Assalamualaikum wbt.
Bertemu kembali, Kesempatan kali ini saya mengucapkan Selamat Bercuti, sempena Tahun Baru Cina, cuti sebenar 2 hari, ada yang ambil cuti sampai 1 minggu. Apabila sekolah cuti, yang seronok adalah guru-gurunya, termasuklah saya, ada lah plan macam-macam waktu cuti. Cuma diingatkan jaga diri baik-baik , terutamanya ketika memandu. Saya pernah accident motor bersama isteri masa cuti tahun 1995, nak ke klinik, klinik tutup, nak ke hospital (jauh), kejadian berlaku di tengah-tengah ladang lebih kurang 40 km sebelum Semporna dari Lahad Datu, syukur Alhamdulillah, En Gempeh Made (keturunan Bugis agaknya)sudi tolong hantar isteri saya ke Klinik kesihatan Kunak. Elakkan diri dari mencatat diri dalam statistik kemalangan ketika musim perayaan.
Baca lah doa naik kenderaan, selawat sepanjang jalan, jangan pasang tv/ cd, kut terjadi accident dan meninggal dalam keadaan lalai (tidak mengingati Allah) amatlah rugi.
Sekian terima kasih. Kepada en Gempeh Made saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana tolong saya dan isteri, kepada seorang lagi penunggang motor yang tolong balut kaki isteri saya, saya ucapkan terima kasih.
Sekian.
Thursday, February 11, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)