nak berbincang dengan beliau, kemungkinan yang kedua, buat apa nak berbincang dengan saya, surat arahan sudah keluar, beri saja barang-barang tersebut, atau kemungkinan tambahan, buat apa nak jumpa dengan saya, saya hanya penolong kanan, sedangkan beliau adalah pengetua, atau kemungkinan tambahan lain, hal macam ni biar penolong kanan dan pegawai asset saja yang uruskan.

Saya buka nak berlagak, saja saya tak menemui beliau, walaupun saya tahu dan dah kenal pengetua tersebut , orang nak ambil barang kita, takkan kita pula nak ‘hemoi’, sepatutnya orang tu lah yang perlu ‘hemoi’ mai kat kita.

Malam tersebut saya menemui KPP bahagian perjawatan, Tanya, tahun hadapan saya akan ditukarkan kemana, beliau kata, Tanya sama orang dihujung, sambil menunjukkan kearah Tn Hj Zakaria, saya jawab balas, saya tak berani Tanya sama Hj Zakaria, takut tak ada jawapan, lagi pun dua bulan lagi, nasiblah nak kena tukar kemana sekali pun.

Guru-guru akan ditukarkan mulai 1 Disember 2009. Saya harap saya dapat selesaikan urusan sijil kerja kursus, sijil ULBS, sijil Kokurikulum, sijil berhenti sebelum cuti sekolah bermula, kalau boleh slip keputusan SPM mereka pun saya dah nak beri. Banyak lagi sijil SPM pelajar-pelajar yang lepas belum diambil, kata Dato Yusof, tak ada masalah. Cikgu-cikgu yang diarah mengajar matrikulasi pun dah tak melapor pada saya, ini kan pula kalau dah dapat surat lantikan DG sekian-sekian dari sumber manusia.

Mesyuarat, housekeeping dan kursus serta sambutan hari raya telah terlaksana, saya kena keracunan makanan pada malam Rabu. Pagi Rabu saya tak dapat sarapan, tengahari saya ‘gagah’ makan sedikit untuk ambil tenaga sebab nak memandu pulang. Pukul 1.30 pm saya memandu pulang bersama PK Ko SMT Sungai Petani 1, dia tumpang balik dengan saya, dia datang dengan bas, saya tak tahu yang dia akan wakil pengetua, saya sangka cikgu Maria sebab itu saya tak tanya.

Hari Khamis saya datang kesekolah, PK HEM awal-awal lagi melapor kepada saya apa yang berlaku, terutama kes barang-barang yang diambil oleh SMT Teluk Intan, tanpa pengetahuan beliaupun, sedangkan beliau ada disekolah pada ketika itu. Kata Beliau PPA telah meminta Telut Intan menyenaraikan barangan yang dipindahkan. Saya juga bertanya kepada Cikgu Agro SMTP berkenaan hal tersebut dan meminta beliau menyenaraikan barangan yang dipindahkan, harap semua akan berjalan dengan baik.

Siapalah saya ! , saya hanyalah penjawat awam yang perlu mematuhi segala arahan dan pekeliling yang sedang berkuatkuasa.

Tiga perkataan dalam bahasa Kedah, 1. Sut = akhir, hujung, penghujung. 2. Hemoi = mendekati, menunjuk muka, bagi sesuatu tujuan, 3. Gagah = sedaya upaya, mencuba.


Sekian terima kasih.


Bersambung….