Tuesday, September 30, 2014

Siapakah orang yang membuat kebajikan ?

Assalamualaikum wbt.








Terjemahan


Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.


Keterangan ringkas

1. Timur adalah arah kiblat orang Nasrani
2. Barat adalah arah kiblat orang Yahudi
3. Yahudi dan Nasrani masing-masing mengakui mereka adalah baik.

Lalu wahyu,  2 :177 menerangkan maksud kebaikan sekaligus orang yang melakukan kebaikan seperti ayat tersebut adalah orang yang bertakwa.

Kebaikan dalam ayat tersebut.

1. Beriman kpd Allah
2. Beriman kpd hari Akhirat
3. Beriman kpd malaikat
4. Beriman kpd kitab-kitab
5. Beriman kpd Nabi- Nabi
6. Mengerjakan solat
7. Mengeluarkan zakat
8. Derma harta
     - kpd kaum kerabat
     - anak yatim
     - orang miskin
     - orang terlantar dalam perjalanan
     - Orang meminta
     - utk memerdekakan hamba abdi
9. Menyempurnakan janji
10. Sabar
      - dlm kesempitan
      - dlm masa sakit
      - semasa bertempur perang sabil.

rujuk kitab tafsir Al Munir juzuk 2

Thursday, September 25, 2014

IQ, EQ, SQ & TQ

 
Assalamualaikum wbt.
 
 





Ini dari blog wacanaku.blogspot.com

5) Tahap IQ dan EQ..
Haaa.....ni penting der....jangan main-main.... orang yang ada tahap EQ yang rendah...suka marah-marah ikut suka hati.... dia tak tahan marah tu...asyik nak lepas jer... tahap IQ rendah pulak....selalu mengambil jalan penyelesaian yang singkat walaupun merosakkan hubungan korang sekalipun.... Takde diplomasi! Ingat tau.... IQ dan EQ tinggi tak semesti belajar tinggi-tinggi.....
 
hjlutfi-choras
no komen dah lupa... lama dah tak buat ujian IQ, EQ. SQ sebab selalu guna  sorry dan TQ (thank you)


Wednesday, September 10, 2014

Menghantar Jemaah Ke Tanah Suci Makkah

 
Assalamualaikum wbt.
 
 
10/09/2014 - Masjid Al-Jawahir, Pengkalan Balak, Melaka.
 
 
Pasangan jemaah ke tiga yang memilih masjid sebagai 'tempat mula musafir' untuk menunaikan fardu haji. Hj Yusuf dan isteri adalah ahli qariah masjid yang istiqamah solat berjemaah di masjid Al Jawahir. 
 
 
 
 
 
 
Selepas solat zuhur imam Hj Ibrahim membacakan doa selamat serta di aminkan oleh jemaah yang hadir.


 
saudara mara Hj Yusuf yang bersedia untuk menghantar ke Kelana Jaya.
 
Doa saya, semoga Allah memudahkan perjalanan dan ibadat, semoga mendapat haji yang mabrur.
 

Wednesday, September 3, 2014

Tanda -tanda kekuasaan Allah



 
Assalamualaikum wbt
 



Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula), bahawa Ia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi. Ar rum:20













Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. Ar rum: 21