Friday, July 29, 2011

Bukan kah darurah membolehkan mereka kerja GRO ?

Gambar hiasan


Petikan dari Bernama

Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan menguatkuasakan larangan wanita Islam menjadi pelayan pelanggan atau GRO di semua pusat hiburan di bandar itu pada tahun depan.

Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob berkata, keputusan itu diluluskan pada mesyuarat MPK di Kuantan hari ini dan tarikh penguatkuasaannya akan ditetapkan nanti.

Beliau berkata, semua ahli majlis MPK bersetuju dengan cadangan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sebelum ini agar umat Islam dilarang bekerja di pusat hiburan yang menghidangkan minuman keras di bandar ini.

"Hasil kajian yang dilakukan mendapati 85 peratus pekerja pusat hiburan terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam dan mereka terdedah untuk meminum minuman yang memabukkan itu.

"Selain itu, ia juga secara tidak langsung memberi kesan negatif apabila GRO beragama Islam, sekalipun tidak meminum tapi mengangkat dan menghidangkan minuman keras kepada pelanggan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MPK.

- Bernama

hjlutfi-Choras : Kalau tak percaya Tanya Ustazah Mashitah. Tapi tak kesah le.. zaman sekarang ni mana ada kerja untuk gadis Melayu. nak sapu lantai di airport, bang bangla suda sapu, nak kerja dirumah orang, bibik indon sudah buat, nak kerja stesen minyak, semua main layan diri, nak kerja kilang, amoi vietnam sudah kerja, nak kerja dengan gomen, kerja di bekukan. jadi gro sajalah...

Thursday, July 28, 2011

Perangi Kos Kehidupan

Assalamualaikum wbt.

Ni saya petik dari utusan Meloya
Gambar Hiasan


PUTRAJAYA 27 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pertambahan satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu Perangi Kos Kehidupan Yang Kian Meningkat sebagai usaha membantu meringankan beban rakyat ekoran kenaikan kos harga barang makanan.

hj lutfi-choras : ni kes sama seperti jihad basmi kemiskinan.

Perdana Menteri berkata, pertambahan NKRA kepada tujuh bidang berbanding enam sebelum ini dibuat berdasarkan kajian dan penilaian terhadap tuntutan serta kehendak rakyat.
“Kira-kira dua tahun lalu tidak ada fenomena global mengenai kenaikan harga barang makanan tetapi sekarang ia turut melanda semua negara di dunia, sebab itulah hari ini kita tambah satu lagi NKRA.

“Oleh kerana fenomena ini telah membawa impak kepada rakyat Malaysia dan pengguna, maka kerajaan berpendapat ia sudah menjadi isu utama justeru kita perlu menentukan respons dan penyelesaian yang boleh memberi kesan dan kelegaan kepada rakyat,” katanya.

hjlutfi-choras : harga barang yang dok naik sapa punya angkara ?, selalunya jawapan harga barang naik sebab 'kehendak global', puak bingai saja yang setuju.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis dialog dengan pakar-pakar bidang yang terlibat perbincangan dalam talian Meja Bulat 1Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.

Najib berkata, langkah-langkah yang diambil bagi tujuan itu ialah kerajaan mengawal harga kebanyakan barangan dan mengekalkan sistem subsidi kepada kebanyakan barang-barang keperluan.

hjlutfi-choras : dok agak dah.. mesti sebut pasai kerajaan baik, bagi sabsidi, seolah -olah negara kebajikan le tu..

“Kita juga ada inisiatif seperti Klinik 1Malaysia yang memberikan perkhidmatan dengan kos RM1 sahaja, rangkaian kedai runcit 1Malaysia yang sedang diperluaskan ke seluruh negara melalui kedai-kedai runcit Tukar dan juga barangan runcit dalam bungkusan Felda.

“Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga sudah berunding dengan pihak terlibat dalam industri ayam dan mereka setuju mengurangkan kos harga pengeluar yang boleh membawa kepada penurunan harga ayam,” katanya.

hjlutfi-choras: point di bawah adalah point yang saya suka dengar

Perdana Menteri menegaskan, langkah tersebut tiada kaitan dengan pilihan raya sebaliknya kerajaan mendengar permintaan rakyat dan melaksanakan kehendak mereka.
Menurutnya, Unit Pengurusan Prestasi Pelaksanaan (Pemandu) akan membantu agensi-agensi kerajaan dan kementerian termasuk Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga untuk mengurangkan kos kepada rakyat.

“Kita mahu lihat bagaimana rangkaian bekalan boleh diliberalisasikan, mungkin kita boleh benarkan lebih pengimportan serta memanfaatkan kawasan-kawasan tanah lapang untuk pengeluaran makanan dan ternakan,” katanya.

hjlutfi-choras: kroni- kroni yang ada lesen siap kertas kerja malam ni juga, esok tunggu PM di airport, hantar, sapa cepat dia dapat, sapa masuk dalam tabung lebih dia dapat.. sori tuduh tanpa bukti.

Sekiranya terdapat cadangan-cadangan yang baik, ia akan dipertimbangkan ke dalam belanjawan akan datang, selain daripada memuatkan ke dalam komputer butiran-butiran jutaan rakyat yang telah mendapat faedah hasil daripada kejayaan pelaksanaan NKRA, ujar beliau.

hjlutfi-choras : yang penting kejayaan pimpinan ditunjukkan oleh NKRA, kita wujud sendiri masalah, kemudian kita tunjukkan kehebatan kita menyelesaikaannya, dan kita bangga dengan cara penyelesaiaanya, disambut dengan tepuk gembira pencacai yang tak tau apa.

Wednesday, July 27, 2011

Jawapan Punca gagal ke IPTA

Punca pelajar gagal masuki IPTA
BAHAGIAN PENGURUSAN Kemasukan Pelajar
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ingin merujuk kepada aduan Jelaskan Punca Pelajar Matrikulasi Tercicir yang tersiar dalam ruangan ini bertarikh 25 Julai 2011 oleh Pedang Bertuah, Kuala Lumpur dan Ke Mana Arah Tujuan Pelajar Matrikulasi Yang Gagal Ke IPTA bertarikh 18 Julai 2011 oleh Ibu Prihatin, Pasir Gudang, Johor Bahru.
Kementerian prihatin terhadap masa depan pelajar bagi memenuhi cita-cita dan impian hidup untuk berjaya. Pemilihan program pengajian yang tepat mengikut cita-cita, minat dan hasrat pelajar, ibu bapa dan masyarakat mestilah seiring dengan pencapaian akademik serta kokurikulum.

KPT melaksanakan prinsip meritokrasi yang mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum. Pemohon juga perlu memenuhi Syarat Am, Syarat Khas Program dan kriteria pemilihan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan. Pemilihan kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berasaskan pilihan pelajar serta bilangan tempat yang disediakan mengikut program pengajian di IPTA.

Kejayaan calon untuk memperoleh tempat bergantung kepada susunan merit dan pemilihan program pengajian di IPTA yang dipohon. Jika merit mereka tidak begitu tinggi dan memohon lapan (8) pilihan dalam program pengajian kompetitif, kemungkinan besar mereka tidak terpilih untuk tawaran program pengajian yang dipohon.
Begitu juga jika mereka memohon hanya di IPTA yang popular, mereka mungkin menghadapi persaingan tinggi dan akhirnya tidak mendapat apa-apa tawaran daripada IPTA berkenaan.

Namun begitu, calon diberi pilihan untuk memilih sama ada bersetuju atau tidak untuk menerima tawaran selain daripada lapan (8) pilihan program pengajian yang dimohon. Jika calon ada menyatakan persetujuan untuk menerima tawaran selain daripada lapan (8) pilihan semasa mengemukakan permohonan, maka calon akan dipertimbangkan ke program pengajian di IPTA yang masih ada kekosongan selaras dengan bidang pengajian yang dipohon tanpa mengira IPTA pilihan.

Justeru calon yang memperoleh merit yang tinggi tetapi tidak mendapat tempat, pihak UPU akan menawarkan program pengajian di luar pilihan calon yang mirip dengan pilihan mereka di IPTA yang terdapat kekosongan.

Sekiranya calon memilih tidak bersetuju, pihak KPT tidak akan mempertimbangkan sekiranya masih ada kekosongan pada program pengajian yang lain.

Dimaklumkan, berdasarkan rekod permohonan yang diterima oleh UPU bagi Sesi Akademik 2011/2012, sejumlah 1,977 pemohon Lepasan Matrikulasi/ Asasi 2010 yang layak telah menyatakan 'Tdak Setuju' menerima tawaran di luar lapan (8) pilihan program pengajian yang telah dimohon. Justeru semua calon ini tidak akan dipertimbangkan tawaran ke program pengajian lain walaupun layak kerana menghormati keputusan pemohon.

Dasar pemilihan rayuan pula adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baharu pada awal September 2011. Justeru semua calon yang mengemukakan rayuan akan dipertimbangkan berdasarkan kekosongan tempat bagi program pengajian yang ada sahaja.

KPT memohon kepada Ibu Prihatin, Pasir Gudang, Johor dan Pedang Bertuah, Kuala Lumpur untuk menghubungi pihak kementerian dan memberikan Nombor Kad Pengenalan pemohon untuk UPU memberikan penjelasan yang tepat, telus dan adil serta sebab calon tidak terpilih ke program pengajian di IPTA.

hjlutfi-choras

dlm posting lepas, saya tanya mana UMNO, Mana PAS mana GPMS, kalau pelajar cina yang tak dapat tempat, orang MCA, Gerakan, DAP dan sebagainya akan usaha supaya mereka dapat tempat, kalau perlu tubuh universiti baru, sekarang budak Melayu di bumi Melayu siapa yang bela ?, melaikan wujud jawapan yang akan salahkan Mulayu itu sendiri.

Ayat-Ayat Jihad-3

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah 2:216) |

Gambar Hiasan



Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya). (Al-Baqarah 2:217) |

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah 2:218) |

Monday, July 25, 2011

Polis Diraja Malaysia VS Polis Raja DiMalaysia

Assalamualaikum wbt.

24 Julai 2011 sambil memandu dengar radio, maka Hari ini dalam sejarah kata pada 24 Julai 1958 Polis Malaysia dapat gelaran DiRaja, lalu saya cari dan jumpa ini.

Watikah gelaran DiRaja




DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Abd. Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad sedang diiringi oleh Pesuruhjaya Polis Persekutuan Tanah Melayu Tan Sri C.H. Fenner ketika penganugerahan gelaran 'Diraja'



Pada 24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad telah berkenan mengurniakan gelaran `Diraja' kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Mulai dari saat itu pasukan polis dikenali dengan nama "Polis Diraja Persekutuan"atau "The Royal Federation of Malayan Police".

Menurut titah DYMM Yang di-Pertuan Agong, pengurniaan `di-Raja' itu merupakan satu penghormatan kepada khidmat bakti cermerlang dan kesetiaan yang diperlihatkan oleh segenap anggota polis, dalam menjalankan tugas memelihara keamanan dan ketenteraman negara sejak diwujudkan pasukan polis dalam tahun 1807 di Pulau Pinang.

Pengurniaan `Diraja' juga merupakan satu penghargaan Kerajaan dan rakyat negara ini di atas peranan utama dan kepentingan yang dimainkan oleh pasukan polis untuk menumpaskan pemberontakan komunis semasa darurat pertama dahulu (1948-1960).

DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Abd. Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad sedang diiringi oleh Pesuruhjaya Polis Persekutuan Tanah Melayu Tan Sri C.H. Fenner ketika penganugerahan gelaran 'Diraja'
Pada 24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad telah berkenan mengurniakan gelaran `Diraja' kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Mulai dari saat itu pasukan polis dikenali dengan nama "Polis Diraja Persekutuan"atau "The Royal Federation of Malayan Police".

Menurut titah DYMM Yang di-Pertuan Agong, pengurniaan `di-Raja' itu merupakan satu penghormatan kepada khidmat bakti cermerlang dan kesetiaan yang diperlihatkan oleh segenap anggota polis, dalam menjalankan tugas memelihara keamanan dan ketenteraman negara sejak diwujudkan pasukan polis dalam tahun 1807 di Pulau Pinang.

Pengurniaan `Diraja' juga merupakan satu penghargaan Kerajaan dan rakyat negara ini di atas peranan utama dan kepentingan yang dimainkan oleh pasukan polis untuk menumpaskan pemberontakan komunis semasa darurat pertama dahulu (1948-1960).

Ketibaan YB. Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato Hussien dan isteri pada 24 Julai 1958




Dan saya bandingkan dengan gambar dibawah ini...






Tuesday, July 19, 2011

Ayat-Ayat Jihad - 2

Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh. (Al-Baqarah 2:190) |


Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir. (Al-Baqarah 2:191)

Gambar Hiasan




Kemudian jika mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu); kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah 2:192) |


Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim. (Al-Baqarah 2:193) |


(Mencabuli) bulan yang dihormati itu ialah dengan (sebab membalas pencabulan dalam) bulan yang dihormati; dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang. Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa. (Al-Baqarah 2:194) |


Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (Al-Baqarah 2:195) |

Ayat-Ayat Jihad -1

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (As-Saff 61:1) |

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! (As-Saff 61:2) |

Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (As-Saff 61:3) |

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (As-Saff 61:4) |

Gambar Hiasan

Monday, July 18, 2011

Mana pejuang Bangsa ?

Utusan Malaysia 18 Julai 2011

Ke mana arah tujuan pelajar matrikulasi yang gagal ke IPTA?
IBU PRIHATIN
Pasir Gudang, Johor Bahru.

SAYA merupakan ibu kepada pelajar lulusan matrikulasi 2010/2011 yang mana keputusan kemasukan ke universiti untuk peringkat ijazah pertama sessi akademi 2011/2012 telah pun dikeluarkan 15 Julai lalu.

Anak saya tidak berjaya mendapat tempat di universiti yang ditawarkan walaupun melalui kelulusan beliau melayakkannya memohon kursus-kursus yang ditawarkan oleh universiti tempatan.

Beliau sudah pun membuat e-rayuan kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi seperti mana disarankan.
Yang menjadi tanda tanya saya, ke manakah arah tujuan pelajar lulusan matrikulasi ini? Mereka berusaha dengan sepenuh usaha untuk mendapat pointer yang bagus dan lulus serta melayakkan mereka untuk menyambung pengajian tetapi gagal mendapat tempat ke universiti tempatan.

Semasa sessi penerangan dahulu, kami ibu bapa dimaklumkan tiada seorang pun pelajar matrikulasi terpinggir daripada mendapat tempat di universiti tempatan kecuali gagal sahaja dan dibuang kerana gagal mendapat keputusan yang baik.

Saya ingin meminta jasa baik pihak Kementerian Pengajian Tinggi terutamanya Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin supaya peka dengan masalah yang dihadapi bekas pelajar matrikulasi.

Mereka ini berminat untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi lagi demi masa depan cemerlang, gemilang dan terbilang.


hjlutfi-choras:

Mana UMNO ?, mana PAS ?, mana GPMS ? buat sesuatu sampai semua lelusan Matrikulasi dapat masuk IPTA. Menteri buat apa ?. Tak kan nak kata budak tu salah isi borang.

Helo !!!, sapa nak gedik lebih mai Melaka.


Assalamualaikum wbt.

Kelmarin (Ahad 17 Julai 2011) baru saya pergi Melaka (Bandaraya Melaka). Lepas solat asar naik motor (jimat minyak le), pusing-pusing tengok Melaka Negeri maju. Saja nak keluar cari pahala, duk dalam rumah pahala sikit, bila keluar berinteraksi pahala banyak le dapat, boleh bagi salam kat orang, boleh senyum kat orang, kutip pahala le tu. Sambil lihat keagungan Ilahi dapat pahala lagi..

Kedah tak le maju macam Melaka, Kedah mana ada river cruise, mana ada monorel, mana ada sekolah harapan. sebab tu kedah tak maju. dulu dah nak buat Kedah Maju 2010, tak jadi sebab tak dak duit kut. Hasil balak boleh sikit saja, hasil syarikat . tak untung-untung.



Oleh kerana Kedah bukan negeri Maju, pusat hiburan kena tutup le bulan Ramadan, tak macam Melaka, oleh kerana dah maju pusat hiburan kena buka sampai 3.00 pagi, sebab nak layan orang maju yang penat bekerja dan nak layan pelancong asing yang ramai.

Oleh kerana tutup pusat hiburan di Kedah masa bulan Ramadhan, sapa nak gedik lebih mai le Melaka...

Saturday, July 16, 2011

Tutup Pusat Hiburan di Kedah

Assalamualaikum wbt.

Saya petik dari Harakahdaily.

BANGI, 15 Julai: Tindakan kerajaan Kedah di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengeluarkan arahan bertulis mengarahkan semua pusat hiburan di negeri itu menghentikan operasinya pada Ramadan ini adalah satu tindakan yang betul.


Tindakan ini disokong oleh Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan PUM, tindakan ini adalah kerana ia menguatkuasakan undang-undang yang telah sedia ada iaitu Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang perlu dihormati oleh setiap rakyat tanpa mengira kaum.

Isma juga berpendapat bahawa langkah yang diambil oleh pihak kerajaan negeri amat sesuai dengan imej Malaysia sebagai negara Islam.

DAP mahu perkara tersebut dirunding semula, kenapa pula mahu dirundingkan kerana ia telah lama termaktub. MCA pula seharusnya telah lama faham kerana mereka telah lama faham bahawa Malaysia adalah negara Islam dan mereka juga telah lama berkawan dengan UMNO yang Islam serta Islamik. Jadi tak ada sebab untuk mempertikaikan penguatkuasaan undang-undang tersebut.

Dan saya bandingkan dengan berita yang ada kaitannya, dari utusan,

"DAP memberi jaminan kepada penduduk di Kedah, segala langkah akan diambil bagi memaksa kerajaan negeri menarik balik keputusan itu. Pakatan Rakyat tidak boleh mempunyai dasar-dasar yang menyisih penyokongnya. Sebarang keputusan kerajaan negeri tidak seharusnya menjejaskan kaum bukan Muslim.

"Sebarang undang-undang kecil yang mendiskriminasi kaum bukan Muslim adalah bertentangan dengan perlembagaan," katanya.

Sementara itu dalam satu kenyataan berasingan pergerakan Pemuda Gerakan Kedah berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Kedah sekiranya ia tidak membatalkan larangan itu dalam masa seminggu.

Ketuanya, Tan Keng Liang berkata, ini kerana larangan itu tidak memberi pengecualian kepada kaum bukan Muslim.

hjlutfi-choras.

Tahniah kepada kerajaan Kedah atas usaha untuk menegakkan syiar Islam, Ramadhan adalah bulan yang mulia, sepatutnya ia dimuliakan di seluruh Malaysia, mulia bukan setakat solat terawih dan moreh sahaja.Muliakan pekerti, adik-adik, kakak-kakak, makcik-mak cik , tok-tok, bila nak keluar ke pasar Ramadhan , pakailah pakaian yang betul-betul menutup aurat.Berjimat cermat le, sebab ini bulan puasa


dan satu lagi.. Selalunya UMNO akan berkata kepada PAS, pembangkang ini tak dak kerja lain, asyik nak bangkang sahaja, hari ini mintalah UMNO yang Islam lagi Islamik untuk membela penguatkuasaan undang-undang tersebut. jangan tutup mulut.

Sekian.

Tuesday, July 12, 2011

Sekatan Polis / Berhenti Pemeriksaan Polis

Assalamualaikum wbt.

Tahniah kepada peserta Perhimpunan Aman Bersih, kerana anda telah berjaya menunjukkan perasaan dan anda telah melakar satu sejarah perjuangan untuk adil, jujur, amanah, tak lama lagi sejarah anda akan ditulis dan dikenang sebagai pejuang.

Takziah kepada Allahyarham , takdir yang menentukan, kematian anda tidak sia-sia dan akan mendapat rahmat Allah.

Alangkah baiknya jika POLIS diarahkan membuat sekatan dan pemeriksaan dipintu-pintu sempadan bagi memastikan minyak masak, minyak disel, minyak petrol diseludup keluar negara, periksa sebuah demi sebuah kenderaan , saya pasti, banyak hasil rampasan akan diperolehi, bukan periksa 1/2 kereta dari 10 buah yang lintasi sempadan.


Jika polis melaksanakan tugas negara kita akan aman sejahtera. Tidak timbul masalah PATI, masalah 'pelajar luar negara' yang ramai dan berbagai-bagai masalah lagi.



Perangai POLIS perlu dididik agar mereka menjalankan tugas mengikut peruntukaan undang-undang, tugas mereka adalah untuk semua rakyat, bukan untuk sesetengah rakyat sahaja.



Kalau POLIS kata dia tiada kuasa mengawal penyeludpan, itu hanyalah pura-pura sahaja, Masakan Pasukan Benteng Pertahanan Ketiga sanggup, inikan pula POLIS.



Namun jika tidak cukup lagi anggota, atau POLIS banyak kerja lain, Pasukan Benteng Pertahanan Keempat boleh membantu, malah mereka ini akan menganggap tugas tersebut adalah JIHAD Fi sabilillah, atau dikata oleh ketuannya sanggup Perang Salib.


Dan jika tidak cukup lagi apa salahnya panggil pasukan ini untuk membantu, untung-untung si kitol mampu mendapat emas yang tersembunyi.


sekian.

Tuesday, July 5, 2011

Bersih di stadium... sah kotor selepas perhimpunan


Assalamualaikum wbt.

Bersih di stadium... sah kotor selepas perhimpunan..

Saya setuju kalau perhimpunan bersih diadakan di stadium tapi kena ambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut ;

1. Check dulu stadium tu sapa bina, bimbang runtuh..
2. Parking kereta betul-betul, bimbang lepas perhimpunan kena bayar saman pula, ini kira ok lagi, kalau hilang taya, calar sana-sini, cermin pecah (tak maulah tuduh geng songkok tinggi yang buat ...)


sekian

Monday, July 4, 2011

Bersihmania VS Bersihfobia


Assalamualaikum wbt.

Ni cikgu nak bagi tau

Untung Bersih sikit hari lagi kena tukaq ...bla..bla
Pendapatan Bersih sikit hari lagi kena tukaq bla.. bla..

Tukaq pasai apa ?.

Ada pasai la, sebab tu kena tukaq..

Tukaq jadi apa pulak ?

Untung bersih tukaq jadi untung suci

Pendapatan bersih jadi pendapatan suci.

Saturday, July 2, 2011

Salah tang mana ?



Assalamualaikum wbt.

salah sebab warna ka ?
salah sebab yang tertulis ka ?

salah sebab nak berhimpun ka ?

Demokrasi semakin malap, jauh sekali hendak melaksanakan Islam.