Wednesday, May 28, 2014

Melayu Islam tak akan bersatu boikot cadbury

Assalamualaikum wbt.

Bukan kali pertama dikenalpasti ada bahan berasaskan babi dalam makanan ‘Halal’di Malaysia, namun manusia beragama Islam keturunan Melayu tidak pernah boikot malah ‘memaafkan’ begitu sahaja.

Dalam kes Cadbury, kronologi yang sama akan berulang, 1. marah – bising-bising 2. boikot sekejab 3. lupa 4. kembali melanggan 5. kembali menyanjung.

Kemarahan umat Islam Melayu selalunya sekejab dan cepat memaafkan, dan Melayu tak berdendam lama kerana dia tetap hendak mendapat manfaat dari Cadbury, samada rasanya , prestijnya dan untungnya. Perasaan bangga dapat makan Cadbury, sama seperti bangga dapat makan KFC atau apa saja jenama barat adalah satu prestij dalam diri, rasa seperti cukup berprestij bila dapat menjamah sesuatu yang ‘terlarang’.

Sekarang Allah hendak membersihkan penggemar coklat, Allah hendak membuang tompok hitam dalam hati, agar Melayu berprestij Melayu coklat dapat menerima Al Quran dalam ertikata memahami, menhayati dan mengamal Al Quran.

Sekarang Allah hendak menguji ulul Amri Malaysia untuk mempertahankan umat Islam dari makan babi. Jangan guna ayat Al Quran yang kata babi yang dimaksudkan adalah dagingnya bukan bahan hasil darinya.

Sekarang Allah hendak kembalikan minda pemikiran Melayu Islam dalam ekonomi, supaya memilih produk halal dari orang Islam sendiri, bukan produk halal dari bukan Islam. Orang islam mesti berkemampuan mengahsil semua produk kegunaan umat Islam sebagai satu tuntutan fardu kifayah, malah mungkin telah menjadi wajib kepada pemerintah menyediakan coklat halal untuk umat Islam.

Namun saya ringkaskan cerita. Jika bak kut teh yang jelas merujuk kepada sup babi, pun dihalalkan namanya untuk sup daging lembu, apalah sangat dengan DNA babi dalam coklat, maka marah akan reda.. kemaafan akan di beri.. Cadbury akan terus dapat sokongan.


Siapalah yang akan akan sepanduk membantah sehingga Cadbury tutup kilang. Tahap iman tidak setinggi mana, sikap mementing diri yang diutamakan.. Babi akan terus dimasukkan dalam makanan umat Islam, alkohol dan bahan terlalang lain akan terus dimasukkan atas nama prestij makanan, makan untuk mengammbarkan kegembiraan, makan untuk mengambarkan kasih sayang, makan untuk mengambarkan kekayaan, makan umat Islam akan terus makan babi sepanjang hayatnya.