Thursday, September 20, 2012

Berhati-hati memandu L***U

Assalamualaikum wbt.





Bagaimana anda baca signboard diatas ? singnboard macam tu banyak dijalanraya di Malaysia.

Mungkin anda baca,

1. Lembu, berhati-hati di jalanraya. - membawa maksud ada lembu, pandu kenderaan kena berhati-hati.

2. Berhati-hati di jalanraya, lembu - bermaksud memandu kenderaan dengan berhati-hati, ada lembu dihadapan.

3. Berhati-hati di jalanraya, lembu... - bermaksud 'lembu' yang memandu kenderaan (anda = lembu)

4. Lembu ..., berhati-hati di jalanraya - bermaksud 'lembu' pandu kenderaan kena berhati-hati. (anda = lembu)


Selamat memandu, hargai orang lain semasa memandu.




Tuesday, September 18, 2012

Berhati-hati memandu *****

Assalamualaikum wbt.

Kemalangan , sendiri pergi rehat tepi highway PLUS arah utara km 207.3 pada 14 sept 2012.





Wednesday, September 12, 2012

Mungkin separuh sedar - Malaysia digeruni

Assalamualaikum wbt.

Saya melihat ucapan sambutan Hari Malaysia oleh Menteri ini, dan saya tergelak sendiri. antara perkataan yang terkandung dalam ucapan beliau ialah 'Malaysia digeruni'


Saya tertanya sendiri, Malaysia digeruni oleh siapa ?, Apa yang digeruni pada Malaysia ?, Berapa ramai, berapa buah negara yang geruni Malaysia.

Jangan sangka saya tidak patriotik, dengan memperlecehkan 'Malaysia di geruni'.

1. Bagaimana dengan ekonomi Malaysia, adakah ini akan digeruni ?
2. Bagaimana dengan pendidikan di Malaysia, adakah ini akan digeruni ?
3. Bagaimana dengan sukan di Malaysia, adakah ini akan digeruni ?
4. Bagaimana dengan ketenteraan di Malaysia, adakah ini akan digeruni ?

Mungkin Malaysia digeruni kerana

1. Polis yang bertindak keatas orang tertentu dan pihak tertentu
2. Kes bunuh, Rogol, samun, curi, setia hari ada dalam surat khabar
3. Kes letupkan atau bakar atau kerat mangsa bunuh sering ada dalam surat khabar
4. Pecah amanah, rasuah dan penyelewengan antara tertinggi di dunia.
5. Peminum arak ke 10 terbanyak didunia walau sebuah negara Islam.
6. Bermati-matian menolak untuk laksana hukum Allah walau ia sebuah negara Islam.
7. Pengeluar babi terbesar didunia walau ia sebuah negara Islam
8. Kes bunuh bayi baru lahir selalu keluar dalam surat khabar.
9. Peta kawasan mengundi boleh berubah-ubah mengikut "kesesuaian'
10. Sesetengah Menteri gila artis dan 'taja' artis
11. Warga luar mudah dapat KP dan suka datang Malaysia.

Malaysia, rakyat asalmu hidup dalam keadaan gerun (ketakutan), kerana bila-bila masa sahaja, ajalnya akan tiba, diragut dan ditolak oleh peragut bermotosikal, terus koma dan noktah.



Bila malam menjelma, bila-bila masa sahaja pencuri datang mengacukan pisau atau pistol, mengikat, mencedera, merogol, meliwat dan merampas hasil usaha rakyatmu.


Bila-bila masa sahaja Polis akan datang menggari tangan mu, didepan atau dibelakang hanya kerana memuncungkan mulut kearah gambar pemimpin yang dipilih.


Bila-bila masa sahaja rakyat mu akan dihempap bangunan kerana bangunan tegak tanpa tetulang yang kukuh.


Memang betul-betul gerun dengan Malaysia.

SELAMAT HARI MALAYSIA. MALAYSIA AMAN DAN MESRA.

Tuesday, September 4, 2012

Antara 31 Ogos dengan 16 Sept, mana lebih penting ?

Assalamualaikum wbt,

Jika anda malas berfikir atau tidak kritis dan kreatif, senang saja jawapan anda, iaitu tanpa 31 Ogos tidak akan berlaku 16 Sept.

31 Ogos 1957 adalah tarikh penting, kerana pada tarikh ini kita membebaskan negara dari belenggu penjajahan. Negara yang dibebaskan pada tarikh tersebut adalah Persekutuan Tanah Melayu. Iaitu gabungan semua negeri-negeri Tanah Melayu, tidak termasuk Patani, Yala , Satun , Naratiwat. Kerana 4 wilayah tersebut dibawah jajahan Thailand mengikut perjanjian Bangkok 1909.

Setiap 31 Ogos 1957 hingga 31 Ogos 1963 negara menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Maka layak lah mengulangi laungan ‘merdeka’ sebanyak-banyaknya kerana waktu itu semangat merdeka masih kental.

Tahun 1964, setelah membentuk Malaysia, Persekutuan Tanah Melayu seolah –olah menganggap dirinya adalah Malaysia, sambutan 31 Ogos dikatakan sambutan Kemerdekaan bagi Malaysia, padahal ‘Malaysia’ tak pernah dijajah. Yang dijajah adalah Persekutuan Tanah Melayu.

Kerana beranggapan 31 Ogos adalah tarikh amat penting, maka tarikh pembentukan Malaysia telah diabaikan sekian lama. Hanya Sabah dan Serawak yang diberi cuti sempena hari Pembentukan Malaysia.

Setelah disuarakan oleh Parti Pembangkang ketika ini, barulah 16 Sept dijadikan hari cuti bagi negeri-negeri semenanjung Tanah Melayu dan Sabah serta Serawak.

Berbalik kepada soalan saya iaitu Antara 31 Ogos dengan 16 Sept, mana lebih penting ?.

1. Menyambut kedua-duanya adalah wajar bagi negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu, kerana mengingatkan tarikh membebaskan diri akan memberi keinsafan dan semangat baru.
2. Namun setelah lama, dan generasi yang tak pernah merasa dijajah, tidak akan merasa apa-apa, hanya dapat merasa cuti sahaja. Itu pun penjajah diberi gambaran seperti seorang penyelamat. Berkhidmat dengan penjajah menjadi satu kebanggaan dan diberi anugerah tertentu berbanding dengan menentang penjajah. Tanpa penjajah kita rasa kita tidak berupaya melakukan apa-apa.
3. Kita bandingkan pula antara penjajah-penjajah yang menjajah Tanah Melayu, ada yang baik ada yang jahat, yang baik kita berkawan dan rujuk hingga hari ini, yang dikatakan jahat, kita terus gembar-gemburkan kejahatan mereka, tanpa amabil sebarang pengajaran.
4. Dan yang lebih dahsyat lagi, pejuang-pejuang yang berjuang menentang penjajah dikira penderhaka, kerana kononnya derhaka kepada sultan yang memerintah, kita tidak dijajah kerana ‘sultan masih berkuasa’.
5. Aneh . unik , dan bengong sejarah kemerdekaan Negara kerana bangsa yang dimerdekakan oleh penjajah telah hilang jati diri sehingga tidak tahu mengklaskan siapa pejuang, siapa petualang, siapa tali barut, siapa ‘anjing’, siapa menangguk di air keruh, siapa berjuang untuk Agama, siapa berjuang untuk bangsa, siapa berjuang untuk anak beranak.
6. Negeri –negeri Melayu patut menyambut kemerdekaan dari British secara besar-besaran pada 31 Ogos , kerana itu adalah tarikh akhir kita dijajah. Negeri-negeri sabah dan serawak tidak perlu sambut 31 Ogos, kerana mereka merdeka dari dijajah pada tarikh lain.
7. Jadi focus sambutan 31 Ogos adalah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, bukan kemerdekaan Malaysia. Oleh kerana ia focus kepada kemerdekaan, maka acara kesyukuran, aktiviti menaikkan semangat, menaikan semangat kepahlawanan, menaikkan jati diri bangsa sesuai diadakan sempena tarikh 31 Ogos settiap tahun.
8. Filem seperti Sarjan Hasan, Bukit Kepung langsung tidak sesuai ditayangkan dan perlu diharamkan penanyangan nya sempena 31 Ogos.
9. Kerajaan perlu mengeluarkan belanja yang besar utnuk menerbitkan filem-filem ‘perjuangan sebenar’ menuntut kemerdekaan, perjuangaan dari segenap aspek, agama, pendidikan , ekonomi, budaya, politik, kepahlawanan, tokoh-tokoh terbilang demi untuk mengembalikan jati diri bangsa Melayu. Sesuai dengan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Tanah Melayu adah tunggak atau tulang belakang Malaysia.
10. 16 Sept adalah tarikh penting bagi Negara kita yang bernama Malaysia, kita abaikan seketika, Nama Malaysia adalah nama Projek Pihak Tertentu, bendera Malaysia adalah bendera Projek pihak tertentu. Pemimpin Malaysia adalah pemimpin hasil kejayaan projek pihak tertentu. Jika kita kembali mempertikaikan kita akan terus gagal mengkehadapankan Malaysia.
11. Hari Malaysia patut disambut dengan lebih gilang milang, ia bukan hari kemerdekaan, ia adalah hari pembentukan, hari kewujudan hari menuju kehadapan. Sabah dan Serawak boleh jadikan ini hari kemerdekaan sekaligus menyambut hari pembentukan, hari kewujudan dan hari menuju kehadapan.
12. Fokus sambutan adalah perkembangan dan kemajuan Negara, kekuatan pertahanan, pencapaian teknologi dan wawasan menuju kehadapan.
13. Sekali lagi filem Bukit Kepung dan Sarjan Hasan diharamkan penayangan pada 16 Sept setiap tahun.
14. Kerajaan perlu menerbitkan filem yang berkatian perpaduan, kerjasama, menentang anasir subversive, filem anti dadah, anti aids, anti korupsi, anti kroni. Buat filem pembentukan akhlak mulia dan buat filem yang boleh memberi motivasi memajukan Malaysia.
15. Secara kesimpulannya, sambutan Hari Malaysia adalah lebih penting berbanding mengenang tarikh merdeka, tarikh merdeka akan ditinggal jauh, berbanding memacu Malaysia menjadi lebih gemilang di masa hadapan.
16. Generasi akan datang perlu mewarisi kemakmuran, bukan mewarisi semangat “Cucu Tok Merah”.

Ini hanyalah pandangan saya.

Monday, September 3, 2012

Tukar Bendera , Saya tak setuju....


Assalamualaikum wbt.

Gimik pihak tertentu kononnya ada pihak tertentu yang hendak menukar bendera Jalur Gemilang kepada bendera tertentu jika memerintah.

Saya tidak setuju jika bendera Malaysia walaupun sama dengan bendera Amerika jalurnya dan beberapa buah negara lagi di dunia ditukarkan walau siapa yang memerintah.