Sunday, June 28, 2009

SELAMAT BERSARA TUAN PENGETUA - 3


Assalamualaikum wbt.
Saya Hj Lutfi bin Hj Abu Hanifah mengucapkan selamat menempuh hidup baru kepada tuan pengetua SM Teknik Pendang yang akan bersara pada 29 Jun 2009.
Tuan telah menyumbang bakti kepada warga SM Teknik Pendang. Semua salah dan silap saya mohon kemaafan.
Kami akan teruskan agenda mencapai misi menjadi 5 SMT Terbaik di Malaysia pada 2010.
Terima kasih.

SELAMAT BERSARA TUAN PENGETUA - 2

Assalamualaikum wbt.

Selamat bersara tuan pengetua, ucapan yang mungkin memilukan hati penerima ucapan tersebut, mungkin juga ucapan yang menyeronokkan penerima ucapan tersebut. Bagi yang mengucapnya pun ada berbagai perasaan tersirat disebalik ucapan tersebut. Minta maaf - mungkin dalam hati kata ... minta maaf tak tergamak nak tulis kata-kata tersebut.

Mari kita berfikiran positif , setiap kakitangan awam atau swasta akan tiba masa bersara, bersara wajib, pilihan atau dibersarakan. Kita akan merasa puas jika kita telah memberi khidmat yang terbaik, tidak curi tulang, kerja seikhlas hati berkhidmat untuk negara bukan untuk kepentingan diri. Jika semasa bekerja kita tidak lakukan kerja, saya cadangan supaya kita buatlah sesuatu yang boleh memanfaatkan pelajar-pelajar, masyarakat dan negara untung-untung ter'cover'lah yang mana kita tak sempat buat semasa kita masih bekerja.

Saya juga nasihatkan kepada diri saya supaya rajin bekerja semasa sedang bekerja, tak payah nak berkira sangat. Selama ni pun tak pernah berkira dengan sekolah/kerajaan, berkhidmat untuk negara dan saya yang menurut perintah. Kawan-kawan yang belum hayati dan amalkan kedua-dua motto tersebut silalah amalkan, rezeki akan melimpah ruah.

Terima kasih.

SELAMAT BERSARA TUAN PENGETUA - 1



Selamat Menempuh hidup baru kepad En Khairuddin bin Mohd Nor yang pernah berkhidmat di SMT Pendang mulai 1 Jun 2007 hingga 29 Jun 2009.
Tuan tetap ada jasa terhadap diri kami.
semoga berbahagia.
Terima kasih.



Friday, June 26, 2009

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

Assalamualaikum wbt.

Tahniah kepada semua guru, pelajar, staf sokongan, ibubapa, pengawal keselamatan swasta, serta pekerja kebersihan swasta kerana menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang Kali Ke 5. Majlis kali ini adalah merupakan majlis anugerah cemerlang yang terakhir bagi sekolah kerana tahun depan tiada lagi majlis seumpamanya di sekolah kita. Sekolah kita hanya ada dalam ingatan. ( kalau ada masa saya akan tulis kesusahan 'mewujudkan' sebuah sekolah baru iaitu SM Teknik Pendang ( STEP) mulai tahun 2003 dari pandangan seorang 'caretaker sekolah' dan kesukaran yang bakal timbul apabila sekolah ini akan ditutup pada 1 Januari tahun 2010.

Tahniah kepada semua pelajar (281 orang) yang menerima anugerah "Pelajar harapan Sekolah", anda adalah harapan sekolah untuk mencapai misi Menjadi 5 SMT terbaik di Malaysia pada tahun 2010. Sekarang ini kita berada di nombor ke 12 antara semua sekolah menengah teknik seluruh Malaysia. Teruskan usaha, Insya Allah misi kita akan tercapai. Jika saya melihat dari sudut negatif saya akan berkata tak tercapai pun tidak mengapa kerana tahun depan mana ada lagi STEP. Jangan lihat dari sudut yang negatif, Fikirkan yang positif sahaja, mesti dapat capai misi, walaupun sekolah kita tiada dari segi fizikalnya, dalam rekod Lembaga Peperiksaan Malaysia, tetap ada, dalam rekod Bahagian Pengurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional tetap ada, dan yang pastinya dalam hati kita pelajar dan guru SM Teknik Pendang, tetap ada. Kita mesti capai misi tersebut, kita tutup STEP dengan pencapaian yang gemilang. Mari kita memartabatkan kecemerlangan.

STEP Juara, terima kasih.

Monday, June 15, 2009

SELAMAT BERSEKOLAH

Assalamualaikum w.b.t

Selamat kembali kesekolah dan meneruskan pengajaran dan pembelajaran, teruskan perjuangan mendidik para pelajar. Terima kasih.